Tag - Viral

Makanan Viral yang ditiru

Sepanjang tahun 2015 sama ada kita perasan atau tidak beberapa produk makanan menjadi viral dan trending melalui sosial media dengan cepat dan secara tiba-tiba. Terdapat beberapa persamaan kronologi produk yang telah viral dan membuatkan kita tertanya-tanya, di manakah mereka sekarang ini dan apa yang dah terjadi? Kenapa tahap viralnya begitu cepat dan apa kesan yang berlaku selepas itu.

Sebenarnya untuk menjadi Viral bukannya mudah.  Faktor viral mungkin kerana makanan tersebut unik, sedap ataupun murah. Biasanya ianya hanya boleh VIRAL sekali sahaja dan ketika sedang viral ramai orang berpusu-pusu menyerang kedai makanan tersebut dan semua orang di social media berkongsi cerita dan keinginan yang sama. Yang dah menang membeli akan berkongsi pengalaman masing-masing, manakala tak kurang pula yang hanya menggigit jari dan menjadi tukang share sahaja. Waktu kemuncak inilah, bisnes mereka sangat kencang sehingga tak lengang tangan.

viral

Coffee King di Ipoh

makanan viral 2015

Coffee King yang pernah menjadi trending

Read More

 8,138 total views