Tag - Steamboat

Suasana Meriah di Johor Steamboat

Kali ni kita nak cari steamboat yang terkenal di Johor iaitu Johor Steamboat. Sebenarnya saya tahu mengenai Johor Steamboat ni melalui radio BestFM yang iklannya diulang-ulang setiap hari. Saya ni kan setiap hari wajib dengar radio BestFM. Saya pun tak tahan terus pergi ke Johor semata-mata nak tengok sendiri steamboat kat sini.

Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran ni sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Restoran ni sangat ramai orang dan seolah-olah ada kenduri kahwin sebab sangat meriah. Suara DJ kat sini dah macam sedang mengacarakan kenduri ataupun station radio.

Johor Steamboat

Makan jangan tak habis, nanti kena denda

Johor Steamboat

Suasana meriah di Johor Steamboat

Read More

 16,743 total views

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lokasi makan-makan kali ini tak jauh malahan dekat saja iaitu di Shah Alam. Sebenarnya saya dah lama teringin makan kat sini tapi restoran ni sentiasa penuh dan padat dengan orang. Saya dinasihati oleh pemilik restoran agar booking lebih awal dan elakkan walkin lebih-lebih pada hari minggu kerana restoran ni pasti akan penuh. Begitulah suasana dan sambutan hangat di D’Kayangan Grill dan Barbeque Steamboat di Seksyen 13, Shah Alam. Kenapa ramai sangat orang yang makan kat sini setiap hari? Jom ikut saya masuk dan tengok sendiri apa menu istimewa yang ada kat sini.

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Terdapat pilihan ruang makan di dalam dan juga di luar

D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat

Ruangan memilih makanan

Berkonsepkan steamboat dan juga barbeque, kita boleh pilih macam-macam bahan masakan samada dari pelbagai pilihan bebola ataupun daging mahupun makanan laut yang telah diperap. Pilihan bebola kat sini memang banyak dari yang biasa-biasa sehinggalah kepada bentuk angry bird. Walau bagaimanapun, yang menambat hati saya adalah pilihan perapan daging dan ayam yang nampak mengiurkan. Read More

 7,312 total views

Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ

Dah lama rasanya tak makan stimbot dan lama juga tak pekena makanan grill. Sedapnya kalau dapat hirup sup tomyam yang pedas dan pada masa yang sama dapat makan daging atau ayam yang digrill panas-panas. Tiba-tiba saya terjumpa satu restoran melayu yang diberi nama Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ yang terletak di Sungai Buloh. Sukanya saya sebab lokasinya taklah begitu jauh dari rumah saya. Restoran ini juga dikatakan baru saja beroperasi dan salah satu restoran Stimbot yang dijamin halal.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Kaunter pilihan makanan

Jom kita tengok apa yang ada kat Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ ni.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQsukee03

Diantara makanan laut yang tersedia

Seperti restoran stimbot yang lain, Sukee-Sukii menggunakan konsep buffet dan harga untuk seorang dewasa adalah RM30.90 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM14.90. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah PERCUMA. Harga ini boleh jadi lebih murah mengikut hari-hari tertentu dan promosi yang ditawarkan. Contohnya promosi diskaun 10% untuk pelajar dan “Ladies Night” pada hari-hari tertentu. Potongan 10% juga diberikan kepada kumpulan yang datang lebih dari 10 orang. Pendek kata macam-macam promosi yang dijalankan di sini.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Daging yang telah diperap

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Pedal ayam pun ada

Read More

 11,835 total views