Bila bercuti ke Jepun salah satu “destinasi” wajib singgah adalah di 7 Eleven. Bunyi macam kelakar je pulakkan? Tapi saya sendiri yang dah beberapa kali ke Jepun pasti takkan terlepas ke 7 Eleven ataupun convenience store yang lain seperti Family Mart dan Lawson. Convenience Store di Jepun amat penting sebab rata-rata masyarakat Jepun sangat sibuk dan harus bergerak dengan cepat dan pantas. Jadi mereka hanya ada masa yang pendek untuk dapatkan apa yang mereka perlukan setiap hari ketika ke tempat kerja ataupun ketika pulang. Pendek kata macam-macam yang dijual kat sini dan convenience store ni sangat banyak dan lokasinya tak jauh di antara satu sama lain.
Sebelum saya kongsikan apa yang ada dijual di 7 Eleven, mari saya bagitahu apakah perbezaan di antara 7 Eleven, Lawson dan Family Mart. Basically, ketiga-tiga convenience store ni adalah diantara yang terkenal di Jepun tetapi 7 Eleven lebih terkenal dengan menjual produk yang berjenama dan berkualiti. Lawson pula terkenal dengan makanan manisan seperti Roll Cake dan sebagainya manakala Family Mart dikenali sebagai lokasi makanan panas seperti sosej dan sebagainya.
Di dalam 7 Eleven, boleh dikatakan 60% barangan yang dijual adalah makanan. Sama seperti di Malaysia makan segera seperti “Mee Cup” memang banyak tetapi kebanyakannya tak halal. Selain tu mereka juga menjual pelbagai jenis roti, minuman, aiskrim dan keropok. Segment yang biasanya saya paling suka dan termenung lama fikir apa nak beli adalah ruangan minuman. Kat sini banyak sangat pilihan air yang sedap-sedap seperti kopi dan jus buah-buahan. Dulu sebelum Calpis masuk Malaysia saya dah minum dulu masa kat Jepun. Memang jatuh cinta pandang pertama. Kebanyakkan minuman insyaAllah Halal kecuali yang pelik-pelik.
Secara puratanya minuman di 7 Evelen bermula dari harga 100 yen hingga 500 yen. Walaupun di Jepun terdapat banyak vending machine yang menjual minuman, tapi bukan semua jenis minuman yang dijual di vending machine ada dijual di 7 Eleven. Read More
13,853 total views