Bila sebut saja makanan kelantan seperti Nasi Kerabu ataupun Nasi Dagang fikiran saya terus teringat pada Kelantan Delights. Kalau dulu saya selalu berbuka puasa di Kelantan Delights Subang Jaya, tetapi kali ini saya diberi peluang untuk mencuba juadah berbuka puasa di Kelantan Delights cawangan Citta Mall. Saya dimaklumkan cawangan Citta Mall sebenarnya sudah hampir setahun beroperasi. Sebenarnya di Citta Mall ni ada banyak restoran-restoran makanan yang terkenal. Percaya atau tidak, kebanyakkan orang yang datang ke Citta Mall ni mesti nak mencari makanan. Jom kita tengok apa yang menarik di Kelantan Delights Citta Mall.
Di sini ruang makannya dibahagi kepada 2 ruang iaitu di bahagian dalam dan di bahagian luar. Menu utama seperti nasi, kuih muih dan lauk pauk dihidangkan di bahagian dalam restoran ini. Manakala, menu lain seperti ikan bakar, laksam dan banyak lagi dihidangkan di bahagian luar. Bagi saya tak kisah duduk di dalam ataupun di luar, kedua-dua ruang ini sangat selesa dan mudah untuk mengambil makanan.
Memang menjadi kewajiban bagi menu makanan kelantan dengan pelbagai aneka juadah kuih. Di sini, ada banyak betul pilihan kuih dari yang saya kenal sehinggalah yang saya tak kenal. Diantara kuih-kuih yang ada kat sini adalah seperti kuih taik itik, jala emas, apam, kuih akok, pulut panggang dan banyak lagi. Semua kuih-muih ini disediakan di dalam portion yang comel-comel dalam sudu supaya senang nak makan sekali ngap je.
8,251 total views