Sejujurnya saya bukanlah arif dan pandai sangat mengenai pengurusan kewangan apatah lagi tentang pelaburan. Tetapi dari semasa ke semasa bila saya belajar dan ambil tahu rupanya ada banyak cara untuk mula melabur walaupun dengan modal yang rendah. Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan Raiz Investment App iaitu salah satu cara pelaburan mudah hanya melalui aplikasi telefon kita je. Ya, senang je kan! Sebab itulah kali ini saya nak kongsikan kenapa semua orang patut melabur di Raiz Investment.
Apa itu Raiz Investment?
Raiz Investment adalah aplikasi robo-advisor milik penuh di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Semua portfolio pelaburan Raiz adalah di dalam dana-dana unit Amanah Saham Nasional (ASNB). Ya, semua pelaburan yang kita buat akan diuruskan oleh Raiz dalam bentuk “portfolio” tertentu yang sendiri oleh kita sebagai pelabur ataupun pengguna aplikasi Raiz Investment.
Cara-cara Melabur di Raiz Investment
Semua cara-cara yang saya akan terangkan di bawah ini adalah melalui aplikasi Raiz Investment. Kita tidak perlu melalui ejen, pihak bank maupun bantuan orang lain. Ianya semudah dilakukan melalui aplikasi sahaja, jadi jangan risau. Read More
7,178 total views