Tag - SehatiSejiwa

Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa

Walaupun belum lagi bulan Ogos, tapi semangat kemerdekaan telah pun terasa selepas acara Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada awal bulan Jun yang lalu. Ini adalah kali pertama saya menyertai acara Pra Pelancaran di Dataran Merdeka. Kalau sesiapa ingat betapa sibuknya saya pada sambutan Hari Merdeka tahun lepas, nampaknya saya akan sibuk juga pada tahun ini.

Tapi walaupun sibuk dan penat, tapi sebenarnya aktiviti macam ni sangat seronok dan merupakan pengalaman sangat berharga apatah lagi ianya adalah acara besar untuk Malaysia.

Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015

Dataran Merdeka

Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015

Pelancong juga turut menyertai acara

Pra Pelancaran Hari Kebangsaan 2015

Acara senam robik waktu petang di Dataran Merdeka

Acara Pra Pelancaran ini bermula dari awal pagi lagi dengan pelbagai acara seperti tarian, senamobik dan juga penampilan maskot-maskot animasi negara termasuklah Upin & Ipin. Yang uniknya, kesemua acara-acara ini juga turut disertai oleh pelancong-pelancong asing.  Pada waktu malam pula persembahan nyanyi diadakan oleh beberapa artis tempatan seperti Dato Hattan dan Adira.  Read More

 4,512 total views