Author - Mohd Zarin

Review Mensive Pomade

Sebenarnya untuk sekian lamanya saya hanya menggunakan minyak rambut biasa dan kemudiannya upgrade kepada Wax dan Clay. Sedar tak sedar sekarang ni orang dah bertukar kepada pomade yang sangat banyak dijual di pasaran. Untuk mengikuti perubahan arus fesyen terkini saya juga mencuba dan nak tahu apa yang best sangat pakai pomade ni. Saya diperkenalkan dengan pomade jenama MENSIVE yang kebetulan dijual di sebuah kedai gunting di Shah Alam.

Dalam banyak-banyak jenama tu, saya tak tau kenapa saya tertarik dengan Mensive Pomade. Design luarannya yang simple, cantik dan nampak sangat maskulin. Tidak seperti jenama pomade yang lain-lain yang menggunakan imej tengkorak ataupun yang ganas-ganas. Dengan harga RM45 dan design yang nampak professional, saya yakin jenama MENSIVE ni sudah tentulah jenama antarabangsa. Itulah yang saya fikirkan ketika itu.

Mensive Pomade

Mensive Pomade

Mensive Pomade

Mensive Pomade Strong Hold

Mahal jugak pomade ni fikir dalam hati saya. Dulu time pakai Wax yang harga RM25 nak beli sebulan sekalipun berkira-kira, inikan pula pomade yang tak tau bagus ke tidak. Dengan fesyen rambut baru saya yang ala-ala sikat tepi (hipster katanya), saya rasa saya memang perlukan pomade dan jenama Mensivelah yang menjadi pilihan saya ketika itu. Read More

 4,545 total views

Line Clear Kampung Baru

Kalau dulu mai Penang memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar. La ni tak yah nak pi jauh-jauh sebab Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang dah ada cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nasi Kandar ni kalau makan memang sedap bagi kuah campur dan banjir. Pergh… memang naik selera makan. Lokasi Line Clear ni tak susah sangat nak cari sebab ianya terletak betul-betul di tepi jalan. Bila dah sampai tu, bolehlah parking kereta di seberang jalan je. Perbezaan utama cawangan Line Clear ni adalah suasananya restorannya yang lebih bersih dan selesa.

Sampai je di depan entrance Line Clear ni dah boleh nampak logo LC Restoran yang cantik dan mural Pulau Penang. Memang sempoi~

Line Clear Kampung Baru

Entrance Line Clear Kampung Baru

Line Clear Kampung Baru

Ruang makan yang luas

Line Clear Kampung Baru

Penuh ketika waktu makan tengahari

Restoran Line Clear ni dibuka setiap hari sampai jam 12am. Suasana kat sini sangat ramai orang lebih-lebih lagi ketika waktu makan dan waktu hujung minggu. Walaupun saya kena beratur panjang, tapi oleh kerana sistemnya cepat saya tak terasapun ketika beratur. Kat sini memang banyak pilihan lauk dan rasa macam nak ambik semua je. Baik ayam goreng, daging hitam ataupun kari kambing semua lauk kat sini memang sedap dan tak rugi kalau makan.

Tengok gambar-gambar ni je pun dah boleh terliur dibuatnya.  Read More

 5,218 total views

Jersi Team Abstrax Never Afraid

Sebelum ni mesti ada yang ingat saya pernah berkongsi mengenai Abstrax Jingga yang terkenal sebagai jenama pakaian lokal no. 1 di Malaysia. Sekarang ni nama Abstrax dah tak perlu diperlu diperkenalkan lagi sebab jenama ni sekarang dah kira macam pioneer dalam industri local apparel. Nama je lokal beb, tapi dorang ni sentiasa keluarkan pakaian setanding dengan jenama antarabangsa. Baru-baru ni Abstrax sekali lagi mengeluarkan lineup dalam kategori yang baru dan berbeza sikit iaitu “Team Abstrax”. 

Abstrax Jingga Never Afraid

Teks NEVER AFRAID di belakang jersi

Produk pertama di bawah jenama Team Abstrax ni adalah jersi Never Afraid yang serba hitam dan mempunyai logo Never Afraid berwarna merah di belakangnya. Jersi ni menggunakan design yang simple dan memberi penekanan kepada mesej NEVER AFRAID. Gabungan tema Hitam & Merah ni memang bersesuaian dan memberi mood “aktif” kepada pemakainya. Sekali pandang kita dah tau yang jersi ni direka untuk aktiviti lasak seperti jogging, workout ataupun gym. Kalau NIKE memilih , JUST DO IT… Abstrax pula NEVER AFRAID.

Jersi Never Afraid ni menggunakan 100% material polyester dan seperti kain-kain jersi yang lain ianya sangat mudah untuk dicuci dan dijaga. Harga sehelai jersi Never Afraid ini adalah RM80 untuk lengan pendek dan RM90 untuk lengan panjang. Jersi ini tidak boleh ditambah nama dan nombor seperti jersi VortexMY. Read More

 2,907 total views

Tonton Drama Korea “Goblin” di iflix

Kepada semua peminat sejati drama korea pasti tahu tentang drama korea yang sedang meletop di Korea sekarang iaitu “Goblin”. Walaupun sekarang ni drama Goblin sedang ditayangkan di Korea tetapi secara eksklusifnya iflix juga turut menayangkan drama ni. Dengar kata beza masa tayangan di Korea dan di iflix hanyalah kurang dari 24 jam dan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad bermula 3 Disember yang lalu. Sebagai penonton sejati iflix saya juga pasti tak lepaskan peluang menonton drama korea ni. Bagi sesiapa yang tak tahu macam mana nak sambungkan tonton iflix di TV menggunakan Chromecast sila baca langkah-langkah mudah ni.

Goblin on iflix

Goblin on iflix

Drama Korea Goblin ni mengisahkan tentang seorang dewa hensem lakonan Gong Yoo yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita biasa lakonan Kim Go-Eun. Percintaan mereka ni begitu complicated apa tah lagi bila melibatkan Lee Dong Wook iaitu dewa kematian. Cerita ni sangat menarik dengan plot cerita yang mencemaskan dan romantik. Setakat ni saya suka dengan cinematography cerita ni permainan emosi yang ditonjolkan dalam setiap watak. Read More

 5,432 total views

Muzik Video Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.

Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Maskot Upin & Ipin bergaya memainkan gitar

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Tn Haji Burhanuddin, Dato Aliff Syukri dan Dato’ Norman Abdul Halim ketika majlis pelancaran

Read More

 10,693 total views

Pecal Lele Padang Jawa

Setelah banyak kali saya dihasut dan mendengar cerita mengenai kedai makan Pecal Lele yang dikatakan sangat sedap di Padang Jawa, akhirnya saya pun merancang untuk merasainya sendiri. Rupanya kedai makan Pecal Lele ini dah lama beroperasi dan sangat terkenal bahkan menjadi port bagi pelajar UiTM Shah Alam dan pengemar Pecal Lele. Terletak di Padang Jawa, Shah Alam lokasi kedai makan ni agak senang untuk dicari dengan berpandukan pada papan tanda besar yang diletak bermula dari jalan utama.

Jangan risau kerana terdapat parking khas buat pengunjung kedai makan Pecal Lele kat sini. Saya dimaklumkan, kedai makan ni selalunya ramai orang lebih-lebih lagi pada waktu makan tengahari.

Pecal Lele Padang Jawa

Tempat letak kereta

Pecal Lele Padang Jawa

Suasana di kedai Pecal Lele

Pecal Lele Padang Jawa

Order di kaunter

Walaupun kedainya nampak simple, namun mereka menggunakan sistem order dikaunter dan makanan akan dihantar di terus ke meja kita. Jadi sebelum buat sebarang order, kenalah tau nombor meja terlebih dahulu. Diantara pilihan makanan kat sini adalah Pecal Lele, Pecal Ayam, Pecal Bebola, Pecal Daging dan beberapa lagi menu makanan Indonesia yang lain. Yang paling famous sekali dah tentulah Pecal Lele dan juga Pecal Ayam. Harga makanan kat sini boleh dikatakan tidaklah terlalu mahal dengan harga average dalam RM5-RM6 untuk satu menu makanan. Apa yang menarik lagi, kebiasaanya pelanggan tetap akan order set campur yang tiada di dalam menu seperti Pecal Ayam + Pecal Daging ataupun apa-apa kombinasi yang diingini.

Lepas buat order makanan, kita boleh mengambil nasi sendiri ikut berapa banyak kita nak ambik. Kat sini juga ada beberapa lauk tambahan percuma seperti kaki ayam, sup, dan ulam. Walau bagaimanapun lauk kaki ayam ni selalu cepat habis dan bergantung pada nasib.  Read More

 11,535 total views

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng bakal di pawagam

Sebuah majlis sidang media sempena pelancaran filem animasi nombor 1 Malaysia iaitu “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral hari ini. Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les’ Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production. Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Suasana ketika Majlis Sidang Media Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Dari kiri [En Izham Omar (Primeworks Studio), Dato’ Norman (CEO KRU Group), Tn Hj Burhanuddin (Les’ Copaque Production), Dato’ Kamil Othman (Ketua Pengarah FINAS) dan En Hasnul Hadi (Pengarah Kandungan Kreatif MDEC)

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia. Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia. Read More

 22,841 total views

Smiggle KLCC

Rasanya pasti ramai peminat Smiggle dah tahu yang Smiggle dah pun membuka cawangan terbaru mereka di KLCC dan yang pertama di Malaysia. Kalau sebelum ni, cawangan paling dekat adalah di Singapore kini semudah di KLCC saja. Bagi yang tak tahu pula, Smiggle ni merupakan jenama yang berasal dari Australia  dan amat terkenal dengan barangan cenderamata yang berwarna-warni. Sebelum ni saya selalu shopping barang Smiggle di Vivo City Mall di Singapore tapi sekarang ni nak shopping hari-hari di KLCC pun boleh.

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Promosi 2 untuk RM18

Smiggle di KLCC terletak di tingkat 2 dan berdekatan dengan escalator. Sekali pandang, cawangan Smiggle ni tidaklah sebesar di Singapore tapi cukup untuk mempamerkan macam-macam barangan yang berwarna-warni. Dari alat tulis, peralatan melukis hinggalah kepada beg pelbagai saiz yang terdiri dari warna pink, hitam, hijau dan biru. Memang sesuai untuk sesiapa yang kumpul barangan Smiggle dan simpan sebagai koleksi. Boleh dikatakan, dari taknak beli pun akhirnya nak terbeli juga barangan kat sini.

Smiggle KLCC

Sebahagian dari peralatan dan alat tulis

Read More

 30,572 total views

Ippin Ramen Halal di Asakusa

Melancong dan bercuti ke Tokyo menjadi semakin mudah dan senang semenjak banyak restoran makanan halal yang terdapat di Tokyo. Salah satu pilihan yang boleh dicuba sekiranya berpeluang ke Tokyo adalah Ippin Ramen Halal yang terletak di Asakusa. Ini adalah cawangan ke dua Ippin Restaurant selepas cawanngan di Ebisu. Saya sendiri berpeluang menjamu selera di sini kerana dah lama teringin nak merasai Ramen yang dikatakan sedap tu. Restaurant Ippin Ramen ni terletak berhampiran dengan train station Asakusa dan betul-betul bersebelahan jalan utama.

Kawasan Asakusa ni sebenarnya diantara lokasi utama pelancong kerana ianya berhampiran dengan Tokyo Sky Tree Tower dan landmark terkenal lain seperti Sensoji Temple.

Ippin Asakusa Ramen

Di antara menu

Ippin Asakusa Ramen

Suasana di dalam dan ketika membuat pesanan

Ippin Asakusa Ramen

Diantara snack food halal yang dijual

Restaurant Ippin Ramen di Asakusa ni sebenarnya tidaklah begitu besar. Kawasan di dalamnya adalah memanjang dan berkonsep seakan-akan bar. Kita hanya perlu duduk, membuat pesanan dan petugas akan menyediakan makanan di belakang meja kaunter. Terdapat 2 tingkat ruang makan di sini dan di bahagian tingkat atas terdapat ruang solat. Read More

 23,886 total views

Nasi Dagang Pak Malau Makanan Wajib di Langkawi

Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun baru saja beroperasi sekitar 3 tahun yang lalu, Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok apa yang menarik di Nasi Dagang Pak Malau.

Nasi Dagang Pak Malau

Kedai Makan Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau

Suasana ketika awal pagi

Nasi Dagang Pak Malau

Pilihan masakan ayam

Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Tiada yang lagi indah selain dapat melihat sawah padi serta pemandangan kampung ketika sedang menjamu selera di sini. Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka seawal jam 8pagi tetapi dengar katanya dalam jam 10-11 pagi kebanyakkan lauk dah habis. Jadi kalau nak datang ke sini, saya memang sarankan datanglah awal. Read More

 23,830 total views