Tag - Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Muzik Video Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.

Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Maskot Upin & Ipin bergaya memainkan gitar

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Tn Haji Burhanuddin, Dato Aliff Syukri dan Dato’ Norman Abdul Halim ketika majlis pelancaran

Read More

 10,693 total views

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng bakal di pawagam

Sebuah majlis sidang media sempena pelancaran filem animasi nombor 1 Malaysia iaitu “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral hari ini. Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les’ Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production. Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Suasana ketika Majlis Sidang Media Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Dari kiri [En Izham Omar (Primeworks Studio), Dato’ Norman (CEO KRU Group), Tn Hj Burhanuddin (Les’ Copaque Production), Dato’ Kamil Othman (Ketua Pengarah FINAS) dan En Hasnul Hadi (Pengarah Kandungan Kreatif MDEC)

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia. Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia. Read More

 22,841 total views