Pasti sesiapa saja yang membaca tajuk topik kali ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui mengenai Lemang Periuk Kera. Kebanyakkan dari kita zaman sekarang, sudah tidak mengetahui dan mungkin juga tak pernah makan Lemang Periuk Kera yang dikatakan salah satu makanan warisan yang hampir pupus. Saya sungguh bertuah dan bernasib baik kerana bertemu dengan salah seorang pengusaha Lemang Periuk Kera secara tidak langsung dan beliau terus menawarkan saya untuk berkunjung ke rumahnya untuk merasai sendiri kesedapan makanan ini. Nama beliau adalah, abang Tan Safry yang telah 20 tahun melibatkan diri dalam masakan lemang warisan ini. Yang menariknya, Abang Tan berkongsi cerita mengenai perniagaannya yang semakin laris semenjak Lemang Periuk Kera ini diperkenalkan di dalam siri Upin & Ipin. Kebanyakkan dari pelanggan tidak sangka Lemang Periuk Kera ini betul-betul wujud, dan hanya mengetahui lemang ini melalui cerita Upin & Ipin.
18,551 total views