Category - Foods & Restaurants

Selera Orang Kita, Bufet Ramadan di SACC

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Bagi pembaca setia blog MohdZarin.com, pasti sudah tahu yang saya sering berbuka puasa di Shah Alam Convention Centre SACC setiap tahun. Ya, saya sering berbuka di SACC sebab ianya merupakan satu-satunya pilihan berbuka puasa terbaik di Shah Alam. Untuk tahun 2022 ini, SACC membawakan tema “Selera Orang Kita”, iaitu menu-menu tradisional masakan melayu sebagai menu hidangan yang ditawarkan. Selain itu, SACC juga masih mengekalkan signature mereka iaitu Kambing Kebuli serta beberapa menu istimewa tahun ini. Mari ikuti saya, berbuka puasa Selera Orang Kita, bufet Ramadan di SACC.

Ruang berbuka puasa di SACC adalah di dalam hall yang luas dan selesa. Kaunter makanannya disusun di sekeliling hall serta untuk makanan yang disediakan secara panas-panas pula disusun di bahagian luar hall. Susun atur makanannya agak kemas dan sistematik bagi mengelakkan kesesakkan ketika mengambil makanan.

Di kaunter menu utama “Selera Orang Kita” iaitu nasi serta lauk pauk, kesemua menunya sungguh membangkitkan selera. Diantaranya adalah Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Kampung, Udang Masak Lemak, Asam Pedas Pari, Petola Soo Hoon dan banyak lagi. Dilengkapkan pula dengan sambal belacan, budu serta sambal tempoyak yang membuatkan tak cukup nasi sepinggan. Read More

 2,666 total views

Adakah RSMY Cheese Naan Terbaik?

Bila sebut tentang Cheese Naan terbaik di Kuala Lumpur pasti nama restoran RSMY dikenali dan disebut-sebut sebagai Cheese Naan Terbaik. Saya sendiri pernah makan dan berkongsi review di blog saya tentang RSMY Cheese Naan Terbaik pada tahun 2015. Setelah hampir 5 tahun lamanya, tahun 2020 ini saya menjejakkan kaki sekali lagi di sini bagi mengimbau kenangan saya bersama RSMY Cheese Naan. Adakah sekarang ini RSMY masih menghidangkan Cheese Naan terbaik? Mari kita masuk dan order.

Bagi yang tidak tahu, RSMY Cheese Naan ini terdapat beberapa cawangan dan cawangan yang saya pergi kali ini adalah di cawangan Medan Tuanku. Papan tandanya yang besar dan berwarna oren pasti mudah untuk mencari lokasi ini. Oleh kerana saya datang ke sini ketika PKPB, jadi suasana di sini tidaklah begitu meriah dan ramai orang jika dibandingkan pada 5 tahun lepas.

Rupa roti Cheese Naan RSMY

Harga Dah Naik

Satu perkara yang saya perasan adalah harga Cheese Naan di sini dah naik harga. Yelah, harga 5 tahun lepas dengan harga tahun 2020 mana nak sama. Semua kos dan semakin naik dan mahal. Cheese Naan yang saya pesan ini adalah berharga RM12, berbeza dengan 5 tahun yang lepas iaitu RM8 sahaja. Ianya tidak termasuk kuah ataupun set sampingan.

Bagi saya, walaupun harganya agak sedikit mahal tapi seingat saya cheese mozarella yang digunakannya memang banyak dan melimpah ruah. Jadi sekali sekala takpelah, saya rasa takpelah.

Read More

 2,530 total views

Roti Aki, roti lembut tanpa telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ini saya ingin kongsikan tentang sejenis roti yang saya rasa sangat unik dan menarik. Roti ini dikenali sebagai ‘Roti Aki’. Apabila pertama kali saya mendengar jenama nama Roti Aki ini saya rasa masih belum tergerak hati untuk mencuba roti ini. Rupa rotinya pula saya rasa biasa saja. Mungkin nampak gebu dan lembut, tetapi sama saja seperti roti-roti yang lain. Tetapi apabila pemilik Roti Aki ini memaklumkan roti ini diperbuat tanpa menggunakan telur, ianya membuatkan saya tertanya-tanya dan terasa ingin mencuba. Ya, betul! Roti Aki, roti lembut tanpa telur. Tapi apa keistimewaan roti tanpa telur? Teruskan membaca.

‘Roti Aki’ merupakan perusahaan anak-beranak yang sudah mula diusahakan semenjak tahun 2015 lagi. Saya dimaklumkan, mereka memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya mampu membuat 10 biji roti sahaja sehari. Namun begitu, setelah perniagaan mereka semakin maju, akhirnya mereka sudah berjaya mempunyai kedai sendiri yang terletak di Kajang, Selangor.

Roti tanpa telur

Roti Aki diperbuat tanpa menggunakan telur. Apabila saya tanya kepada pemilik kenapa tidak menggunakan telur? Apakah yang istimewanya roti tanpa telur? Pemilik Roti Aki menjelaskan Roti Aki ini tidak diperbuat menggunakan telur kerana pada peringkat awal dulu terdapat permintaan dari ibu-ibu yang sedang berpantang yang tidak boleh makan telur. Jadi roti ini amat sesuai untuk mereka. Selain itu juga, Roti Aki ini sesuai dimakan oleh pengamal diet vegan yang tidak boleh makan makanan berunsurkan telur dan daging. Read More

 2,084 total views

Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown

Dah lama rasanya saya tak update tentang menu terbaharu dari Marrybrown yang sememangnya Ohsem dan kali ni menunya memang bertambah Ohsem lagi iaitu Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals. Apa yang unik dan menariknya tentang menu ini adalah sosnya yang sedap sangat. Ianya mempunyai gabungan rasa-rasa manis serta bauan arang yang mengasyikkan. Walaupun ada bau-bau arang, tapi tak sangka ianya sangat menyelerakan dan membangkitkan aroma walaupun pada gigitan pertama.

Saya sendiri dah merasai kesedapan Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown pada hari pertama pelancaran menu ini di Marrybrown pada tempoh hari. Sejujurnya semua menunya memang sedap dan tak cukup makan satu set je. Jom saya kongsikan pilihan set yang ada.

Terdapat 3 pilihan set Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown

  1. SOS BBQ Box
    SOS BBQ Burger – Charcoal Bun + SOS BBQ Drumette + Crispy Chicken + Potato Wedges + Onion Rings + Coke
  2. SOS BBQ Burger
    SOS BBQ Burger – Charcoal Bun + Potato Wedges + Onion Rings + Coke
  3. SOS BBQ Drummet
    SOS BBQ Drumette + Potato Wedges + Onion Rings + Coke

Harga bermula dari RM16.90 ke atas dan ketiga-tiga set ini didatangkan dengan Coca-Cola.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita terjah ke lebih 130 cawangan Marrybrown untuk menikmati set Sensasi Ohsem Smokey S.O.S BBQ Meals Marrybrown ini.

 2,054 total views

Berbuka puasa di rumah dengan set berbuka Connexion Conference & Event Centre (CCEC)

Ketika kita duduk rumah sempena dengan PKP ini salah satu perkara yang kita rindui adalah untuk berbuka puasa di luar samada di restoran mahupun bufet di hotel. Memang benar kita digalakkan untuk berbuka puasa di rumah dan masak sendiri, tapi sekali sekala kalau dapat ‘tutup dapur’ dan menikmati juadah berbuka puasa ala hotel 5 bintang di rumah sendiri alangkah nikmatnya. Kali ini saya nak kongsikan salah satu pakej Ramadhan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang menawarkan set berbuka puasa yang dimasak oleh chef terkenal dan boleh dinikmati di ruang tamu kita sendiri.

Set berbuka puasa yang ditawarkan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini disediakan oleh Chef Raja Romzi yang menyediakan resepi masakan tradisi seperti masakan asam pedas, daging bakar dan macam-macam lagi. Terdapat 2 set pakej iaitu untuk 2 orang dan juga untuk 5 orang, set iftar ini boleh ditempah setiap hari melalui laman web www.connexioncec.com. Yang menariknya, semua menu-menu yang ditawarkan setiap hari adalah berbeza dan sangat menarik. Menu yang saya terima ini adalah menu untuk hari Jumaat dan ianya adalah set untuk 2 orang. Setiap tempahan makanan iftar ini akan dihantar terus ke rumah kita tanpa bersusah-susah untuk keluar rumah mengambil tempahan.

Connexion Conference & Event Centre

Food of the day

Read More

 1,287 total views

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Marathon Baker adalah salah sebuah jenama tempatan yang mengeluarkan makanan kesihatan dan tenaga khususnya buat mereka yang menitik beratkan pemakanan yang sihat, macam saya. Saya sendiri dah mengamalkan produk Marathon Baker hampir 2 tahun untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk persediaan dalam acara larian ataupun sebagai makanan tambahan harian. Marathon Baker mempunyai pelbagai jenis produk makanan yang khusus untuk memberi tenaga seperti energy ball, energy bar, granola cereal dan banyak lagi. Kali ini saya nak kongsikan tentang perasa terbaru granola cereal oleh Marathon Baker iaitu Marathon Baker Protein Granola Cereal.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Sebelum ini sebenarnya Marathon Baker dah pernah mengeluarkan beberapa perasa Granola Cereal yang lain seperti perasa Apple Chewy dan Coffee Crunchy tetapi kali ini mereka memperkenalkan 4 perasa baharu yang memfokuskan kepada perasa Protein iaitu perasa Goji Berry, Choc Chip, Onde-Onde dan juga Original. Menarikkan nama-nama perasa baru ni? Hairan juga macam mana mereka dapat idea mengeluarkan perasa baru yang unik ini lebih-lebih lagi “Onde-Onde”.

Marathon Baker Protein Granola Cereal

Senarai perasa baharu Marathon Baker Protein Granola Cereal

Read More

 1,313 total views

Berbuka Puasa dengan Grab e-Kitchen Bazar

Ketika berpuasa di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti kita masing-masing teringin menikmati juadah berbuka puasa seperti yang kita sering dapatkan di bazar Ramadan sebelum ini. Namun begitu, disebabkan larangan pembukaan bazar Ramadan untuk membendung rantaian wabak COVID-19, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan kegemaran.

Pada tahun ini e-Bazaar diwujudkan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan pelbagai juadah-juadah iftar dari keselesaan kediaman rumah kita sendiri. GRAB Food misalnya telah bekerjasama dengan MBI Selangor dan Hijrah Selangor bagi perkhidmatan Grab e-Kitchen Bazar yang menawarkan pelbagai juadah Ramadan kegemaran dari restoran dan juga peniaga-peniaga kecil dan tradisional.

Grab e-Kitchen Bazar

Diantara menu-menu makanan yang boleh dibeli melalui segment Grab e-Kitchen Bazar adalah seperti murtabak, popiah sambal, ayam percik, nasi kerabu dan banyak lagi. Senarai makanan yang ditawarkan adalah bergantung kepada lokasi berhampiran dengan rumah anda. Perkhidmatan ini merangkumi 10 lokasi di Selangor seperti Read More

 1,652 total views

Peanut Butter by Farah keluarkan 2 Perisa Baharu Peanut Butter Sihat

Salah satu menu makanan sihat yang saya akan pastikan ada di rumah adalah Peanut Butter. Sebenarnya Peanut Butter sangat bagus dan baik untuk penurunan berat badan kerana ianya mengandungi sumber protein yang tinggi dan mempunyai lemak baik sebagai pengambilan makanan harian. Peanut Butter juga mampu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama kerana ianya tinggi dengan sumber fiber.

Pasaraya

Jenis-jenis Peanut Butter di pasaran

Walau bagaimanapun, Peanut Butter yang dijual dipasaraya pula kebanyakkannya tidak sihat dan boleh menggemukkan. Ini adalah kerana kandungan peanut butter yang dijual hanyalah sekitar 40-50% dan selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti gula dan bahan pengawet. Bahan-bahan ini ditambah ke dalam ramuan Peanut Butter untuk memberi rasa sedap dan manis serta membolehkan ianya disimpan lebih lama. Namun begitu, ianya akan kurang memberi khasiat kepada tubuh badan kita lebih-lebih lagi sekiranya diambil secara berlebihan.

Apa itu Peanut Butter Sihat?

Manakala Peanut Butter versi sihat pula mempunyai lebih banyak kandungan kacang sehingga lebih dari 70-80% dan selebihnya adalah kandungan semula jadi seperti coklat, madu, garam himalaya dan sebagainya. Berbeza dengan Peanut Butter sihat, ianya akan memberi kita rasa lebih kepada rasa kacang kerana lebih banyak kacang digunakan. Diantara jenis-jenis kacang yang digunakan adalah kacang cashew, almond dan hazelnuts. Read More

 2,061 total views,  1 views today

Domino’s Pizza Durian Lava Cake

Sebagai peminat dan “Hantu Durian” saya sememangnya sentiasa ingin mencuba apa saja menu yang berasaskan durian. Tak kisahlah, kek durian ke, aiskrim durian ke apa tah lagi durian sebenar. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang susah nak cari durian. Tapi bila saya dengar Domino Pizza mengeluarkan Lava Cake terbaharu iaitu berperisa Durian, saya terus teringin nak mencuba.

Saya pernah makan Domino Pizza Lava Cake sebelum ini yang berperisa chocolate, tetapi Domino Pizza Durian Lava Cake ni sememangnya sangat nampak menggiurkan. Berdasarkan dari promosi oleh pihak Domino, isi lava cake ini dibuat menggunakan isi durian sebenar D24. Saya macam tak percaya sebab Durian D24 memang sedap! Jadi mari kita cuba sendiri.

Domino Pizza Durian Lava Cake

Durian Lava Cake, baharu di Domino

Read More

 1,908 total views

Nasi Paka Udang Selambak Sambal Pedas Terangkat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ketika musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini selain kita menyediakan makanan sendiri di rumah, kadang kala kita teringin juga nak bungkus makanan di luar. Sekali sekala nak tukar selera dan inginkan sesuatu yang pedas dan “terangkat”. Istimewa buat orang Shah Alam, kali ni saya cuba order Nasi Paka yang katanya sambal pada Nasi Paka ni pedas dan mengancam. Saya sendiri memang pernah makan Nasi Paka ni dulu, tapi dah lama sangat tak makan dan teringin sangat nak makan lagi lebih-lebih lagi time duduk rumah ketika PKP ni.

Restoran Nasi Paka ni terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan menu set Nasi Paka ni sebenarnya ada macam-macam. Ada set ayam, ikan keli dan juga udang. Semua set ni didatangkan dengan nasi putih, set lauk pilihan, sayur dan juga dilengkapkan dengan sambal Nasi Paka yang terangkat. Untuk kali ini, saya order set Nasi Paka Combo Udang Double yang berharga RM20. Jom kita layan Nasi Paka dulu.

Nasi Paka Udang Selambak

Inilah dia rupa Nasi Paka Udang Selambak

Read More

 1,969 total views