Selain Bandung terkenal dengan makan yang best-best, bandung juga terkenal sebagai syurga bagi yang suka membeli-belah. Semasa saya bercuti-cuti ke Bandung tempoh hari, saya sebenarnya sudah dibawa ke merata tempat shopping seperti Rumah Tas, Cihampelas dan banyak lagi. Namun, dalam banyak-banyak tu Rumah Mode merupakan diantara tempat shopping yang paling menarik dan unik. Jom ikut saya jalan-jalan.
Dah lama rasanya saya tak berkongsi mengenai persembahan teater di Istana Budaya. Ye, saya memang salah seorang peminat teater kalau nak tahu. Tapi kalau nak suruh saya berteater jangan mimpilah. Kali ni saya nak ceritakan mengenai persembahan teater yang masih lagi dipersembahkan di Istana Budaya iaitu teater Diari Wanita. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada CTRA Production kerana telah menjemput saya untuk menonton teater ini ketika pementasan hari pertama bersama media tempoh hari.
Tiket Teater Diari Wanita
Saya dan Zarith dapat tiket ke Teater Diari Wanita
Sebenarnya saya jarang dan tak suka menulis berkaitan keburukan sesuatu event ataupun perkara kerana lebih-lebih lagi kerana saya sentiasa menyokong event tempatan seperti Tempatan Fest ataupun Food Mega Festival. Tetapi saya rasa kekecewaan saya kali ini turut dirasakan oleh beribu-ribu pengunjung yang lain pada hari pertama event ini berlangsung. Saya sendiri telah menjadi diantara pengunjung terawal Mood Republik KL yang diadakan di PWTC dan ini adalah pengalaman sebenar saya.
Mood Republik KL Raya Fest
Apa itu Mood Republik?
Mood Republik adalah Festival raya terbesar (apa yang dimaklumkan) dan setiap tahun pasti menerima ratusan ribu pengunjung. Pada tahun ini, Mood Republik diadakan di PWTC dan lebih 300 jenama mempromosikan barangan masing-masing. Mood Republik terkenal dengan lautan manusia yang membanjiri pintu masuk sebaik saja pintu masuk dibuka. Fenomena ini menjadi trademark buat penganjuran Mood Republik.
8 Fakta Mengenai Mood Republik
1. Terdapat 300 Jenama Terunggul di Malaysia
2. 100,000 goodies bagi pengunjung terawal
3. Diadakan di dewan paling besar di PWTC
4. 3000 ruang parking, Kemudahan berbuka/solat
5. Promosi luar biasa iaitu di LED Terbesar di Asia Tenggara
6. 1,000 pengunjung pertama bakal menerima duit raya dari CEO Mood Republik bernilai RM100, RM50 & RM20
7. Masuk PERCUMA.
8. Pengunjung paling ramai di PWTC pada tahun lepas jika dibandingkan dengan acara lain di PWTC semenjak 30 tahun Read More
Kali ni saya nak sambung semula Jalan-Jalan Jepun saya dan kali ni saya nak fokus kepada satu destinasi di Tokyo yang dipanggil Odaiba. Odaiba ni memang dah siap-siap dalam checklist saya sebelum sampai ke Jepun sebab di sinilah terletaknya patung Gundam bersaiz sebenar. Saya memang sangat excited sebab saya tak pernah tengok patung Gundam sebesar dan sedekat macam ni. Saya menaiki train untuk ke sana.
Kalau hangpa semua pi Penang janganlah lupa pi makan Mee Sotong Hameed Pata. Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Kalau biasanya kita asyik pekena Nasi Kandar je, sekali-sekala bila sampai Penang bolehlah cuba Mee Sotong Special ni. Baru-baru ni saya ke Penang semata-mata untuk mencuba sendiri kesedapan Mee Sotong yang diperkatakanramai ni. Nak tahu macam mana rupa Mee Sotong ni? Teruskan membaca…
Pada Karnival Karangkraf yang lalu, Ustaz Kazim Elias telahpun melancarkan buku nukilan terbarunya yang diterbitkan oleh Karangkraf bertajuk “Bicara Daie”. Dengan bertemakan “Bingkisan Nurani UKE”, pengisian buku ini kebanyakannya dihasilkan dan dikemaskini sendiri oleh Ustaz Kazim. Jom kita tengok apakah yang menariknya mengenai buku Bicara Daie ini.
Saya sekadar nak kongsikan beberapa fakta yang ramai orang tak tahu mengenai animasi Upin & Ipin. Ada diantara fakta-fakta ini tidak pernah diumumkan di mana-mana media di Malaysia.
1. Upin & Ipin pada asalnya bukanlah watak utama di dalam filem Geng Pengembaraan Bermula, tetapi hanyalah watak kanak-kanak ditepi jalan yang membantu Badrul dan Lim untuk memberi arah jalan ke rumah Tok Dalang. Tetapi selepas populariti siri Upin & Ipin pada tahun 2007 akhirnya Les’ Copaque Production menambah penglibatan Upin & Ipin di dalam filem Geng yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2009.
2. Upin & Ipin pada asalnya dihasilkan di dalam keadaan botak kerana ingin mengurangkan kos penghasilan dan simulation “hair” di dalam 3D. Akhirnya mereka kekal botak sehingga kini. Read More
Saya adalah penggemar jam tangan pintar ataupun Smartwatch. Walaupun saya tak mampu membeli setiap smartwatch yang berada di pasaran, tapi saya sangat mengikuti perkembangan teknologi wearable ini. Saya sendiri memiliki Sony Smartwatch 2 dan masih menantikan Sony Smartwatch 3 memasuki pasaran Malaysia. Pada penghujung tahun lepas, smartwatch Moto 360 dari Motorola sangat mendapat perhatian pengguna teknologi dunia kerana design nya yang menarik. Adakah Moto 360 ini smartwatch paling bagus setakat ini? Mari baca artikel mengenai pengalaman sebenar saya.
Kali ni saya nak kongsikan pendapat saya mengenai “Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama”. Bagi yang suka melancong dan buat perancangan nak makan angin ke luar negara pada tahun ini, apa kata jadikan Jepun sebagai salah satu destinasi anda. Banyak sebab dan perkara menarik yang kita boleh lakukan di Jepun. Tak kisahlah kita nak travel bersama kawan-kawan ataupun keluarga, saya pasti Jepun adalah destinasi yang paling ideal. Jom kita tengok diantara sebab-sebabnya :
Negara 4 Musim
Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
Jepun adalah salah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim panas, musim luruh, musim salji dan musim bunga. Setiap musim di Jepun mempunyai tarikan dan kelebihan tersendiri. Musim bunga merupakan diantara musim yang menjadi tumpuan pelancong kerana ramai orang ingin melihat bunga Sakura yang hanya muncul setahun sekali. Read More
Kalau time petang-petang macam sedap je kalau dapat makan goreng pisangkan? Tambah pula kalau kat office ada pula orang belanja, memang layan habis. Sekarang ni trendingdengan Goreng Pisang Cheese tau~. Kat mana-mana orang cakap pasal Goreng Pisang Cheese. Nampak macam senang je nak buatkan? Ala, goreng je pisang lepas tu tabur-tabur Cheese. Ye ke senang? Tapi kali ni saya nak bawa pembaca blog saya merasai Goreng Pisang Cheese Terbaik di Sunway Damansara yang dikenali dengan nama The GorPis.