Baru-baru ini saya berpeluang untuk menjamu selera di sebuah restoran yang mempunyai nama yang sungguh unik iaitu Rimba dan Rusa. Restoran ini bukanlah terletak di dalam hutan dan makan bersama rusa, tetapi ianya terletak di Kota Damansara berdekatan dengan Sunway Nexis. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di simpan jalan utama. Bila menjejakkan kaki ke dalam restoran Rimba dan Rusa, barulah saya tahu rupanya restoran ini di bawah pengurusan Wonder Milk yang terkenal dengan kek yang sedap.
Dekorasi di dalam Wonder Milk sudah tentulah bukan biasa-biasa. Ianya sangat cantik dan mempunyai konsep tersendiri. Dari rekaan kaunter, warna meja, susunan lampu hinggalah kepada pilihan makanan, Rimba dan Rusa nampak eksklusif dari semua sudut. Secara umumnya makanan di sini agak mahal sedikit kerana kualiti dan enrivonment sekitar. Read More
8,406 total views