Tag - MCD

Nasi McD dan Burger Nasi Lemak

Pada tahun ini McDoland’s Malaysia memperkenalkan 2 menu baru yang diinovasikan mengikut selera orang Malaysia berdasarkan dari menu utama makanan mereka. Seperti yang kita tahu, bila sebut pasal McDoland’s je kita mesti terbayangkan burger Big Mac ataupun McChickennya. Kali ini McDoland’s Malaysia membawakan menu baharu iaitu Burger Nasi Lemak dan Nasi McD yang sebaik saja dilancarkan terus mendapat sambutan luar biasa. Yela, ramai orang excite dan nak tahu sendiri macam manalah rasa Burger Nasi Lemak dan Nasi McD tu lebih-lebih lagi ianya diviralkan sebaik sahaja dilancarkan pada hari pertama.

Saya terus ke McD terdekat dan mencuba kedua-dua menu ini sendiri dan ini komen saya.

Nasi McD

Pilihan nasi set nasi McD

Nasi McD

Harga Nasi McD

Nasi McD

Nasi McD dijual mengikut beberapa pilihan set yang terdiri dari pilihan Set A : Nasi McD + Egg, Set B: Nasi McD + Ayam Goreng McD dan Set C:  Nasi McD + Ayam Goreng + Telur. Kesemua set ini dijual bermula dari harga RM5.95 sehinggalah kepada set lengkap yang berharga RM12.95. Namun begitu, kesemua set ini tidak didatangkan dengan air minuman. Jadi kalau nak beli air, kenalah tambah duit lain. Read More

 2,286 total views