Satu lagi jemputan berbuka yang sempat saya ikuti selain membawa maskot Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa. Kali ini anjuran TM Global, lokasi berbuka puasa ialah di tengah-tengah bandar KL iaitu di Hotel Sheraton Imperial. Terpaksa mengharungi kesesakkan lalu lintas dan memandangkan kami dari event yang berbeza di sebelah paginya. Masing-masing sudah terlalu penat bercampur gembira dari event sebelum ini mengambil peluang kesesakkan lalu lintas ni untuk berehat sekejap. Selain dari team maskot Upin & Ipin, kali ini juga kami ditemani oleh Fathiah serta mamanya yang juga amat teruja selepas selesai dari event pagi tadi.
Tapi tiba-tiba terjaga bila sesi bergambar di dalam kereta
Kebiasaanya kemunculan maskot Upin & Ipin akan dilangsungkan pada sebelum waktu berbuka dan selepas solat maghrib. Pada majlis ini, kanak-kanak dari beberapa rumah anak yatim menjadi jemputan utama untuk memeriahkan malam tersebut. Masing-masing yang pertama kali berjumpa dengan idola mereka ini kebanyakkan terdiam dan hanya tersenyum bersalaman dengan maskot Upin & Ipin. Kemunculan Adik Nurfathiah juga membuatkan mereka teruja setelah mendengar suara comel Upin & Ipin keluar dari mulut Fathiah.
Selain dari kemunculan Upin & Ipin, majlis ni juga dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Adibah Nor dan AC Mizal. Saya pertama kali berjumpa dengan Adibah Nor terasa senang dengan sikapnya yang begitu merendah diri. Sempat juga dia mengusik penonton di pentas memberitahu bahawa dialah “Penyanyi Terbesar Di Malaysia”. Begitu juga dengan AC Mizal yang menari bersama maskot Upin & Ipin di atas pentas yang berjaya membuat kebanyakkan penonton terhibur.
Zarin dan Afiq, bersedia mengeluarkan maskotSecara keseluruhannya saya sangat berterima kasih kepada TM Global kerana menjemput Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Bukan sahaja kerana makanannya yang sedap, tapi sekali sekala dapat berjumpa dengan kanak-kanak khususnya kanak-kanak dari rumah anak yatim sebegini membuatkan kita sedar dan sentiasa bersyukur. Alhamudullilah~
1,608 total views, 2 views today
Advertisements











