Selepas kejayaan Karnival Upin & Ipin pada tahun 2014 yang mengetengahkan watak-watak popular animasi 3D Upin dan Ipin, syarikat animasi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2015 pada 20 hingga 22 November 2015 di Dewan A, MAEPS, Serdang. Pemilihan lokasi baru tahun ini adalah berdasarkan dari fenomena luar biasa di Putrajaya ketika penganjuran tahun lepas. Lokasi pada tahun ini bukan sahaja lebih besar dan luas, malahan mempunyai kemudahan parkir yang banyak bagi menampung kunjungan pengunjung yang ramai.
Karnival Upin & Ipin 2015 bertemakan ‘Keajaiban Bermula’ akan menampilkan unsur-unsur magik dan fantasi yang akan melibatkan kesemua watak animasi dari Les’ Copaque Production. Karnival tahun ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu ‘Main Hall’ dan ‘Magic Hall’ yang menawarkan pelbagai tarikan yang unik dan berbeza.
7,883 total views