Lenggong adalah salah sebuah daerah di Perak yang sangat terkenal dengan ikan pekasamnya. Namun begitu, Lenggong juga amat terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap termasuklah hidangan istimewa ikan bakar. Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Lenggong, pastikan tidak terlepas menjamu selera di Restoran Tasik Raban yang menghidangkan makanan lauk pauk yang sedap seperti ikan bakar lenggong.
Bagi warga Ipoh pula, sudah tidak perlu ke Lenggong lagi untuk melepaskan rindu kerana sekarang sudah ada Restoran Ikan Bakar Lenggong yang telah dibuka di Silibin. Saya dimaklumkan, pemilik restoran ini merupakan adik beradik kepada Restoran Tasik Raban dan oleh itu mereka masih mengekalkan resepi dan rasa yang sama. Lokasi Restoran Ikan Bakar Lenggong ini adalah bersebelahan dengan Kedai 1Malaysia.
8,453 total views