Tag - KPJ

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 3) – Kesibukan

Assalamualaikum, sekali lagi kita bersambung untuk post berkaitan acara di Jakarta tempoh hari. Saya sengaja membahagikan post kali ini kepada 3 bahagian kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah member feedback terhadap post saya yang lepas. Ada yang tak sabar nak membaca sambungan cerita jalan-jalan saya ni.

Ok, di akhir post yang lalu rombongan kedua iaitu terdiri dari semua pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ida Shaheera, Yuki, Shafiq, Hasrul, Fareez dan Tacil beserta ahli keluarga masing-masing baru sahaja sampai ke Jakarata. Pada keesokkan harinya, acara sebenar akan bermula. Masing-masing kena bangun awal sebab harus berada di Rumah Sakit BSD sekitar jam 8pagi. Memang rombongan kedua ini tak banyak masa sebab mereka terpaksa bertolak lambat sehari sebab rombongan ini melibatkan beberapa pelakon suara yang masing bersekolah di waktu pagi.

Seperti yang dijangkakan, nak bangun pagi ni memanglah susah. Lebih-lebih lagi dengan faktor kepenatan dan terlalu awal, dipendekkan cerita kami tak sempat sampai ke tempat acara pada waktu yang dijanjikan. Walaupun agak lambat sedikit, tapi akhirnya pihak penganjur memberi sedikit kelonggaran dan melambatkan sedikit masa penampilan. Boleh dikatakan penganjur di sini ketika itu masih tidak dapat membayangkan bentuk dan gaya penampilan yang bakal dilakukan.

Ida Shaheera (Kak Ros) bersiap sedia untuk memulakan acara

Beberapa pelakon suara yang lain juga sudah bersedia Read More

 4,307 total views

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 1) – Salam Kenal

Salam semua~ Post “Hati Ku Di Jakarta” ini merupakan travelog saya berkaitan kunjungan saya ke Jakarata pada bulan Jun 2012. Di dalam bulan ini sahaja saya dah dua kali ke Jakarta untuk urusan yang berbeza. Sebenarnya ini bukanlah kunjungan pertama saya ke Jakarta. Saya pernah datang ke Indonesia beberapa kali termasuklah ke Semarang dan Bandung.

Pada awalnya saya hanya ke Jakarta bersama Ruhal untuk menghadiri meeting dengan KPJ bahagian Jakarta berkaitan acara yang bakal diadakan. Pada tarikh acaranya nanti, saya akan membawa seramai 24 orang dari Malaysia termasuklah 7 maskot dan 7 pelakon suara seperti Upin, Ipin, Mei Mei, Ehsan dan ramai lagi. Jadi meeting kali pertama ini lebih kepada perancangan secara logistik dan perbincangan berkaitan dengan flow acara dan sebagainya.

Lokasi bakal acara iaitu di Rumah Sakit Medika BSD
Walaupun meeting di Jakarta ini memerlukan proses yang panjang (naik flight, hotel etc) namun meetingnya tidaklah begitu memakan masa. Saya dan Ruhal sempat juga dibawa berjalan-jalan oleh wakil rakan niaga kami di Jakarta iaitu Hifen untuk shopping apa yang sempat. Seperti yang diketahui, Jakarta amat sesak dengan kenderaan dan jem ataupun macet dalam bahasa Indonesia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Kami memerlukan masa yang agak lama untuk kesesuatu destinasi walaupun sebenarnya ianya tidaklah begitu jauh. Tempat yang sempat kami pergi adalah di Thamrin City yang terkenal dengan telekung sembahyang dan pakaian batik. Di sini hampir kesemua kedai menjual pakaian untuk muslim dengan harga yang sangat murah. Saya sendiri sempat membeli beberapa kain pelekat dan telekung untuk hadiah. Hehe…
Shopping Centre Read More

 2,212 total views