Author - Mohd Zarin

The Making Of…(Outdoor)

Mungkin agak pelik sikit untuk keluar semula membuat research di hutan yang mana pernah dibuat dulu tetapi kali ini untuk tujuan The Making Of… Tapi takpelah sebab alang2 boleh amik angin luar sambil rehatkan minda tengok pokok2 hijau.

Lokasi kali ni berbeza dengan lokasi research asal iaitu di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selain dari lokasi kali ni yang lebih dekat dengan opis, lokasi ni juga dipilih sebab malas nak pergi jauh2.

Perjalanan dari entrance ke area hutan tu mestilah menggunakan bas khas ni.

Bila dah sampai dan camera semua dah ready sesi shooting pun bermula. Kitaorang tak main dalam2 hutan sangat, just tepi2 aje.

Antara team yang sedang check output take sebelum meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Untuk proses research, kami kena banyak ambil gambar pokok2 mengikut bentuk, saiz dan jenis. Research ni penting untuk memudahkan 3d Artis nanti buatkan objeknya dalam 3D Software. (yang mana pada masa ni objek tu dah siap)

Walaupun tempat ni boleh dikira hutan, tapi jalan untuk ke dalam hutan tu dah disediakan. Jadi takde lah macam jungle tracking sangat. Boleh dikatakan mudah dan cepat.

Yang ni team audio sedang rekod sample bunyi2 yang terdapat di dalam hutan macam bunyi cengkerik, burung air sungai dan lain2 lagi.

Ha, nak tengok mcam mana rupa The Making ni nanti kena lah tunggu video ni siap dulu. InsyaAllah sebelum GENG ditayang di pawagang video The Making ni akan di tayangkan di kaca tv dulu.

 682 total views

Anak Kucing Update #2

Selepas sebulan lebih rasanya anak2 kucing kat rumah ni dah macam besar skit. Walaupun tak aktif sangat lagi… tapi dah mula merayau dalam lingkungan dia. Semua anak2 kucing ni sihat macam anak kucing biasa.

Yang ni yang paling peramah dan manja. Tak takut orang sangat.
Dan paling comel kut.

Ha masa ni semua nya tengah mengusu dengan mak dia. Comel kan?

Yang kaler lain ni pun comel jugak actually tapi masih macam malu2 lagi.

Yang oren ni macam ada ekor yang unik sikit. Ekor dia macam sebesar jambul saje.

Ha ni la mak dia. Buat muka innocent pulak.

 1,491 total views

Les’ Copaque Open House

Seminggu selepas jayanya open house untuk Fanclub Upin Ipin di opis Les’ Copaque, minggu selepas tu pula open house Les’ Copaque pula diadakan. Kali ni tetamu nya pula ialah ahli keluarga Les Copaque sendiri dan semua pihak2 yang pernah membantu Les Copaque.

Pada hari tu semua team Les Copaque selain melayan tetamu semuanya jugalah yang menjadi ajk majlis tersebut. Adalah yang kena buat air, angkat kerusi dan macam2 lagi.

Sebahagian team Les Copaque bergambar sebelum ramai tetamu datang. Kebanyakan tetamu datang pun time2 lunch hour. Ye lah nama pun Open House mestilah datang time makan~

Tapi sebelum orang lain datang, balik kami yang makan dulu. Makanan hari sedap betul. Dah la ada makanan special, kambing golek. huhuh~

Ha, ni antara tetamu istimewa dari MIMOS. Kira macam wakil dari MIMOS la ni… sebab dia sorang je yang datang. Walaupun meluangkan masa yang singkat aje pada haritu, tapi saya memang amat berterima kasih pada wakil MIMOS ni iaitu En Sidek.

Saje2 abis kan masa, bergambar dengan Yuki. Baju dia baru beli kat Jusco.

Ha, ni dengan Ed pulak. Bukan apa.. cuma baju kitaorang dah 2 minggu sama kaler.

Ye, ni pulak ayah saya masa baru sampai kat carpark. Ye, memang berbeza tang rambut.

Ni mak saya yang bergambar bersama Fathiah pada hari tu. Mak saya yang baju hitam tu ye… yang baru putih tu kawan dia.


Apa Ayman nak lagi ni? Nak teh tarik satu? Sori lah Geng Corner hari ni tak buat teh tarik la…

Itu saja lah secara kasarnya acara pada haritu. Walaupun penat namun terasa berbaloi bila tengok ramai orang yang berpuas hati pada hari tu.

 877 total views

Premiere Screening : Antoo Fighter

Pada 31 Okt 08, saya berpeluang utk join premiere screening filem Antoo Fighter yang bakal ditayangkan di pawagam pada hujung tahun. Premiere ni diadakan di GSC, Midvalley pada jam 8:30mlm. Pada malam tersebut ramailah artis2 yang turut ada lebih2 lagi pelakon filem ni sendiri seperti Awie dan Radhi.

Sebelum tayangan berlangsung, pengarah filem ni Azizi “Chunk” Adnan (fdam) memberi ucapan kata2 aluan pembukaan. Kami juga dihiburkan dengan band yang diberi nama Cap Ayamz yang dianggotai oleh pengarah filem ni sendiri dgn lagu-lagu soundtrack filem Antoofighter.

Jadi kalau nak tau ceritanya macam mana, kenalah tengok wayang nanti.

 1,486 total views

Autoshow @ GENG’s Corner

Kali ni nak kongsi pasal Autoshow yang diadakan kat GENG’s Corner baru2 ni. Autoshow ni actually start dengan audioshow pada malam hari dan keesokkan harinya bersambung dengan autoshow pulak. Dah la depan opis aje, so senang aje nak tgk kereta2 modified yang cun.

Banyak jugak kereta yang dikatakan datang dari club2 yang bukan saja dari sekitar lembah klang.. tapi juga dari Johor dan sebagainya.

Ni GEN-2 yang keseluruhan bodynya menggunakan konsep movie 300. Memang cantik.

Ni pulak Suzuki Swift yang banyak modified engine dan audio.

Gambar kat bawah ni pulak gambar pada malam hari. Pada masa ni semuanya focus mengenai audioshow saja. Jadi selain bunyi bass yang kuat lampu2 serta screen besar pada kereta turut menjadi perhatian.

Kereta ni dah macam dalam kapal terbang. Tapi yang ni memang antara yang tercantik pada malam tu.

Kereta ni pulak ialah antara kereta yang mempunyai audio system yang best. Screen lcd dia pun besar.

p/s: terasa tak best pulak dgr audio system kereta sendiri.

 1,119 total views

Talk sempena Hari Terbuka Kolej Komuniti, Kepala Batas, Penang

Sekali lagi saya diundang untuk beri talk yang berkaitan dengan animasi dan Les’ Copaque. Kali ini saya ditemani Nizam ke Penang sempena hari terbuka anjuran semua kolej komuniti. Semua kolej komuniti seperti dari kepala batas, selayang, segamat dan banyak lagi turut bersama-sama pada hari event tersebut.

Saya dan Nizam bergilir-gilir memberi talk dalam masa 2 jam lebih

Ramai jugak yang datang ke booth kami.

Ha, antara adik comel yang datang ke booth pada hari tu.

Sempat jugak bergambar dengan adik ni.

Di bawah ni gambar bersama2 tenaga kerja yang menjayakan event pada hari tu.

Yang last ni bergambar bersama orang kuat dari G3 iaitu Gayour, Padi dan beberapa orang lain lagi. Overall sambutan events pada hari tu amat menggalakan. Ramai yang beli baju Upin & Ipin.. cuma masalahnya tak cukup stok dan design. Jadi lepas ni kami akan provide lebih byk stok dan design yang lebih menarik.

p/s : lebih 4 jam drive ke penang… (tapi gilir2 la)

 1,076 total views

Rumah Terbuka Upin & Ipin 2008

Buat pertama kalinya Les’ Copaque anjurkan rumah terbuka aidilfitri khas untuk fanclub Upin & Ipin. Maklumlah pertama kali jadi, banyak benda yang kena prepare dan banyak perkara yang boleh diperbaiki dan diimprove pada aktiviti pada masa depan. Saya salah seorang ajk yang merancang aktiviti ni jadi dari seminggu awal sebelum hari ni dah memang start sibuk.

Pada hari tersebut semua staff Les’ Copaque join dan bagi sokongan utk majlis ni. Yang seronoknya dari A sampai Z kami sendiri yang plan dan organize.

Antara staff2 yang sempat bergambar sebelum bermula majlis tersebut

Pada hari tu ramai adik-adik yang datang bersama parents dorang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin serta bersama pelakon suara.

Tengoklah ramai adik2 yang berebut nak bergambar

Adik ni comelkan?

Ada juga acara seperti sketsa pendek, kuiz dan permainan yang dihos kan oleh Kak Ros dan Mei Mei. Semua yang ada pada masa tu terhibur dengan persembahan mereka.

Ha, ni Kak Ros dan Upin/Ipin sedang buat cabutan bertuah. Semangat Fatiah membaca nombor yang dicabutnya tu.

Sempat bergambar bersama Yuki dan Idaman

Ni pulak semua staff lelaki yang kebetulan berbaju purple pada yang tersebut. Macam nasyid sikt pun ada.

Bergambar dengan semua staff Les’ Copaque yang menjayakan aktiviti pada hari tu. Best!

Baca blog Les’ Copaque mengenai rumah terbuka ni.

 1,480 total views

New Kittens

Yay, I have a new kittens. Cute isnt it. My house don’t have cat actually but the mother of this kitten somehow find a way to get inside my house and give birth to all this babies. This 4 cute kittens still cannot walk and barely can open their eyes. Their mummy are still around and take care of her babies.

I decided to take care the kittens until all of them strong enough.

 777 total views

Seminar Animasi di UITM Segamat, Johor

Buat pertama kalinya saya diberi tanggungjawab untuk memberi satu seminar berkaitan animasi di UITM Segamat, Johor. Pada mulanya agak ragu2 jugak tapi bila difikirkan seminar ni hampir sama je macam presentation yang biasa dibuat diopis cuma lokasinya je yang lain. Macam biasalah, selepas seminggu membuat persiapan awal akhirnya masanya pun tiba. Tempoh perjalanan pergi ke sana sekitar 3 jam lebih. Bermalam semalam di sana dan seminarnya bermula pada esok hari.

Pada malam tu di hotel, saya sempat lagi cek slide presentation dan training dalam hati sebelum presentation yang sebenarnya pada esok hari. Kira macam last minit jugak la ni. Saya masih ragu2 dengan slide ni sebab diberitahu jumlah pelajar yang akan attend seminar ni sekitar 150 hingga 200. (Hmm… ramai jugak)

Awal-awal pagi ditingkap hotel. Perjalanan dari hotel ni ke kampus UITM Segamat memakan masa lebih kurang 20 minit. Jadi kenalah bertolak awal sebab seminarnya bermula 8:30 pagi.

Bila sampai je, the 1st thing yang notice adalah layanan pelajar2 kat sana. Macam artis pun ada. Pergi ke mana saja ada pengiring. Semua pelajar2 yang uruskan seminar ni memang baik dan sporting.


Pada seminar ni jumlah pelajar yang hadir kurang dari 100 kalau tak salah, sebab yang lain2nya kena hadir seminar lain atau ada exam. Overall seminar ni berjalan lancar dan baik. Slot seminar saya bila dicampur2 hampir 4 jam diselangkan dengan rehat. Saya memang tak de masalah nak bercakap pasa masa tu, sebab banyak idea dan pengalaman yang ingin dikongsi. Oleh kerana slot masanya panjang, saya selit2 dengan tips atau pengalaman masa saya belajar dulu…

Pada masa yang sama rakan opis iaitu Hasan dan Faliq sedang bertungkus lumus di luar dewan menjual produk2 Upin Ipin. Memang ramai pelajar2 yang datang dan shopping pada hari tersebut.


Kiranya hasil jualan pada hari tu memang sangat bagus sehinggakan kami balik bawak kotak kosong je.

On the way balik tu kami lalu di pekan Tangkak di mana banyak gila sales kain kat situ. Sebab takde orang pompuan yang ikut sekali, jadi takde lah minat lah nak tengok kain.

Yeah, 1 gambar myspes

 1,156 total views

Sepi (2008)

Sebenarnya saya jarang review pasal movie, cuma filem Sepi arahan Khabir Bakhtiar ni agak berbeza dan menarik ditonton. Semua camera dan cinematografi dijaga dengan baik dan setiap shots tu bagaikan sebuah gambar yang cantik. Props dan objek yang digunakan untuk simbolikkan mesej jugak agak simple dan mudah tetapi berkesan. Saya tertarik bagaimana dengan 3 cerita mini yang akhirnya bersambung di hujung cerita. Walaupun ada sesetengah bahagian yang sudah dapat dijangka… tapi saya masih enjoy menonton.

Rasanya kisah mengenai Afdlin paling menarik. Mungkin kerana jalan cerita yang somehow dapat relate dan lakonan mantap Afdlin yang jarang2 berlakon filem serius. Kalau siapa yang memang sepi dan menonton filem ni mungkin akan lebih impak. Adalah sesetengah scene yang macam terlalu tak logik atau “too good to be true” atau macam “too perfect” tapi overall bagi saya boleh terima akal.

Mesej yang paling membuatkan saya terfikir bila menonton ialah cerita di mana Tony Eusoff kematian isteri akibat kemalangan. Mesej yang biasa tapi setting dan plotnya membuatkan impak mesej tu lebih sampai. Biasanya kita tak hargai atau ambil peduli mengenai orang yang tersayang atau rapat dengan kita seperti ibubapa (atau isteri dalam kes ni) sehinggalah dorang pergi barulah kita rasa berapa pentingnya dorang ada dengan kita dan berharap nak spend lebih masa bersama andai kita dapat kembali ke masa sebelumnya.

 1,434 total views