Mencari rumah idaman bukanlah mudah memandangkan harga rumah yang semakin mahal dan lokasi yang kurang strategik. Kalau nak cari rumah di dalam area Kuala Lumpur memang dah takde lagi dan harganya pun boleh tahan mahal. Sekarang lebih ramai orang ingin memiliki rumah impian di kawasan seperti Sungai Buloh, Shah Alam dan beberapa lagi kawasan pinggir bandar. Saya sendiri kalau nak cari rumah mestilah terletak di kawasan yang mudah dan dekat dengan access ke lebuhraya utama serta terdapat kemudahan lain seperti sekolah, pusat membeli belah dan macam-macam lagi.
Baru-baru ni saya dijemput untuk melihat tawaran menarik perumahan di Radia Bukit Jelutong sekali gus memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina. Projek Radia ni sebenarnya adalah di bawah Sime Darby dan UEM Sunrise. Memang bertuah saya dapat tengok apa yang ditawarkan di Radia Bukit Jelutong kerana saya sendiri kini menetap di Denai Alam.
Ini adalah kerana saya tahu betapa besarnya masa depan kawasan di Bukit Jelutong yang dikenali sebagai kawasan Elite. Tak hairanlah, ramai orang dah mula pandai dan melabur di kawasan ni sekarang. Radia Bukit Jelutong ni merupakan kawasan yang sangat strategik kerana ianya sangat hampir dengan lebuhraya utama seperti Guthrie, NKE dan ELITE. Keluar je kawasan Bukit Jelutong dah terus masuk ke penghubung lebuh raya. Kawasan ni memang sesuai didiami oleh siapa-siapa saja yang bekerja tak kira samada di kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur mahupun Putrajaya. Read More
10,274 total views