Tag - Upin & Ipin

Projek bersama Afdlin Shauki

Ha, ini bukan nak kata apalah, tapi sebenarnya dah berpuluh kali saya dapat berjumpa dengan Afdlin Shauki tapi baru hari ni dapat bergambar. Biasanya Afdlin tengah sibuk ataupun saya yang jual mahal.. jadi tak dapatlah bergambar~
Afdlin datang ke studio hari ni untuk projek khas akan datang yang buat masa ini saya tak dapat diumumkan lagi info lanjut berkaitan projek ni. Gambar di bawah ni adalah beberapa orang dibelakang tabir yang bekerja untuk projek ini. Wah, macam projek rahsia pulak. Hampir 2 jam bersama-sama Afdlin dan macam-macam gelagat kelakar dapat disaksikan semasa menjalankan projek rahsia ni.

Korang tahu apa projeknya nanti, sama-samalah kita tunggu~! Yay!

Bersama Afdlin Shauki

 3,170 total views

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 3) – Kesibukan

Assalamualaikum, sekali lagi kita bersambung untuk post berkaitan acara di Jakarta tempoh hari. Saya sengaja membahagikan post kali ini kepada 3 bahagian kerana terlalu banyak yang ingin dikongsikan. Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih kepada yang telah member feedback terhadap post saya yang lepas. Ada yang tak sabar nak membaca sambungan cerita jalan-jalan saya ni.

Ok, di akhir post yang lalu rombongan kedua iaitu terdiri dari semua pelakon suara seperti Asyiela Putri, Ida Shaheera, Yuki, Shafiq, Hasrul, Fareez dan Tacil beserta ahli keluarga masing-masing baru sahaja sampai ke Jakarata. Pada keesokkan harinya, acara sebenar akan bermula. Masing-masing kena bangun awal sebab harus berada di Rumah Sakit BSD sekitar jam 8pagi. Memang rombongan kedua ini tak banyak masa sebab mereka terpaksa bertolak lambat sehari sebab rombongan ini melibatkan beberapa pelakon suara yang masing bersekolah di waktu pagi.

Seperti yang dijangkakan, nak bangun pagi ni memanglah susah. Lebih-lebih lagi dengan faktor kepenatan dan terlalu awal, dipendekkan cerita kami tak sempat sampai ke tempat acara pada waktu yang dijanjikan. Walaupun agak lambat sedikit, tapi akhirnya pihak penganjur memberi sedikit kelonggaran dan melambatkan sedikit masa penampilan. Boleh dikatakan penganjur di sini ketika itu masih tidak dapat membayangkan bentuk dan gaya penampilan yang bakal dilakukan.

Ida Shaheera (Kak Ros) bersiap sedia untuk memulakan acara

Beberapa pelakon suara yang lain juga sudah bersedia Read More

 4,307 total views

Hati Ku Di Jakarta (Bahagian 2) – Rombongan Pertama

Seminggu selepas saya pulang ke Malaysia dari Jakarta, saya bersama rombongan pertama iaitu seramai 11 orang terbang ke Jakarta sekali lagi untuk memulakan misi sebenar. Kami bertolak pada hari Khamis yakni sehari lebih awal dari rombongan yang kedua. Sebabnya adalah kami perlu menghadiri majlis perasmian di Rumah Sakit Medika BSD, iaitu salah satu cawangan KPJ di sana.

[well]Tugas rombongan pertama sangat berat lebih-lebih lagi harus membawa 10 kotak besar berisi maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tapi alhamdullilah tiada masalah timbul semasa proses check in dan proses seterusnya. Rupanya dari 11 orang dari rombongan pertama ini ada juga yang tak pernah terbang ke luar negara dan mungkin ada juga yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Jadi ini merupakan pengalaman pertama bagi beberapa orang. Seronoknya~[/well]

 5,415 total views

Upin & Ipin The Musical (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua, saya sambung semula coretan berkaitan dengan teater Upin & Ipin The Musical. Buat masa sekarang ni, teater ni masih diperkatakan lagi walaupun dah hampir sebulan ianya selesai dipentaskan di Istana Budaya. Sangat rindu dengan telatah dan aksi adik-adik teater ni berlakon dan menari di pentas. Tapi takpe, sebab dengar kata DVD teater ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ha, siapa yang dah tengok teater ni wajiblah beli buat koleksi.

Aksi labah-labah turun dari atas

Aksi memukau kumpulan Rama-Rama

Kumpulan Pulu-Pulu yang mencuit hati Read More

 6,759 total views

Terima Kasih Cikgu~

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diseluruh Malaysia. Ha, nak tahu tak? Sebenarnya projek ni dah bermula sejak beberapa bulan yang lepas. Projek album lagu baru Upin & Ipin bersama Nova Music ni dirancang sepatutnya berada dipasaran pada awal tahun ini ataupun setidak-tidaknya bulan April yang lepas. Tapi oleh kerana ada beberapa perubahan pada pemilihan lagu sebab nak pastikan lagu yang keluar tu betul-betul sedap jadi terpaksa didelaykan lagi.

Tapi apa-apapun, sempena Hari Guru ni lagu “Terima Kasih Cikgu” yang dicipta khas untuk guru-guru dah mula didengarkan melalui corong-corong radio-radio tempatan seperti di SuriaFM dan HotFM. Kalau ada macam tiba-tiba terdengar kat radio tu sure macam terpinga-pinga kejap, “Eh, lagu apa ni”

Lagu ni merupakan hasil nyanyian bersama Najwa Latif dan Asyiela Putri pelakon suara Upin & Ipin. Dengar macam comel je dorang ni nyanyi berdua. Actually, nak dapatkan spot kat radio untuk lagu cikgu-cikgu macam ni bukanlah senang. Sebab biasanya radio hanya mainkan lagu yang latest sahaja. Jadi cabaran nak naikkan lagu ni pun bukanlah senang. InsyaAllah, dengan nama Najwa Latif dan Upin Ipin diharapkan lagu ni mendapat tempat dihati peminat-peminat semua.

Oklah, saya share dulu video klip tak rasmi untuk lagu ni. Apa pendapat anda tentang lagu ni? Ok tak?

Video klip tak rasmi lagu Terima Kasih Cikgu

 4,735 total views