Tag - Wartawan

Di sebalik Wartawan Berita

Pasti ramai yang sudah menonton video dari Youtube Channel Les’ Copaque untuk segmen Cita-Citaku mengenai kisah Wartawan Berita yang diupload pada beberapa hari yang lepas. Video berdurasi 4 minit ini walaupun nampak simple namun sebenarnya pelbagai pengalaman yang saya lalui disepanjang proses rakaman video ini dijalankan. Proses keseluruhan program ini mengambil masa lebih kurang sebulan yang mana bermula dari permohonan melalui emel sehinggalah video akhir ini siap.

Wartawan Berita

En Ismail Bin Mat, Pengarang Berita – Berita Harian

Objektif utama video ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penonton mengenai kerjaya sebagai seorang wartawan dan secara tak langsung memberi gambar yang lebih jelas dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk memilih kerjaya ini. Saya memohon kepada pihak pengurusan Berita Harian untuk mencadangkan wartawan dari ruangan berita. Ini adalah kerana kebanyakkan dari kenalan media saya adalah di dalam ruangan hiburan. Pendapat awal saya, lebih baik kalau wartawan dari ruangan berita yang dihighlight kerana pelbagai sudut boleh dirakam nanti. Read More

 6,013 total views