Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca blog MohdZarin.com ke utara tanahair iaitu di Kuala Kangsar, Perak. Rasanya semua orang dah kenal dengan makanan yang paling terkenal di Kuala Kangsar ni iaitu Laksa Kuala Kangsar. Tapi kali ni saya taknak bercakap mengenai makanan, tetapi nak berkongsi mengenai keindahan Masjid Diraja Kuala Kangsar iaitu Masjid Diraja Ubudiah.
Terletak di Bukit Chandan, Masjid ni sangat indah dan cantik. Kubah emas dan menara masjidnya merupakan diantara rekaan senibina masjid yang tercantik saya pernah lihat. Walaupun nampak begitu cantik, tak sangka rupanya Masjid ni telahpun berusia hampir 100 tahun dan telah dirasmikan pada tahun 1917.
Sebelum ni Masjid Ubudiah merupakan Masjid Negeri Perak sebelum Masjid Sultan Idris Shah II dibina di Ipoh pada tahun 1968. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan.
Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang di bawa khas dari Itali dan London. Read More
5,601 total views




