Menarik sungguhlah sekali sekala buat (PC) Press Conference di Gloria Jean’s ni. Tempat pun santai, makanan pun free, artis pula ramai. Memang terbaik wok. Tapi kehadiran saya serta Upin & Ipin di PC ni sebenarnya ialah untuk memberitahu kepada pihakmedia mengenai calon2 anugerah HipTV yang pada masa saya menulis ini telah pun selesai. Upin & Ipin dicalonkan di Anugerah Artis Paling HIP sebaris dengan artis yang lain seperti Farah Fauzana dan ramai lagi. Keputusannya dimenangi oleh Farah Fauzana. Malam Anugerah itu pula saya tak dapat hadir kerana saya baru pulang dari Kedah untuk urusan lain. Jadi, saya sekadar dapat berkongsi mengenai suasana semasa PC nya aje.

Ipin ketika baru sampai

Diantara artis yang hadir dan turut dicalonkan


Kenapa ek Shiela bergambar pegang pipi,
nampak comel lagi kut
Bermula sekitar pukul 3 petang, PCnya sangat santai dan bersenang lenang. Aktiviti utamanya ialah bergambar bersama artis untuk pihak media meletakkannya di dalam media masing-masing nanti. Saya dan Afiq pula dipaksa untuk mempromokan Upin & Ipin supaya peminat boleh mengundi. Yelah, kalau nak suruh maskot, maskot mana boleh bercakap. Makruh. Mula-mula tu memang seganlah nak record sebab orang selalu kata saya tak muat masuk TV. Tapi, bila dah dapat mic tu, siap mic2 dia sekali saya pinjam untuk recording guna camera lain pula. Erm, tak perasan bila keluar TV.. tapi sepatutnya dah la.


Semua jenis air adalah free


Ada tak rupa macam calon Kak Ros
yang baru? huhu

Ketika sesi rakaman promo


Begitulah aktiviti rutinnya. Bergambar dan kemudian ditemuramah. Ramai kawan-kawan yang mengaitkan saya dengan kaki suka jumpa artis. Mungkin itu dulu, tapi sekarang ni saya rasa sudah agak biasa dan tidak terlalu teruja bila berjumpa dengan artis-artis. Mungkin kerana saya merasakan mereka juga adalah orang biasa. Ataupun mungkinkah saya sendiri sudah termasuk di dalam dunia artis. Oh tidak!. Kalau boleh nak saja saya tarik satu opis untuk berjumpa dengan artis yang dorang minat. Tapi tak mungkinlah nak buat macam tu.

Irma yang teruja dengan pipi Ipin


Mungkin muka kami kurang komersil
sebab tu tak menang. Ahaha

Apa-apa pun ramai juga kawan-kawan saya yang lain berpeluang ke Party Hip TV tempoh hari menggantikan saya. Biarkan mereka merasa melihat artis dari dekat. Erm, sampai di sini sajalah. Lepas ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya mengenai Talk yang saya buat di UiTM Kedah.

 1,139 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.