Kali ni saya nak bawa anda semua makan tengahari di Gerai Gugel. Gerai Gugel ni bukanlah gerai makan yang biasa-biasa tu, tapi ianya adalah sebuah cafe di pejabat Google Malaysia di KL Sentral. Gerai Gugel ni juga bukanlah untuk public tetapi ianya adalah untuk staffGoogle Malaysia dan client-client Google sahaja. Kiranya kalau takde apa-apa tujuan memang tak boleh masuk ke dalam kawasan ni. Saya bernasib baik kerana baru-baru ni saya tealah dijemput oleh Google Malaysia ke pejabat mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina. Okay, jom kita jalan-jalan.
Siapa yang tak suka makan ayam goreng KFC? Nak Original ataupun Spicy?
Tapi tahukah anda, Restoran KFC pertama di Malaysia sebenarnya telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973. Manakala KFC di Jalan Larut, George Town, Pulau Pinang pula telah dibuka pada tahun 1987 dan merupakan salah satu KFC paling unik di dunia. Ini adalah kerana cawangan restoran KFC ini dibina di bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British yang masih cantik dan dipelihara.
Sekali pandang macam tak perasan ini adalah restoran KFC, tapi bila dah tahu pasti terasa nak masuk ke dalam dan nak tengok sendiri keunikan bangunan ini.
Semenjak saya menonton preview persembahan Ultraman di Pavilionpada tahun lepas, saya memang dah berniat untuk menonton persembahan adiwira dari Jepun ni. Walaupun saya sendiri dah pernah terlibat dengan persembahan Ultraman di Karnival Upin & Ipin pada tahun lepas tapi saya rasa masih belum puas dan ingin melihat apakah kelainan persembahan mereka di Genting.
Ultraman LIVE di Genting telah memulakan persembahannya di Genting International Showroom pada 19 Feb dan akan berakhir pada 29 Mac ini. Setiap hari terdapat 2 persembahan iaitu pada jam 4 petang dan jam 8 malam.
Kalau mai Penang memang tak sah kalau berat badan tak naik. Mana taknya, dari pagi sampai petang asyik makan makanan yang best-best je. Bila waktu malam pula ingat dah berenti, tapi rupanya pekena Nasi Kandar Beratur yang famous tu. Saya walaupun dah banyak kali sampai ke Penang, tapi ni baru pertama kali saya dapat merasai Nasi Kandar Beratur. Apa yang membuatkan Nasi Kandar Beratur ni sedap sangat sampai ramai sangat orang beratur? Berbaloi ke beratur sampai sejam untuk nasi kandar ni? Mai kita pekena dulu baru boleh cerita.
Sebelum saya ke Penang beberapa bulan lepas, saya dah buat checklist untuk semua tempat yang wajib saya pergi termasuklah salah satu kedai pakaian jenama lokal yang sangat rare iaitu Lansi. Ha, jenama Lansi ni sebenarnya yang dihasilkan oleh The Swagger Salon. Kalau sebut Lansi, mesti terus teringat dialog filem melayu “Lu Langi, Lu Mati”. Kalau nak tahu, jenama ni memang berasal dari Penang dan butiknya juga hanya terdapat di Penang. Apa kata, ikut saya masuk dalam butik ni dan tengok apa ada kat dalam The Swagger Salon ni.
Acara Food Hunter Feastival adalah acara yang paling sesuai buat pencari makanan yang sedap-sedap dan eksklusif. Sebab apa saya cakap eksklusif? Sebab kebanyakkan makanan yang dijual di sini agak susah untuk nak didapatkan di luar kerana pada kebiasaannya mereka menjual di Instagram ataupun ketika event sahaja. Anjuran kali ke dua pada tahun ini bertempat di Encorp Stand Mall, Kota Damansara dan telah berlangsung pada 28 Feb & 1 Mac 2015. Saya sendiri dah tak tahan tengok makanan-makanan yang asyik dipromote di Instagram @FoodHunterFeastival. Jom kita tengok apa yang menarik kat sini.
Saya ni memang tak pernah habis-habis bercerita mengenai negara Jepun. Iyalah, ada banyak perkara unik dan menarik mengenai Jepun yang pasti membuatkan semua orang yang sedang membaca blog ni teringin menempah tiket ke Jepun. Baiklah, kali ni saya nak berkongsi mengenai 5 Perkara Unik Tentang Jepun.
Uniknya Jepun
1. Budaya
Orang Jepun suka berjalan kaki
Salah satu budaya orang Jepun yang sungguh unik adalah budaya mengucapkan selamat pada setiap masa dan sering memohon maaf sekiranya tersilap. Ini memang budaya timur yang sejati yang hanya boleh dilihat di Jepun. Bila kita masuk di mana-mana kedai tak kisah kedai tu besar atau kecik, mereka pasti akan menegur kita dengan “Ohayoo Gozaimasu (Selamat Pagi)” ataupun “Konnichiwa (Selamat Petang)” sambil menundukkan kepala sedikit. Walaupun ucapan selamat datang ni ada juga dilakukan di Malaysia, tetapi perbuatan ucap selamat ni lebih ikhlas dan ianya seolah-olah tidak dipaksa-paksa. Saya yakin, perbuatan ini bukanlah satu perkara wajib yang disuruh oleh majikan, tetapi lebih kepada budaya mereka.
Budaya menundukkan kepala adalah budaya yang dilakukan begitu kerap oleh orang Jepun sebagai tanda hormat. Kalau ada sesiapa yang berpeluang ke Jepun, pasti dapat melihat budaya ini sebaik saja melangkah kaki ke airport mereka.
Selain itu, kadang-kadang bila kita sedang berjalan ditempat-tempat yang sesak, kita pasti tak dapat elak dari terlanggar orang lain. Bila perkara ini berlaku mereka akan meminta maaf sambil berkata “Sumimasen (Maaf)” beserta menundukkan kepala.
Buat peminat filem arahan Mamat Khalid dan watak Usop Wilcha pasti dah tak sabar-sabar ingin tonton filem terbaru ini di pawagam. “Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh” merupakan filem spinoff dari filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah dengan mengekalkan watak Usop Wilcha tetapi berada di dalam senario dan latar belakang yang berbeza. Terima kasih kepada Empire Filem Solution kerana menjemput saya untuk menonton filem ini pada malam tayangan media.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Mac 2015.
Tayangan bersama media ini telah diadakan di E@Curve bersama-sama kelab peminat Zizan dan Emma Maembong. Tapi sayangnya Zizan dan Emma tidak hadir disaat-saat akhir. Biarpun begitu, tayangan ini diteruskan juga walaupun tanpa 2 pelakon utama filem ini.
“A Night In Spain”, begitulah tema makan malam yang diadakan di Corona Del Mar yang terletak di Kota Damansara. Sebenarnya makan malam ni adalah jemputan untuk para blogger dari seorang rakan blogger yang saya tak pernah jumpa iaitu Rayyan. Maka pada malam tersebut, berkumpullah bersama blogger-blogger kental yang kebanyakkannya sudah mengenali diantara satu sama lain. Saya ni kan blogger baru, jadi saya memang tak kenal sesiapa masa tu. Tapi nasib baik ada Sally, blogger yang saya baru kenal.
Tiada aktiviti khusus pada malam tersebut selain aktiviti makan. Setahu saya, Corona Del Mar ini dah lama beroperasi di Kota Damasara tetapi kali ini mereka nak menjemput blogger untuk merasai sendiri menu makanan mereka. Jom saya belanja tengok gambar makanan.
A Night In Spain
Suasana di dalam Corona Del Mar yang penuh dengan blogger
Pada hari ini, pihak AirAsia baru saja mengemaskini laman web mereka dengan promosi terkini iaitu AirAsia Asean Pass. Semestinya ini adalah berita baik kepada mereka yang gemarkan melancong dan kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia. Asean Pass ini adalah umpama token yang boleh dibeli dengan harga pakej iaitu 10 kredit berharga RM499 ataupun 20 kredit dengan harga RM888. Kredit ini kemudiannya boleh digunakan oleh untuk memilih destinasi pilihan seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Singapore, Cambodia, Vietnam ataupun Brunei. Read More