Tag - Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa Berwajah Baru

Setelah hampir 2 tahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup kerana proses menaik taraf, kini pada 15 Disember 2019 akhirnya ianya dibuka semula kepada orang awam. Pengunjung sudah boleh beriadah dan menggunakan semua kemudahan yang terdapat di sini. Namun begitu Taman Tasik Titiwangsa ini akan dirasmikan secara rasminya pada tahun 2020 nanti. Saya sendiri dah lama rasanya tak sini dan memang rindu sangat nak berjalan-jalan di kawasan sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Tanpa melepaskan peluang yang ada, saya mengambil kesempatan melihat sendiri Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru sempena hari pertama pembukaannya pada Disember 2019 yang lalu. Seawal 7 pagi lagi saya dah sampai ke Taman Tasik Titiwangsa ini dan apa yang saya boleh cakapkan pada first impression saya adalah WOW! Kalau nak tau, teruskan membaca.

Taman Tasik Titiwangsa Berwajah Baru

Taman Tasik Titiwangsa

Lokasi  Taman Tasik Titiwangsa ini sememangnya sungguh unik dan penting kerana ianya terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Satu usaha yang baik yang diambil orang DBKL untuk menaik taraf taman yang sungguh dekat dihati warga kuala lumpur. Taman ini dibuka seawal jam 6pagi sehingga 10malam. Berikut adalah peta keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa bagi rujukan semua. Read More

 9,479 total views

Line Clear Kampung Baru

Kalau dulu mai Penang memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar. La ni tak yah nak pi jauh-jauh sebab Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang dah ada cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nasi Kandar ni kalau makan memang sedap bagi kuah campur dan banjir. Pergh… memang naik selera makan. Lokasi Line Clear ni tak susah sangat nak cari sebab ianya terletak betul-betul di tepi jalan. Bila dah sampai tu, bolehlah parking kereta di seberang jalan je. Perbezaan utama cawangan Line Clear ni adalah suasananya restorannya yang lebih bersih dan selesa.

Sampai je di depan entrance Line Clear ni dah boleh nampak logo LC Restoran yang cantik dan mural Pulau Penang. Memang sempoi~

Line Clear Kampung Baru

Entrance Line Clear Kampung Baru

Line Clear Kampung Baru

Ruang makan yang luas

Line Clear Kampung Baru

Penuh ketika waktu makan tengahari

Restoran Line Clear ni dibuka setiap hari sampai jam 12am. Suasana kat sini sangat ramai orang lebih-lebih lagi ketika waktu makan dan waktu hujung minggu. Walaupun saya kena beratur panjang, tapi oleh kerana sistemnya cepat saya tak terasapun ketika beratur. Kat sini memang banyak pilihan lauk dan rasa macam nak ambik semua je. Baik ayam goreng, daging hitam ataupun kari kambing semua lauk kat sini memang sedap dan tak rugi kalau makan.

Tengok gambar-gambar ni je pun dah boleh terliur dibuatnya.  Read More

 5,218 total views

Pengalaman menaiki ETS ke KL-Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtara,

Saya sebenarnya dah lama tak naik public transport seperti bas ataupun LRT. Boleh dikatakan lebih 10 tahun semenjak saya menggunakan kenderaan sendiri ke mana-mana saja. Baru-baru ni saya berpeluang mencuba sendiri perkhidmatan KTM ETS untuk balik ke Ipoh, Perak. Rupanya senang saja nak ke Ipoh menaiki train.  Buat masa ni, perkhidmatan ETS ini beroperasi dari KL Sentral dan menuju ke utara hentian terakhir iaitu di Ipoh. Saya dengar, perkhidmatan ini akan dilanjutkan sehingga ke Pulang Pinang dan Hatyai tidak lama lagi.

ETS KL to Ipoh

KL Sentral

Sebelum boleh menaiki ETS ni, saya dah membeli tiket ETS ni beberapa hari lebih awal di KL Sentral. Selain itu juga, tiket boleh dibeli secara online melalui laman web KTM. Tiket ETS ni selalu cepat habis oleh itu kita kena beli lebih awal. Terdapat 2 jenis tiket iaitu tiket jenis Silver dan Gold. Saya telah membeli tiket jenis Silver yang berharga RM25 manakala tiket Gold adalah berharga RM35. Perbezaan kedua-dua jenis tiket ini adalah dari segi jumlah hentian stationnya. Untuk tiket Gold, trainnya akan lebih kurang berhenti jika dibandingkan dengan Silver.

ETS KL to Ipoh

Tempat pembelian tiket ETS

Read More

 47,984 total views