Tag - Satay

Keunikan Sate di Tesate

Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.

Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.

menu sate di tesate

Tesate

menu sate di tesate

Talapia bakar

menu sate di tesate

Ikan

Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana. Read More

 8,817 total views

Willy Satay Shah Alam

Kalau dulu bila teringin makan satay kita asyik nak cari satay kajang je. Tapi sekarang dah banyak pilihan restoran satey yang sesedap malahan lebih sedap dari pilihan satay di Kajang. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Willy Satay yang sudah mempunyai banyak cawangan dan sudah agak terkenal dengan kesedapan sateynya. Saya sendiri sebenarnya memang penggemar satay dan kali ini saya ke cawangan terbaru Willy Satay yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Walaupun dah ada banyak cawangan Willy Satay, namun saya difahamkan setiap cawangan mempunyai perbezaan dari segi pilihan menu-menu sampingan serta promosi yang diadakan. Namun begitu, semua rasa satay di sini adalah sama bagi setiap cawangan kerana resepinya dikawal bagi memastikan kesedapannya.

Willy Restoran Shah Alam

Bubur Nasi diantara menu sampingan di sini

Willy Restoran Shah Alam

Set Bubur Nasi

Sebelum kita makan satay kat sini, saya nak cuba beberapa menu lain yang turut terkenal kat sini seperti bubur nasi ni dan nasi kerabu. Bubur nasi ni sangat istimewa kerana ianya turut dihidangkan bersama set telur puyuh, hirisan ayam serta beberapa bahan lain. Walaupun nampak simple, tapi rasa bubur nasi ni memang lain dari yang lain. Selain itu juga, Nasi Kerabu kat sini memang berbeza kerana nasinya adalah berwarna kuning dan bukannya biru. Sudah pastinya lebih sedap sekiranya dibandingkan dengan Nasi Kerabu biru yang menggunakan banyak pewarna. Selain itu juga, set Nasi Kerabu ini turut dihidangkan dengan beberapa cucuk Satay. Memang sangat sedap dan terangkat. Read More

 21,938 total views