Assalamualaikum semua~ Kali ni saya nak sambung semula rentetan percutian saya ke Hong Kong. Buat mereka yang terlepas membaca artikel berkaitan dengan percutian saya di Hong Kong sebelum ini bolehlah membaca Bahagian 1 dan Bahagian 2 terlebih dahulu. Setelah seharian saya berjimba-jimba di Disneyland Hong Kong, pada keesokan harinya saya dibawa melawat bandaraya Hong Kong yang juga di dalam pakej percutian bersama Poto Travel. Diantara tempat-tempat yang terkenal sebagai lokasi tarikan pelancong adalah Hong Kong Avenue Of Stars, Victoria Peak dan Ocean Park. Konsep Avenue Of Stars adalah seakan-akan di Hollywood di mana terdapat lebih dari 100 “Hand Print” ataupun tapak tangan artis-artis Hong Kong yang terkemuka dilantai-lantai jalan. Di sini juga terdapat patung-patung seperti Bruce Lee dan beberapa patung-patung lain. Saya dimaklumkan juga di sini kerap diadakan aktiviti seperti persembahan muzik dan acara-acara lain.
Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak sambung cerita panjang saya ketika percutian di Hong Kong dan kali ini saya nak fokus kepada perjalanan di dalam Disneyland Hong Kong. Pada post bahagian pertama saya dah ceritakan macam mana permulaan menjejakkan kaki di Hong Kong dan sudah tentulah destinasi utama iaitu Disneyland amat dinanti-nantikan. Sebelum ini saya pernah berada di Disneyland Los Angeles dan ini merupakan Disneyland ke 2 di dalam hidup saya.
Sebaik sahaja selesai sarapan pagi di hotel, kami semua dibawa oleh pemandu pelancong Poto Travel untuk berkumpul di bas dan memulakan perjalanan. Tak sangka, total keseluruhan yang mengikuti pakej percutian kali ini hampir 200 orang. Jadi sememangnya mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua orang. Saya dan Zarith seperti pada hari sebelumnya menaiki bas untuk group A. Ketika di dalam bas lagi, masing-masing sudah diberi tiket masuk serta kupon makan. Semuanya ni dah termasuk di dalam pakej Poto Travel. Perjalanan dari hotel ke Disneyland mengambil masa lebih kurang 40 minit dan semuanya dah nampak excited masa dalam bas.
Takkan sesat kalau ikut bendara Poto Travel
[Kiri] Bergambar di hadapan hotel sebelum bertolak [Kanan] Arissya, salah seorang anak kepada grup A
Excited dalam bas
Tiket, peta dan kupon makan diberi lebih awal
Hidden Mickey Spotted
Sampai saja dipintu masuk Disneyland Hong Kong, kami semua dipecahkan kepada hala tuju masing-masing. Tetapi sebelum berpecah, kami bergambar dulu. Nampak tak, begitu ramainya yang join trip kali ni. Gambar yang sama, anda semua boleh nampak di dalam surat khabar Utusan. Muka saya takde dalam gambar ni sebab saya korbankan untuk ambil gambar ketika ni. Bila berjalan di dalam Disneyland, yang paling penting adalah untuk merujuk kepada peta dan directory. Mengikut pengalaman saya dulu, pembahagian masa dan perancangan adalah penting ketika berada di dalam Disneyland. Kalau salah merancang masa, kita mungkin end-up terlepas show penting ataupun tak cukup masa untuk berjalan-jalan kat semua tempat. Memang betul seperti tagline Disneyland, The Happiest Place on Earth, di sini tak tak kira tua atau muda sememangnya patut rasa enjoy ketika berada di sini.
Disneyland Hong Kong ni merupakan Disneyland terkecil sekali di antara Disneyland yang lain. Namun begitu, beberapa tarikan utama masih ada di sini dan terdapat beberapa kelainan jika dibandingkan dengan Disneyland di negara lain. Di sini kebanyakkan signboard dan beberapa persembahan adalah di dalam bahasa kantonis. Jom kita jalan-jalan dulu~
Bergambar bersama semua peserta dan setiap kumpulan