Malaysia Social Media Week adalah acara tahunan yang wajib dihadiri bagi semua pengiat media sosial samada untuk syarikat ataupun individu. MSMW tahun ni seperti biasa memfokuskan kepada isu-isu semasa berkaitan dengan media sosial di dalam sesi talk dan summit mereka. Sudah 2 tahun berturut-turut saya menyertai sesi summit MSMW2016 dan ini adalah sebab mengapa saya akan teruskan lagi pada tahun ini.
Isu Media Sosial
Meskipun kita adalah pengguna harian media sosial seperti Facebook ataupun Instagram, namun teknologi media sosial ini sentiasa berkembang setiap hari. Ada saja info dan teknik-teknik terkini yang boleh diguna pakai yang dikongsikan oleh barisan speaker yang hebat. Kemahiran di dalam media sosial bukanlah sesuatu yang harus dipelajari pada sesuatu masa saja kerana teknologi ini tidak akan berhenti berkembang.
Pada tahun lepas saya mendengar talk dari @klubbkidd yang berkongsi idea bagaimana dia menggunakan twitter sebagai platform asas media sosialnya. Menurut @klubbkidd, tiada “Media Social Expert” kerana perkembangan media sosial terlalu laju dan cepat. Kita kena hari-hari belajar sesuatu yang baru.
3,010 total views