Category - Uncategorized

Wedding Hakim di Galeri Shah Alam

Ish, ish… sungguh malas saya ni menulis blog. Dalam bulan May hanya 1 entry saja yang berjaya ditulis. Tapi memandangkan pada bulan Jun ini banyak event dan wedding yang akan saya hadiri jadi saya sambung entry baru kali ini dengan sambutan majlis perkahwinan Hakim. Wedding Hakim iaitu salah seorang staff LCP ni sebenarnya dah lama berlangsung, kalau ikutkan sekarang dah habis honeymoon pun. Persandingan Hakim bersama pasangannya iaitu Azra dilangsungkan di Galeri Shah Alam.

Antara staff LCP yang datang awal


Pasangan pengantin ketika standby


Pada pendapat saya warna purple ni memang cantik sangat dan sesuai dengan pasangan ni yang berkulit cerah. Selain memang saya juga suka warna purple, warna purple ni macam menaikkan warna majlis dan menyejukkan suasana walaupun masa tu tengah panas. Kalau saya tau theme colornya puprle mesti saya juga akan pakai purple. Hehe. Boleh tahan ramai juga staff LCP yang memeriahkan majlis ni. Selain sebab majlisnya dekat, masing2 nak juga lihat pasangan Hakim dari dekat. Yela, nak kenal-kenal.

Pengantin berarak ke dalam dewan

Di pintu gerbang

Majlisnya begitu santai dan meriah. Saya yang secara automaticnya melantik diri saya sebagai juru gambar semasa itu, memang tak sempat duduk diam. Juru gambar profesional wedding ni amik dari angle sini, saya pun amik ikut angle sini… melawan tu. Saya pun memang minat ambik gambar wedding dan sekadar suka-suka mencuba angle-angle yang berbeza. Lebih kurang sejam lebih rasanya kitaorang di sini, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kemeriahan majlis persandingan Hakim ni. Hakim ni actually, semasa wedding ni dia masih bekerja sebagai seorang web designer. Jadi saya sendiri banyak bekerjasama dengan dia.

Adam, Aliya dan Idaman ketika makan nasi minyak

Huyoo, camera Leica ni

Cameraman ketika mengambil gambar keluarga

Bergambar bersama-sama semua staff LCP

I was here

Ok, lastly nak ucapkan semoga berbahagia hendaknya pasangan ni. Saya mendoakan semoga berkekalan sampai ke anak cucu . Erm, lepas ni kita ke wedding sapa pula. Ha, tunggu!

 1,766 total views

Press Conference Party Hip TV

Menarik sungguhlah sekali sekala buat (PC) Press Conference di Gloria Jean’s ni. Tempat pun santai, makanan pun free, artis pula ramai. Memang terbaik wok. Tapi kehadiran saya serta Upin & Ipin di PC ni sebenarnya ialah untuk memberitahu kepada pihakmedia mengenai calon2 anugerah HipTV yang pada masa saya menulis ini telah pun selesai. Upin & Ipin dicalonkan di Anugerah Artis Paling HIP sebaris dengan artis yang lain seperti Farah Fauzana dan ramai lagi. Keputusannya dimenangi oleh Farah Fauzana. Malam Anugerah itu pula saya tak dapat hadir kerana saya baru pulang dari Kedah untuk urusan lain. Jadi, saya sekadar dapat berkongsi mengenai suasana semasa PC nya aje.

Ipin ketika baru sampai

Diantara artis yang hadir dan turut dicalonkan


Kenapa ek Shiela bergambar pegang pipi,
nampak comel lagi kut
Bermula sekitar pukul 3 petang, PCnya sangat santai dan bersenang lenang. Aktiviti utamanya ialah bergambar bersama artis untuk pihak media meletakkannya di dalam media masing-masing nanti. Saya dan Afiq pula dipaksa untuk mempromokan Upin & Ipin supaya peminat boleh mengundi. Yelah, kalau nak suruh maskot, maskot mana boleh bercakap. Makruh. Mula-mula tu memang seganlah nak record sebab orang selalu kata saya tak muat masuk TV. Tapi, bila dah dapat mic tu, siap mic2 dia sekali saya pinjam untuk recording guna camera lain pula. Erm, tak perasan bila keluar TV.. tapi sepatutnya dah la.


Semua jenis air adalah free


Ada tak rupa macam calon Kak Ros
yang baru? huhu

Ketika sesi rakaman promo


Begitulah aktiviti rutinnya. Bergambar dan kemudian ditemuramah. Ramai kawan-kawan yang mengaitkan saya dengan kaki suka jumpa artis. Mungkin itu dulu, tapi sekarang ni saya rasa sudah agak biasa dan tidak terlalu teruja bila berjumpa dengan artis-artis. Mungkin kerana saya merasakan mereka juga adalah orang biasa. Ataupun mungkinkah saya sendiri sudah termasuk di dalam dunia artis. Oh tidak!. Kalau boleh nak saja saya tarik satu opis untuk berjumpa dengan artis yang dorang minat. Tapi tak mungkinlah nak buat macam tu.

Irma yang teruja dengan pipi Ipin


Mungkin muka kami kurang komersil
sebab tu tak menang. Ahaha

Apa-apa pun ramai juga kawan-kawan saya yang lain berpeluang ke Party Hip TV tempoh hari menggantikan saya. Biarkan mereka merasa melihat artis dari dekat. Erm, sampai di sini sajalah. Lepas ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya mengenai Talk yang saya buat di UiTM Kedah.

 1,138 total views

Membaca di Pesta Buku Antarabangsa KL

Oh tidak! Saya bukanlah ulat buku yang rajin membeli buku di pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa KL ini. Tapi saya ingin mencuba kerana lagi banyak kita baca lagi banyak kita reti nak menulis. Selain ingin menaikkan nafsu membaca, saya juga sudah tentunya datang bersama maskot kembar untuk memeriahkan lagi pesta buku yang sudah sedia meriahnya dengan longgokkan buku-buku pelbagai cerita ini.
Antara cover majalah yang dipamerkan


Ambik gambar bersama Upin & Ipin


Bergambarlah lagi

Penampilan Upin & Ipin hanyalah di Dewan Tun Razak 2 iaitu dewan diseberang sungai kerana kuatir keadaan tidak terkawal sekiranya ditampilkan di dewan utama. Tanpa maskotpun keadaan sudah tidak terkawal apakan lagi sekiranya ditambah pula maskot yang besar ini. Penampilan maskot ini juga turut disokong dengan krew TV9 yang kebetulan sedang membuat liputan untuk program CHOPP!. Jadi bertambahlah lagi orang berkerumun nak melihat apa yang berlaku.

Meh ramai-ramai serang Upin & Ipin

Krew TV9 sedang membuat rakaman

CHOPP! jangan tak Chopp!

Lama tak baca komik ni

Bersama krew PTS, memang bestlah booth ni!

Bersama adik yang comel lagi

Saya sendiri sebenarnya adalah membeli sedikit buku dan ketika blog ini ditulis saya masih cuba untuk menghabiskan membaca. Erm, bilalah nak habis (kalau semuanya bergambarkan boleh cepat habis). Diakhir event ni tersempaklah pula dengan adik yang comel ni. Namanya Sarah. Sungguh comel dengan berbaju mickey mouse dia tu. Selain tu, secara overallnya saya sendiri rasa event ini sungguh berjaya dan membuka peluang untuk memasarkan lagi barangan Upin & Ipin yang berbentuk buku seperti Majalah Komik Upin & Ipin. Adios!

 1,560 total views

Kehangatan Suarasa Kuantan

Yay, kita kembali memblog setelah hampir sebulan menyepi. Tapi sebelum boleh meneruskan blog mengenai aktiviti yang terkini, kita kenalah membayar hutang untuk blog2 yang dah lepas. Salah satunya ialah Suarasa Kuantan ni. Bayangkanlah Suarasa Kuantan ni berlangsung bulan Mac lalu baru nak post sekarang. Rasanya dah ramai tahu yang mana Suarasa Kuantan ni merupakan Suarasa pertama untuk tahun ini dan Kuantan juga pertama kali dijadikan tempat Suarasa. Sebelum bercerita mengenai Suarasa Kuantan apa kita kita singgah di R&R Temerloh dulu untuk merasakan kenikmatan tempoyak ikan patin. Sedapnya~. Pekena dengan nasi lemak bungkus campur kopi O. Memang sedap! Tapi harga boleh tahan!.

Tempoyak Ikan Patin yang
mencengkam jiwa ragaku

Tempoyak campur Nasi Lemak,
memang terbaik

Pengalaman di Suarasa Kuantan ni yang saya pasti semua orang boleh ingat termasuklah warga kerja TV9, makcik2 jual air, jual nasi ayam ataupun yang sapu sampah ialah cuacanya yang sangat panas. Bayangkanlah dulu kami semua ni putih melepak, balik je kuantan dah macam ikan masin dah. Seingat saya semasa di Kuantan bahang panasnya sudah mula terasa seawal pukul 11 pagi lagi dan pada pukul 6 petang cuacanya masih panas dan cerah. Tapi takpe, dengan semangat Upin & Ipin kami setia menjual dan bekerja di bawah panas terik.
Tidur jap orang tak perasan kut
2 Singgit?

Di kuantan ni, kami menjalankan rutin Suarasa yang biasa seperti penampilan maskot Upin & Ipin dan juga jualan barangan Upin & Ipin. Walaupun cuaca panas, pengunjung di Kuantan yang jarang-jarang melihat Upin & Ipin ini tidak patah semangat untuk membanjiri tapak Suarasa setiap kali adanya penampilan maskot. Wow, orang di dalam maskot memang seperti di dalam sauna dan telahpun berjaya mengurangkan 5 kilo berat badannya. Wah, Bestnya!

Upin & Ipin sentiasa tersenyum
walaupun panas


Eh, comelnya adik ni

Kali ini saya akan lebih kepada berkongsi gambar-gambar gelagat ataupun aksi pengunjung di Suarasa. Kebanyakkan gambar2 ni semuanya candid dan spontan. Malas nak tulis bebanyak, kita tengok gambar aje lah ek.
Ambik gambar abang ke dik?


Adik ni nangis mak dia hilang

Nak beli topup bole?


Upin & Ipin di booth Celcom, berbaloi-baloi


Wada (Idola Kecil) muka dah penat je nampak

Wow, cantik handphone dia

Nak suruh orang amik gambar lah tue

Abang merah jambu kita
sebagai maskot tambahan


Duit seposen-seposen


Ok, selepas ini Suarasa dikabarkan akan menyinggah di Johor pula. Jadi warga Johor nantikan kemunculan Abang, eh kemunculan Upin & Ipin sudah tentunya di Suarasa Johor nanti. Jumpa di sana!

 1,418 total views

Hari Keluarga Berita Harian

Nampaknya Port Dickson menjadi lokasi event pada kali ini. Bila cakap pasal PD ni kita mesti terbayang 2 benda aje ; 1- pantai 2-ikan bakar, betul tak? Event Hari Keluarga Berita Harian ni dilangsungkan di hotel baru iaitu di Permaisuri Resort. Sememangnya di sini merupakan kawasan baru, jadi boleh kata semuanya masih clean and clear lagi. Yang pasti salah satu dari dua benda tu saya gagal perolehi semasa event ni.

Nak masuk pun kenalah daftar dulu

Ok, pasal event ni pula sebenarnya merupakan Hari Keluarga untuk unit berita Berita Harian. Adalah lebih kurang 30 family rasanya yang join dan mereka semua bermalam 2 hari di sini. Sebaik saja saya menjejakkan kaki di sini dah mula nampak kesibukkan di lobby resort. Kebanyakkan kakitangan Berita Harian pada hari pertama tu baru pulang dari treasure hunt dan ramai juga yang belum pulang-pulang. Jadi dikesempatan itu, sempatlah juga saya mengisi perut dulu sebelum bekerja.

Signs untuk ke tempat makan

Aktiviti utama saya di sini adalah semata-mata untuk penampilan maskot Upin & Ipin. Tapi jangan confius, bukan saya yang pakai. Kali ni tugas saya lebih kepada pembantu maskot dan ambil gambar saje. Penampilan maskot sudah tentunya untuk menghiburkan ahli keluarga Berita Harian khususnya adik-adik kecik. Keluar lebih kurang 40 minit setiap kali penampilan membolehkan saya banyak waktu terluang. Sempat juga berjalan-jalan di tepi pantai sampai mengambil gambar scenery santai waktu petang di pantai.

Antara hidangan menu buffet

View pantai di resort


Flag yang digunakan untuk permainan pantai


Ipin pun nak join bola sepak pantai


Bergambar bersama peminat macam biasa

Dua hari saya kat sana rasanya macam dah puas berjalan di PD. Ada pengalaman pahit yang saya masih ingat lagi sampai sekarang iaitu kepayahan mencari makanan di waktu malam di PD. Dari pukul 8.30 malam cari makan last2 pukul 10mlm juga baru dapat makan. Tu pun saya belasah makan di pasar malam saja. Semua kedai kebanyakkannya tersangat penuh dan kalau tak penuh pun bahan masakan dah habis pula. Memang sungguh stress. Balik hotel main sambung main wrestling lagi baik… huhu.

Dari view handphone

Adik yang berambut stylo

Alalala..sweetnya

Adik ni lah yang saya hadiahkan keychain

Pengalaman manis pula walaupun tak berapa manis sangat ialah saya berjumpa dengan seorang peminat kecik yang sangat comel ni. Sewaktu menulis blog ni saya dah lupa nama dia. Dia terserempak dengan saya sebaik saja penampilan maskot dah selesai dan bersiap untuk balik. Dengan kecomelannya, saya tanpa berfikir panjang terus memberi keychain Upin yang tergantung di beg saya pada masa tu. Lepas bagi je tiba-tiba 3 orang kakaknya datang dan meminta benda yang sama. Saya dengan rasa bersalah terus menjawab yang saya dah tiada keychain lagi. Kakak dia tu baya dia juga ye, jangan salah faham ye. Saya pun patah balik dan minta rakan saya sekiranya mereka ada button batch sebab button batch tak mahal sangat kalau nak bagi. Saya pulak diperli dengan mencadangkan kenapa tak bagi beg sekolah ke, patung ke? Erm, mungkin saya suka sangat bagi barang-barang kat budak-budak dan tak sampai hati tengok dorang kecewa… hehe. Lepas dari tu, saya selalu spare button batch dalam beg sekiranya perlu nanti. Tapi kena ada special case lah, kalau semuanya bagi bengkok jugak nanti.

p/s : Untuk event ni gambar saya takde la pulak, sebab totally jadi tukang amik gambar

 1,402 total views

LCP dari jauh

Diwaktu kebosanan melanda tiba-tiba termuncul satu idea untuk mengambil gambar LCP dari angle yang berbeza. Saya terfikir 1 angle yang tak pernah orang ambil sebab memerlukan zoom lens. Jadi dengan magiknya pada satu hari, maka saya bersama pentax putih saya mengendap dari jauh bangunan LCP ni. Lokasinya bersebelahan dengan Tiger Mart dan dari sini sememangnya viewnya menampaknya keseluruhan bangungan LCP termasuklah kawasan construction yang masih hijau ni.

Objektif saya pada hari ini ialah untuk melihat kadar zoom yang mampu dicapai oleh camera saya. Jadi di bawah inilah hasilnya.

Menggunakan 18mm kadar zoom

Menggunakan 55mm kadar zoom

Menggunakan 300 mm kadar zoom

Boleh tahan jauh juga dan puas hati dengan hasil dari testing ni. Hehe. Jauh juga perbezaanya. Oklah tu aje… alalalala

p/s : amik gambar kat konsert best ni

 1,031 total views

Close Up at Pentax K-X White

Pada hari saya menulis post ni dah hampir 3 minggu saya pakai Pentax K-X White ni. Sikit pun saya tade rasa menyesal malahan ada je benda yang saya nak cuba setiap hari. Sebelum ni saya ada cerita kenapa saya decide nak beli camera model ni, sedangkan lagi banyak model lain yang lagi terkenal macam Nikon ataupun Canon. Sebenarnya Pentax ni sangat terkenal di US dan Japan berbanding Malaysia. Selain sebab utama camera DSLR ini bewarna putih sebab-sebab lain ialah spesifikasi camera ni hampir sama dan pada beberapa kriteria yang lain pula lebih baik dari camera yang seangkatan dengannya.

Pentax K-X White

Antara pilihan menu yang ada di K-X ni

12.4 Megapixel

Ye, dengan 12.4 megapixel akan memastikan gambar kita sentiasa sharp dan cantik. Camera ni juga memberi option ISO dari range ISO 100 sehingga ISO 12800 yang mana lebih jauh rangenya jika dibandingkan dengan camera lain.

Video Features
Camera ni ada features video sama seperti camera idaman saya sebelum ini iaitu Nikon D90. Mampu merekod video bersaiz HD (1280 X 720). Duration videonya pula bergantung kepada memori yang kita letak dalam camera ni. Macam saya dah setkan 8GB high speed memory.

Live View
Camera ni juga ada features Live View yang juga sama seperti Nikon D90. Live View maksudnya kita boleh ambil gambar tanpa melihat melalui view finder, hanya lihat di LCD screen. Mengikut website, Live View ni boleh detect sehingga 16 muka orang dan mengsharpkan wajah muka2 orang ni.

Toy Camera Mode

Walaupun bukanlah sebab utama, tetapi bermain dengan toy camera mode kadang-kala menarik juga. Toy Camera mode ni macam filter-filter yang telah disetkan untuk diapply kepada gambar. Ada macam-macam filter yang kebanyakkannya seronok digunakan. Cross Processing mode juga merupakan salah satu elemen yang menarik. Hampir sama konsepnya iaitu filter warna yang diapplykan tetapi ianya boleh diletakkan sebagai shortcut di shortcut button.

Kimba yang diambil gambar direct mengunakan
Cross Processing Mode

Rupa dari bahagian belakang camera

Ada banyak lagi features yang ada tetapi cukuplah sampai di sini kerana saya takmau bercerita terlalu teknikal. Tapi tak dinafikan ada juga kelemahan pada camera ini seperti ianya mengunakan bateri AA sahaja. Ada orang suka dan ada orang tak suka.

Dalam tempoh 3 minggu ni saja sekurang-kurangnya ada 2-3 cerita menarik yang berlaku disepanjang saya mengambil gambar dengan camera putih ni. Antaranya ialah orang kedai camera yg lain amat teruja bila berjumpa camera saya ni. Stock model ni tiada di kedai mereka jadi ni merupakan pertama kali dorang lihat. Bukan saja lihat siap gosok2 lagi. Bila ambil gambar pula, dari jauh lagi orang dah mula tengok sebab pelik dengan camera yang berwarna putih macam ni. Menarik kan?.. eheh

p/s: lepas ni saya akan tunjukkan item terbaru bagi camera saya pula

 1,037 total views

Berpesta di Alamanda

Takdela pesta sangat sebenarnya, sekadar saya ingin berkongso kemeriahkan event di Alamanda yang lebih kepada pelancaran kiosk Upin & Ipin di sini. Saya yang konon-kononnya datang untuk memeriahkan event ni dengan sekaligus dijemput menjadi emcee ala-ala DJ. Maklum saje la eventnya pun di shooping mall, jadi cakap pun kenalah macam ala-ala DJ shooping mall. Bermula pukul 2 tengahari, sayalah orang yang terpacak sorang-sorang di tengah-tengah center court Alamanda memanggil orang ramai untuk datang. Center court tu dah lahb besar, jadi agak sukar nak memenuhkan ruang tu memandangkan crowd pun takde lah begitu ramai.

Deco CNY di Alamanda

Semua meh sini meh…

Acara pembukaan dah tentulah maskot Upin & Ipin. Didatangkan sekali dangan Mei Mei dan Rajoo, dengan magiknya tiba-tiba hadapan saya penuh dengan orang. Nak ikutkan ni kali ke 3 maskot Upin & Ipin turun ke Alamanda. Saya suka berevent di Alamanda ni mungkin sebab dulu saya selalu ke Alamanda masa jadi student di MMU dulu. Kalau kena dengan timingnya, memang event di Alamanda ni ramai orang.

Kemunculan semua maskot termasuklah
yang tengah betulkan backdrop tu

Antara aktiviti permainan yang dianjurkan

Abang cameraman pun bertugas jugak

Kali ni saya digandingkan dengan Afiq. Bila kami bergabung saja, kombinasi ini dipanggil “Abang di 9”. Ia agak berbeza dengan rancangan “Adik di 9” kerana hanya abang-abang sahaja yang akan mengendalikan segment ni. Menarik bukan. Macam-macam games yang kitaorang buat sebenarnya sehingga riuh jugak center court tu sekejap. Antara gamesnya macam musical chair, kuiz², menari bersama maskot, pertandingan mewarna dan macam-macam lagilah. Dari pukul 2 sampailah pukul 5petang, Alamanda memberi ruang untuk kitorang berpesta di situ.

Ada jugak aktiviti interaksi bersama peminat

Ni pulak semasa game musical chair

Yea, DJ yang sedang mendapat perhatian media²

Sebenarnya event ni berlangsung pada hari Cuti Wilayah. Jadi ramailah jugak orang walaupun sebenarnya hari tu ialah hari Isnin. Overall boleh tahanlah event ni, tapi mungkin kalau ramai lagi sikit lagi best rasanya. Tapi takpe, yang penting sapa yang datang haritu memang terhibur dengan gelagat Upin & Ipin hari tu. Aturcara yang lain di sini samalah seperti rutin biasa saya buat semasa di event lain. Selepas ni saya ingin berkongsi cerita mengenai camera putih saya tu pulak… ehhe

Cantik ni adik ni warna. Cuma merah sikit je

Tak dapat dengan maskot, dengan kertas pun jadilah ek

Upin & Ipin pun nak jalan2 kat Alamanda sekejap

p/s : Saya suka pegi Alamanda

 996 total views

Pentax K-X Red

Yea, mempersembahkan camera Pentax K-X Red milik rakan Pentax saya. Tuannya yang taknak gambarnya dipaparkan di blog saya neh memang gemar meletakkan gelang-gelang berwarna-warni sebagai hiasan. Menjadi antara kamera Pentax K-X yang cantik jugak kerana gelang-gelang yang ada warna-warni tu sering kali disalah paham. Orang ingat dia warnakan lens dia sampai jadi macam tuh. Apa-apapun seronok dapat tengok rakan Pentax saya ni dengan cameranya tuh.

Pentax K-X Red

p/s : teringin nak beli widelens pula… uhuh

 923 total views

Pencarian Pentax K-X

Wow, tiba-tiba rasa sangat berminat dan amat teruja dengan camera DSLR model baru keluar PENTAX. Ha? PENTAX tu apa? Mungkin yang biasa dengar nama-nama seperti Canon dan Nikon dipasaran. Tapi saya pula berkenan dengan sesuatu yang agak berbeza sikit. Pentax kalau di Malaysia ni memanglah agak sudah nak dijumpai kerana kurangnya permintaan berbeza dengan di negara US mahupun Jepun. Lebih – lebih lagi Pentax mengeluarkan model baru Pentax K-X sekali gus menjadi DSLR pertama yang menggunakan konsep berwarna-warni seperti gambar di bawah. Cantik kan?

Pentax K-X (Gambar hasil Google)
Saya yang juga sudah lama berhasrat nak membeli DSLR sudah jatuh cinta dengan K-X ni walaupun untuk sekian lama saya memakai wallpaper Nikon D90 di desktop komputer saya dengan harapan saya dapat memilikinya satu hari nanti. Saya pun berjanji dengan rakan baru Pentax saya untuk bersama-sama mencari Pentax yang telah membuat saya tak boleh tidur malam neh.

Saya memulakan percarian di area Dataran Sunway, sebuah kedai camera DSLR Pentax. DSC World nama kedainya kalau tak salah. Tapi memang malang, kerana kedai tu rupanya tutup hari minggu. Jadi dengan nekadnya saya bersama rakan Pentax saya menukar arah ke area KL iaitu di Times Square. Campur dengan traffic jam dan takde parking akhirnya sampailah jugak di Times Square sekitar pukul 5 lebih. Jumpalah sebuah kedai DSLR namun harga yang ditawarkan pada mulanya agak mahal dan saya masih ingin melihat pilihan ditempat lain.

Mencari di Times Square


Waktu petang dan traffic jem


Suasana di Times Square yang meriah
dengan sambutan CNY

Jadi, saya pun ke Sungai Wang dan seterusnya ke Plaza Low Yat. Dipendekkan cerita memang tiada langsung ataupun kurang kedai yang menjual camera Pentax. Reasonnya kerana tiada permintaan. Tapi takpelah, kerana saya memang bernekad nak beli juga Pentax K-X neh. Jadi selepas lebih 1 jam saya berlegar-legar mencari camera akhirnya saya ke Times Square balik untuk mendapatkan camera yang mula-mula memang saya dah jumpa.


Semasa di Plaza Low Yat. Masih tiada camera Pentax


Sedeynya tiada juga di sini

Ok, di sini saya jumpa K-X bewarna putih. Saya memang memasang niat nak beli yang bewarna putih ni jugak sebenarnya. Untuk pengetahuan pembaca blog ni, walaupun banyak warna yang ditunjukkan seperti gambar di atas sekali namun kat Malaysia hanya ada 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, merah dan navy blue. Kalaulah ada warna oren, sure saya dah pilih warna oren. Tapi warna putih pun smart jugak. Saya tak kisah dan tak takut kotor. Kenalah jaga.

Yay, inilah dia camera DLSR Pentax K-X White
Pentax K-X White di dalam cermin kaca

Pentax K-X White

Kasik gua talok ini plastic dulu wor

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Kelebihan Pentax K-X ni apa? Hanya sebab ada warna saje kah saya beli? Jawapannya tidak. Saya dah buat pembandingan dan research terlebih dahulu dan di atas banyak sebab barulah saya memilih camera ni. Sebab- sebab dan review terperinci mengenai camera ni akan saya tulis selepas ni sekiranya saya ada masa. Tapi sebelum tu, saya tinggalkan gambar Pentax K-S Limited Edition yang bewarna-warni ni.

Pentax K-X Limited Edition

p/s : siapa rakan-rakan camera yang tau di mana boleh dapatkan beg camera yang cantik?

 2,768 total views