Kali ni saya nak bawa anda semua ke Jakarta untuk merasai Sate Indonesia yang unik dan sedap. Kalau biasanya kita makan Sate kat Malaysia tapi Sate di Indonesia ni sangat unik dan banyak jenis pilihan. Tak percaya? Kalau berpeluang ke Jakarta lepas ni apa kata cuba rasa sendiri sate di restoran Tesate. Tesate ni sebenarnya ada banyak cawangan dan agak terkenal di Indonesia. Cawangan yang saya pergi ni adalah di Plaza Senayan, Jakarta.
Suasana di dalam restoran Tesate ni sangat selesa dan cantik. Dibeberapa sudut di dalam restoran terdapat dekorasi berunsurkan budaya Indonesia serta ruang dapur membakar sate boleh dilihat dari ruang makan kerana ianya ditutupi dengan cermin kaca.
Sebelum kita tengok apa menu sate kat sini, jom kita tengok dulu apa makanan lain yang ada kat sini. Walaupun kat sini menjual sate sebagai makanan utama, tetapi kita masih boleh mencuba menu Indonesia yang lain seperti Ayam Penyet, Gado-Gado, Tahu Sumedang, Kerapu Bakar dan macam-macam lagi. Bagi sesiapa yang peminat makanan Indonesia pasti dah tahu dengan nama-nama makanan kat sini. Semuanya nampak sedap-sedap, sampai taktau nak order yang mana. Read More
8,817 total views