Assalamualaikum kepada pembaca blog saya. Kali ni saya nak berkongsi sedikit gambar-gambar menarik disebalik wedding Aino Nano bersama pasangannya Fairus yang telah diadakan di Taman Melati pada minggu lalu. Majlis ini merupakan majlis kedua iaitu majlis disebelah pihak lelaki. Aino sebelum cuti kahwin sangat tenang merancang hari besarnya dan tak nampak cemas langsung. Alhamdullilah, majlisnya semua nampak tersusun dan meriah. Pasangan pengantin mula berarak memasuki dewan Pusat Komuniti Gombak seawal jam 12.30 tengahari yang turut diiringi oleh Kumpulan Kompang Sri Langkawi 2. Aino dan pasangan memilih pakaian serba putih bagi majlis kali ini. Sebelum masuk ke dewan, pasangan pengantin ni dipersembahkan dengan persembahan silat oleh wakil kumpulan kompang. Memang nampak menarik sebab dah lama wedding di KL yang dah tak menggunakan silat sebagai salah satu acara di dalam majlis mereka.
11,109 total views