Tag - Upin & Ipin

Upin & Ipin Musim 9

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tak sangka Upin & Ipin dah masuk musim ke 9 dan bermakna dan 9 tahun Upin & Ipin bersiaran di TV9. Bayangkan kalau ada anak yang umur 1 tahun masa mula-mula tengok Upin & Ipin dulu, sekarang dia dah darjah 3. Cepat betul masa berlalu, pejam celik, pejam celik je.

Untuk musim ke 9 ini ada banyak cerita dan kisah menarik yang bakal dihidangkan kepada penonton. Kisah berlatar belakangkan kampung ni tak pernah habis dan tak pernah bosan. Sebabnya adalah sekarang ni kebanyakkan kanak-kanak dah tak kenal dengan suasana kampung dan tak pernah mengalami apa yang kita alami dulu. Jadi melalui cerita Upin & Ipin ni sedikit sebanyak dapatlah kongsi cerita-cerita kita zaman di kampung dulu.
poster Read More

 7,942 total views

10 Fakta Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Upin Ipin

Saya sekadar nak kongsikan beberapa fakta yang ramai orang tak tahu mengenai animasi Upin & Ipin. Ada diantara fakta-fakta ini tidak pernah diumumkan di mana-mana media di Malaysia.

1. Upin & Ipin pada asalnya bukanlah watak utama di dalam  filem Geng Pengembaraan Bermula, tetapi hanyalah watak kanak-kanak ditepi jalan yang membantu Badrul dan Lim untuk memberi arah jalan ke rumah Tok Dalang. Tetapi selepas populariti siri Upin & Ipin pada tahun 2007 akhirnya Les’ Copaque Production menambah penglibatan Upin & Ipin di dalam filem Geng yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2009.

wd_geng_dalamgua

2. Upin & Ipin pada asalnya dihasilkan di dalam keadaan botak kerana ingin mengurangkan kos penghasilan  dan simulation “hair” di dalam 3D. Akhirnya mereka kekal botak sehingga kini. Read More

 49,183 total views

Upin Ipin Store

Kalau sebelum ini saya promote produk dan jenama lokal seperti Abstrax Jingga dan Republic Of Big, apa kata kali ni saya nak promote pula produk Upin & Ipin. Kepada semua peminat setia Upin & Ipin mesti ada yang belum tahu kat mana nak dapatkan barangan ORIGINAL Upin & Ipin. Paling mudah dan paling BEST adalah di Butik Upin Ipin Store yang terletak di Shah Alam, Seksyen 13. Kenapa saya kata best, sebab kat sinilah semua barangan baru akan dijual terlebih dahulu selepas dihantar ke outlet lain seperti di Kedai Makan Upin & Ipin. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam butik ni.

Upin Ipin Store

Butik Upin Ipin Store

Read More

 32,397 total views

Give Away #1Patung Cinonet Upin Ipin

Salah satu aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2015 di blog MohdZarin.com adalah aktiviti Give Away. Ini adalah sebagai salah satu tanda terima kasih dari saya kepada pembaca setia blog saya. Untuk Give Away yang pertama ni saya plan nak buat sesuatu yang simple dan mudah untuk disertai.

cinonet_02

Gambar Patung Cinonet Upin Ipin yang diambil bersama makanan

Read More

 5,793 total views

Tema Tadika Mesra

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik semua. Sempena memberi semangat kepada adik-adik yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ni, saya dan beberapa team Les’ Copaque bersepakat memakai baju TADIKA MESRA ke office. Baju Tadika Mesra ni actually adalah salah satu baju krew semasa Karnival Upin & Ipin 2013 (Fuh~ Nasib muat lagi).

Kalau nak tahu, dipoket setiap baju ni ada tertulis nama masing-masing. Memang sama macam dalam cerita Upin & Ipin. Bukan semua staff Les’ Copaque ada baju ni sebab bukan semua yang bertugas semasa karnival tahun tu.

tadika06 Read More

 5,458 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 2)

Akhirnya hari yang ditunggu iaitu Japan Halal Expo 2014 telahpun tiba. Acara ni berlangsung di Makuhari Messe iaitu sebuah pusat konvensyen yang terkemuka di Jepun. Makuhari Messe ni sangat terkenal sehingga acara-acara besar seperti Japan Auto Show dan konsert-konsert juga kebiasaannya diadakan di sini. Japan Halal Expo ni sebenarnya adalah penganjuran tahun pertama dan ianya tidak pernah dianjurkan sebelum ni. Di sini, lebih dari 100 syarikat dari pelbagai negara mempromosikan produk halal masing-masing dari produk makanan hinggalah kepada produk kesihatan.

View_of_Makuhari-Messe_from_Nakase_2-chome_crossing

Makuhari Messe (Sumber Google)

halal01

Pintu masuk

halal02

Sesi pendaftaran

Japan Halal Expo ni berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, acara pelancaran diadakan pada awal pagi di dewan utama dan dihadiri oleh media-media tempatan. Saya kagum menonton acara pelancaran mereka ni sebab semuanya sangat sistematik dan tersusun. Kalau di Malaysia, kebiasaannya media akan menuju ke depan pentas untuk mengambil gambar sesi pelancaran dan sebagainya. Berbeza dengan suasana di Jepun, media tidak dibenarkan berada di hadapan pentas, disebaliknya semua media mengambil video dan gambar dari hujung dewan dengan menggunakan zoom lens.

Tidak cukup dengan itu, semua media dan tetamu dilengkapi dengan alat bantu dengar yang membolehkan kita memilih bahasa apa yang ingin kita dengar ketika acara sedang berlangsung. Alat bantu dengar ini kemudiannya mempunyai fungsi yang membolehkan media merakamkan audio secara terus kepada kamera masing-masing tanpa perlu berjumpa dengan juru audio.

halal07

Suasana pelancaran

halal03

Sedang susun flyer

Read More

 10,264 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 1)

Alhamdullillah, belum sempat lagi saya habiskan penulisan saya ke Jepun pada beberapa bulan lepas, saya berpeluang ke Jepun sekali lagi tapi kali ini atas urusan kerja. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang ni dan saya pasti pengalaman ke Jepun kali ini merupakan satu lagi pengalaman baru buat saya.

Sebelum saya bercerita lebih panjang, saya sekadar ingin mengingatkan kepada semua pembaca blog saya dan diri saya sendiri agar lebih berwaspada memilih kawan. Kawan gembira memang senang di cari, tapi kawan ketika susah dan sangat susah untuk dicari.

japanhalal_02

Perjalanan di Tokyo ketika waktu malam

japanhalal_04

Ketika menunggu bas

Objektif utama kali ini saya ke Jepun adalah untuk menguruskan acara Japan Halal Expo 2014 dan secara tak langsung mengumpulkan gambar serta video disepanjang acara tersebut. Tambah menarik lagi, watak Upin & Ipin dilantik sebagai duta Japan Halal Expo 2014. Flight saya ke Jepun adalah pada jam 2 petang hari Isnin (24 Nov) iaitu sehari selepas selesainya Karnival Upin & Ipin di PICC, Putrajaya. Perasaan kepenatan dan pening yang teramat sangat bercampur dengan perasaan teruja ketika berada di dalam flight. Belum lagi berada di awan, saya sudah meletapkan mata sebaik sahaja mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat.

Setibanya di Haneda Airport sekitar jam 11.30pm, rakan niaga di Jepun dah pun menunggu saya di pintu keluar. Saya dibawa ke hotel dengan menaiki bas transit. Walaupun bas tu nampak macam bas biasa je, tapi tiket bas tu je berharga 1150 Yen iaitu lebih kurang RM33. Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 20 minit.

japanhalal_05

Pemandu bas membantu membawa beg ke dalam perut bas

japanhalal_06

Harga tiket bas

Read More

 12,687 total views

Upin & Ipin dilantik sebagai duta “Japan Halal Expo 2014”

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Saya melaporkan secara terkini dari Makuhari Messe, Jepun sempena dengan acara “Japan Halal Expo 2014”. Pada tanggal 26 Nov 2014, sejarah baru animasi Malaysia tercipta apabila watak Upin & Ipin diangkat menjadi duta bagi acara ini. Hampir tak percaya bila pertama kali dapat berita ni tapi inilah yang berlaku.
Seperti yang kita tahu, negara Jepun kaya dengan dunia animasi mereka sendiri dan agak sukar untuk menyelitkan nama Upin & Ipin di dalam industri mereka. Mungkin melalui skop makanan halal, nama Upin & Ipin perlahan-lahan mula disebut di sini.

MZ_japan02

MZ_japan06 Japan Halal Expo 2014

Pemilihan Upin & Ipin sebagai duta sebenarnya merupakan satu peluang keemasan yang jarang-jarang boleh diperolehi. Secara kebetulan pihak penganjur sememangnya ingin mencari satu ikon kartun yang terkenal dikalangan masyarakat Islam di Asia untuk dijadikan sebagai duta. Tambahan pula, acara “Japan Halal Expo 2014” ini merupakan penganjuran kali pertama dan sememangnya memerlukan daya tarikan yang kuat.

Read More

 5,885 total views

Upin, Ipin dan Ultraman Ribut

Les’ Copaque Production akan menerbitkan episod khas dalam Siri Animasi Upin & Ipin Musim ke-8 yang akan menampilkan watak “Ultraman Ribut”. Episod khas ini bakal ditayangkan di TV9 pada 14,15 dan 16 November 2014 jam 5.30 petang. Penampilan khas Ultraman di dalam Siri Animasi Upin Ipin ini, adalah hasil dari kerjasama antara syarikat kami dengan Tsuburaya Productions dari Jepun.

POSTER_DATE

Read More

 14,580 total views

Karnival Upin & Ipin 2014

KARNIVALUI_01-1024x1024

Karnival Upin & Ipin 2014 tiba lagi dan kali ini ianya bakal membawa 1,000 macam kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Lokasi di PICC, Putrajaya sebenarnya telah dipilih untuk Karnival Upin & Ipin tahun 2013 tetapi oleh kerana kesuntukan masa  dari segi kelulusan dan sebagainya, akhirnya lokasi ini dipinda pada November 2014. Pejam celik, pejam celik… tengok-tengok hanya kurang lagi sebulan karnival ini akan berlangsung. Menjadi sebagai salah seorang diantara orang belakang tabir Karnival Upin & Ipin semenjak tahun pertama penganjuran iaitu sekitar tahun 2010, saya dapat melihat banyak perubahan dan pembaikan pada setiap tahun.

1496231_10152190453964750_422804538_o

Gambar dari Facebook Upin & Ipin

Read More

 13,284 total views