Tag - Pulau Pinang

Goreng Pisang Tanjung Bungah

Siapa yang tak suka makan goreng pisangkan? Kalau dulu saya pernah berkongsi mengenai goreng pisang cheese yang terkenal di Kota Damansara iaitu The GorPis, kali ni saya nak kenalkan kepada otai segala goreng pisang yang terkenal di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Ini adalah kerana mereka sudah mula berniaga goreng pisang di Tanjung Bungah ni semenjak tahun 1970 lagi. Mereka hanya berniaga di tepi jalan dan dapur mereka adalah pada sebuah lori. Jom kita beli dan rasa sedap ke tak goreng pisang kat Tanjung Bungah ni.

Goreng Pisang Tanjung Bungah

Lokasi Goreng Pisang Tanjung Bungah adalah di tepi jalan

Goreng Pisang Tanjung Bungah

Goreng pisang sedang digoreng

Read More

 7,793 total views

KFC Tertua di Pulau Pinang

Siapa yang tak suka makan ayam goreng KFC? Nak Original ataupun Spicy?

Tapi tahukah anda, Restoran KFC pertama di Malaysia sebenarnya telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973. Manakala KFC di Jalan Larut, George Town, Pulau Pinang pula telah dibuka pada tahun 1987 dan merupakan salah satu KFC paling unik di dunia. Ini adalah kerana cawangan restoran KFC ini dibina di bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British yang masih cantik dan dipelihara.

Sekali pandang macam tak perasan ini adalah restoran KFC, tapi bila dah tahu pasti terasa nak masuk ke dalam dan nak tengok sendiri keunikan bangunan ini.

KFC Tertua di Pulau Pinang

KFC Tertua di Pulau Pinang

KFC Tertua di Pulau Pinang

Bangunan lama yang mengekalkan rekaan kolonial

Read More

 10,012 total views

Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang

Kalau mai Penang memang tak sah kalau berat badan tak naik. Mana taknya, dari pagi sampai petang asyik makan makanan yang best-best je. Bila waktu malam pula ingat dah berenti, tapi rupanya pekena Nasi Kandar Beratur yang famous tu. Saya walaupun dah banyak kali sampai ke Penang, tapi ni baru pertama kali saya dapat merasai Nasi Kandar Beratur. Apa yang membuatkan Nasi Kandar Beratur ni sedap sangat sampai ramai sangat orang beratur? Berbaloi ke beratur sampai sejam untuk nasi kandar ni? Mai kita pekena dulu baru boleh cerita.

Nasi Kandar Beratur

Di Jalan Masjid Kapitan Keling

Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur Original

Read More

 17,224 total views