Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat peminat filem arahan Mamat Khalid dan watak Usop Wilcha pasti dah tak sabar-sabar ingin tonton filem terbaru ini di pawagam. “Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh” merupakan filem spinoff dari filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah dengan mengekalkan watak Usop Wilcha tetapi berada di dalam senario dan latar belakang yang berbeza. Terima kasih kepada Empire Filem Solution kerana menjemput saya untuk menonton filem ini pada malam tayangan media.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Mac 2015.
Tayangan bersama media ini telah diadakan di E@Curve bersama-sama kelab peminat Zizan dan Emma Maembong. Tapi sayangnya Zizan dan Emma tidak hadir disaat-saat akhir. Biarpun begitu, tayangan ini diteruskan juga walaupun tanpa 2 pelakon utama filem ini.
8,548 total views, 1 views today