Bagi pengguna tegar Instagram pasti dah mula perasan dengan iklan aplikasi “Bolt” di atas Instagram anda meskipun dah download aplikasi tersebut. Saya sendiri sudahpun mencuba aplikasi Bolt ni selama seminggu. Pada mulanya first impression saya terhadap aplikasi ni adalah sangat menakutkan dan bahaya. Kita boleh menghantar gambar secara pantas dan sekelip mata kepada orang lain tanpa sempat memastikan gambar apa yang dihantar. Ini adalah kerana aplikasi Bolt ni sememangnya dicipta untuk pengguna menghantar mesej bergambar kepada kawan-kawan. Dengan interfacenya yang sangat clean dan simple, pengguna kali pertama pasti akan tersalah hantar.
Namun begitu, setelah beberapa hari menggunakan Bolt, saya rasa aplikasi ini sangat bijak dan menarik. Semasa saya menggunakan aplikasi ini, senarai kawan-kawan saya yang juga menggunakan Bolt baru kurang dari 20 orang. Jawapan yang saya dapat ketika mempromosikan Bolt ni adalah mereka semua sudah ada WhatsApp, LINE, WeChat dan kenapa perlu tambah lagi satu aplikasi untuk menghantar mesej dengan gambar.
Perasaan menggunakan aplikasi ini sangat berbeza dan ianya seolah-olah menggunakan aplikasi yang dicipta untuk masa depan. Konsep interaksi 2 hala yang sangat pantas ini mungkin tidak terdapat di dalam mana-mana aplikasi sedia ada. Mungkin dengan sedikit upgrade dari segi fungsinya pada masa akan datang boleh menjadikan aplikasi ini se-famous Instagram.
Buat masa ini, Bolt hanya boleh menghantar gambar kepada seorang saja pengguna pada masa yang sama. Walaupun kita boleh menetapkan lebih dari 4 “Favourite Contact” pada bawah aplikasi Bolt ini, tetapi kita harus menekan pada setiap contact untuk menghantar gambar yang sama. Selain itu, Bolt juga boleh menerima dan menghantar video pendek dengan menekan lama pada ikon contact yang ingin dihantar.
Bolt tidak menyimpan dan tidak membolehkan kita melihat gambar-gambar lama yang telah diterima. Ianya dihilangkan serta merta selepas kita melihat gambar tersebut. Fungsi-fungsi tersembunyi lain boleh didapatkan dengan mengoyangkan telefon anda. Buat masa ini aplikasi Bolt sudah boleh mula dimuat turun untuk pengguna iOS dan Android.
3,829 total views, 1 views today
