Dah lama tak belanja pembaca MohdZarin.com dengan gambar makanan yang sedap-sedap. Entry kali ni special sikit kerana saya sanggup ke Singapore untuk merasai keenakkan makanan unik ni yang dah lama saya idamkan. Sup Tulang Merah adalah salah satu menu terkenal di Singapore. Lokasi yang paling terkenal untuk menikmati Sup Tulang Merah ini adalah di Golden Mile Food Centre yang terletak di Beach Road. Kat sini ada beberapa kedai yang menjual Sup Tulang Merah, tapi diantara yang tersedap saya diberitahu adalah kedai Deen Tiga Rasa.
Di sini adalah kawasan Food Court yang menjual semua jenis makanan termasuklah makanan Cina dan India.
Deen Tiga Rasa terletak di Golden Mile Food Centre, Beach Road
Salam Jumaat. Kali ni saya nak share satu lagi menu wajib kalau singgah ke Johor Bahru. Rasanya tempat ni dah ramai yang tahu dan banyak juga Food Blogger yang dah pernah buat review makanan ni. Menu makanan hari ni adalah Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Kacang Pool ni sebenarnya adalah makanan berasal dari Johor dan biasanya dimakan waktu breakfast. Ada juga Kacang Pool versi Singapura.
Set Kacang Pool
Kuah Kacang Pool yang pekat dan dimasak dengan daging cincang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nampaknya ramai pembaca blog setia saya lebih gemarkan blog post mengenai makanan. Siapa yang tak suka makankan? Kali ni saya nak bagi anda semua rasa lapar dengan menonton gambar-gambar terbaru dari masakan padang yang sangat istimewa. Baru-baru ni saya berpeluang ke Jakarta atas urusan kerja yang saya akan kongsikan pada post yang berbeza nanti. Saya berkesempatan menjamu selera di salah sebuah cawagan masakan Padang yang terkenal iaitu Restoran Sederhana. Walaupun namanya Sederhana, tapi makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka.
Restoran Sederhana Masakan Padang
Pelbagai lauk masakan padang
Kesemua pilihan lauk dihidang tanpa perlu membuat pesanan
Siapa yang tak pernah makan di restoran makanan padang pasti akan berasa pelik dengan cara di sini. Setiap pelanggan yang duduk di meja makan, akan dihidangkan dengan semua pilihan makanan yang ada tanpa perlu membuat pesanan makanan. Semua makanan ini dihidangkan di dalam piring-piring yang ditindih di antara satu sama lain. Kadang-kadang tu, belum start makan lagi dah rasa banyak betul pilihan lauk yang diberi. Jangan risau kerana mereka hanya akan kira piring makan yang telah dijamah sahaja. Read More
Saya adalah pengemar Mee Rebus dan telah mencuba pelbagai jenis Mee Rebus tak kira di Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur. Bagi saya Mee Rebus yang sedap haruslah mempunyai rasa rempah ratus yang cukup dan sempurna. Kuahnya pula tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Ianya harus cukup untuk sebati dengan bilangan Mee serta disajikan dengan taugeh yang segar. Saya suka kalau kuahnya ada rasa sedikit manis dan pedasnya datang pada cili hijau yang digigit rangup.
Masjid Sultan di Arab Street
Proses mengorder makanan
Macam mana? Terliur tak? Saya dah jumpa Mee Rebus paling sedap saya pernah makan iaitu di Arab Street, Singapura. Nama restoran yang menjual Mee Rebus terbaik ini adalah Kampung Glam Cafe. Rasanya Restoran ni dah cukup terkenal bagi sesiapa yang pernah datang ke Singapura. Kampung Glam Cafe sini berhampiran dengan Masjid Sultan dan Arab Street yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.Selain dari Mee Rebus, restoran ini juga amat terkenal dengan makanan nasi padang dan nasi lemak.
Kepada sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan pasti pernah dengar mengenai “Plan B”. Kedai makan Plan B ala-ala kopitiam ni sudahpun mempunyai cawangan di Kuala Lumpur seperti di One Utama dan Publica. Namun begitu cawangan mereka di Ipoh ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang Perak sendiri kerana keunikan dekorasi di dalam kedai dan kawasan persekitaran. Selain menawarkan makanan ala western dan pelbagai pilihan kopi, Plan B menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.
Selamat datang ke Plan B
Suasana di dalam Plan B
Menu Plan B
Plan B terletak di tengah-tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Panglima. Mencari Plan B tidaklah begitu sukar kerana kawasan kedainya yang besar dan sentiasa memaparkan signboard “Plan B” tidak kira dari arah mana anda datang. Dekorasi di dalam kedai Plan B sungguh santai dan banyak menggunakan elemen-elemen barat serta pokok hijau sebagai trademark mereka. Setiap ruangan di dalam kedai menggunakan pelbagai jenis meja dan susunan bagi memberi pilihan kepada pelanggan samada ingin makan secara dua orang, kumpulan ataupun untuk sesuatu majlis. Lampu downlight kuning dan dinding berkaca pula menaikkan mood eksklusif ketika berada di dalamnya.
Kalau di Shah Alam kita berbangga dengan adanya ICT iaitu tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik, tetapi penduduk di Pantai Timur juga berbangga dengan ICT mereka sendiri. ICT yang dimaksudkan adalah Ikan Celup Tepung yang menjadi makanan wajib bagi sesiapa yang berada di negeri-negeri Pantai Timur. ICT ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang macam goreng pisang sambil berehat-rehat menikmati udara pantai. Di Pantai Timur, mereka suka masak apa saja asalkan boleh digoreng dengan tepung.
Kunjungan saya di ICT Haji Pak Long, Terengganu beberapa minggu yang lepas membuatkan saya teruja melihat kepelbagaian makanan berasaskan tepung yang disediakan. Dari ikan, sotong, udang, ketam, hinggalah ke ikan pari semuanya merupakan menu hidangan istimewa ICT di sini.
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.
Kedai Nasi Vanggey Original
Zarith pun kena beratur
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
Pasti sesiapa saja yang membaca tajuk topik kali ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui mengenai Lemang Periuk Kera. Kebanyakkan dari kita zaman sekarang, sudah tidak mengetahui dan mungkin juga tak pernah makan Lemang Periuk Kera yang dikatakan salah satu makanan warisan yang hampir pupus. Saya sungguh bertuah dan bernasib baik kerana bertemu dengan salah seorang pengusaha Lemang Periuk Kera secara tidak langsung dan beliau terus menawarkan saya untuk berkunjung ke rumahnya untuk merasai sendiri kesedapan makanan ini. Nama beliau adalah, abang Tan Safry yang telah 20 tahun melibatkan diri dalam masakan lemang warisan ini. Yang menariknya, Abang Tan berkongsi cerita mengenai perniagaannya yang semakin laris semenjak Lemang Periuk Kera ini diperkenalkan di dalam siri Upin & Ipin. Kebanyakkan dari pelanggan tidak sangka Lemang Periuk Kera ini betul-betul wujud, dan hanya mengetahui lemang ini melalui cerita Upin & Ipin.
Lemang Periuk Kera di dalam siri Upin & Ipin
Periuk Kera merupakan salah satu tumbuhan yang susah untuk ditemui
Kali ni kita nak jalan-jalan cari satu menu istimewa iaitu Nasi Kukus Awan Besar. Kalau nak tahu, lokasi Nasi Kukus ni terletak di RnR Awan Besar Lebuhraya KESAS. Jarang kita nak tengok kawasan makanan di RnR kena serbu dengan orang setiap hari pada waktu makan tengahari. Ini adalah disebabkan Nasi Kukus di sini memang diantara yang tersedap yang boleh didapatkan disekitar Kuala Lumpur.
Sajian Aliaa sentiasa dipenuhi dengan penggemar Nasi Kukus Awan Besar
Ayam goreng panas-panas lagi ni
Kuah kari pedas dan “side dishes”
Limau ataupun cili potong sekiranya inginkan lebih terangkat
Assalamualaikum. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog MohdZarin.com setelah kita semua bercuti panjang pada minggu lalu. Kali ni saya nak kongsi sikit mengenai pengalaman berbuka puasa di Jakarta pada bulan lepas. Wah, jauh tu kan berbuka puasa sampai ke seberang. Saya rasa paling tidak dah lebih kurang 10 kali saya ke Indonesia atas urusan kerja. Selain dari Jakarta, saya juga pernah menjejakkan kaki di Bandung dan Yogyakarta. Sebenarnya, majlis berbuka puasa ni adalah majlis tahunan yang wajib dilakukan oleh Les’ Copaque bersama rakan niaga di Jakarta. Dalam 2 tahun kebelakangan ni rezeki saya dapat ikut sekali ke Jakarta dan merapatkan silahturahim bersama dengan teman-teman di Jakarta.
Suasana ketika di dalam kereta
Kurang kenderaan ketika itu
Alhamdullilah, perjalanan 2 jam dalam kapal terbang memang saya balas dengan tidur disepanjang penerbangan. Yelah, nak makan pun tak boleh… kan bulan puasa masa tu. Suasana lalu lintas tidaklah begitu sesak mungkin disebabkan waktu ketibaan saya adalah bukan waktu orang balik kerja. Sampai saja di Jakarta saya dihantar ke hotel untuk sambung berehat (tidur) dan pada sekitar jam 4 petang pula bersiap sedia untuk ke lokasi berbuka puasa.