Pada setiap tahun, antara video yang kita nantikan adalah video ataupun iklan Hari Raya oleh syarikat seperti TM ataupun Petronas. Video Iklan Raya sering mendapat perhatian kerana pada masa inilah orang lebih ramai menonton TV dan iklan-iklan ketika hari raya. Syarikat-syarikat besar pula mengambil peluang ini untuk menjenamakan syarikat mereka dengan iklan-iklan raya.
Ada iklan raya yang betul-betul berjaya dan sangat menyentuh hati penonton. Tapi dah lama rasaya kita tidak disajikan dengan video iklan seperti itu. TM juga tidak ketinggalan melancarkan video iklan raya mereka. Dengan tajuk #pakcikmisteri konsep iklan raya TM 2015 kali ini sungguh berbeza.
Dengan menggunakan watak seorang gadis, topik dan subjek yang diketengahkan amat mudah. Secara ringkasnya, iklan ini mengisahkan seorang gadis yang ingin membalas budi dan jasa baik seorang pakcik yang tidak dikenali kerana membantunya meminjamkan wang pada waktu malam dia kehilangan beg duit. Siapa sangka, rupanya pakcik yang membantunya pun serba kekurangan namun masih sudi membantu. Read More
7,479 total views