Walaupun kita dah beberapa hari menyambut 31 Ogos, namun saya masih terasa lagi semangat Merdeka. Saya rasa kebanyakkan dari peserta persembahan Hari Merdeka pasti mempunyai perasaan yang sama. Ini adalah kerana semuanya telah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 bulan untuk pelbagai jenis latihan dan perancangan. Alhamdullilah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Saya masih teringat detik-detik persembahan Hari Merdeka dan apa yang berlaku di belakang pentas utama. Calltime pukul 3 – 4 pagi sudah terasa biasa kerana sudah hampir seminggu saya melaluinya. Saya dan krew Les’ Copaque kebanyakkannya tidur di hotel sekitar Dataran Merdeka untuk menjimatkan masa dan mengelak jem. Kebanyakkan petugas seperti cikgu, pelajar, polis dan pegawai kerajaan juga bermalam di sekitar hotel di Dataran Merdeka.
Sebelum jam 6 pagi lagi seorang demi seorang peserta mengambil posisi masing-masing. Tepat jam 6.30 pagi tiada lagi pelajar yang boleh bergerak dan semuanya harus sudah berada ditempat yang telah ditetapkan. Walaupun siaran langsung hanya bermula pada jam 8 pagi tetapi persediaan awal dan latihan pagi harus dimulakan. Saya kagum dengan pelajar-pelajar yang menyertai persembahan kerana mereka harus lebih awal berada di sekolah masing-masing iaitu sekitar jam 3 pagi sekiranya mereka datang ke Dataran menaiki bas sekolah.
Petugas-petugas lain juga harus berada di Dataran Merdeka sekitar waktu 6 pagi walaupun tidak memerlukan latihan awal pagi. Jalan-jalan utama ditutup seawal jam 6 dan untuk memang agak mustahil untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka selepas waktu itu selain menggunakan pengangkutan awam. Di dalam khemah Les’ Copaque juga, kami mengadakan briefing setiap hari bagi mengemaskini semula dan memperbaiki kekurangan pada fasa raptai. Yang hairannya, perasaan pada hari merdeka tidaklah begitu nervous. Mungkin kerana kami semua telah melalui raptai penuh pada beberapa hari sebelumnya dan sudah faham mengenai jadual acara. Pada hari tersebut, kami lebih banyak menghabiskan sesi pagi dengan bergambar dengan menikmati keindahan sekeliling. Tak sangka, begitu ramai orang yang datang pada awal pagi untuk menyaksikan perarakan Merdeka. Saya dan kebanyakkan peserta yang sedang berada di belakang pentas tidak dapat langsung menonton apa yang sedang berlaku dan hanya menonton TV Besar di Dataran bagi mengetahui perkembangan. Read More
15,895 total views