Yea, Red Day datang lagi. Theme Cloth day yang kali ni mengunakan konsep baju merah sekali gus digabungkan dengan sambutan CNY kat opis. Wow, memang merah mak ngah. Masing-masing rupanya banyak jugak stock baju merah jika dibandingkan dengan baju kaler lain. Meriah tu dah pasti meriah, dah macam open house CNY lah kat opis hari tu.
Merah bersama-sama Zaid, Yuki, Faiz dan Razuri yang macho tu
Dorang ni pulak tengah jual limau
Suasana ketika sesi bergambar
Tapi ni bukanlah sambutan CNY yang ada makan2 punya. Kalau nak makan, bolehlah makan limau aje sebab tu aje yang ada. Lain-lain tu, sudah tentu aktiviti bergambar sampai letih. Macam-macam aksi yang dorang nak buat. Asal ada camera saja, masing-masing mulalah tersenyum dan buat pose2 pelik. Gambar saya pula tade dalam post kali ni sebab saya secara automatik dengan paksaan dikerah menjadi cameraman pada haritu. Kesiankan. Tapi takpelah, saya memang suka berkhidmat macam ni. Hehe…
Fila dan Juan main cucuk-cucuk
Gambar Yuki yang memaksa saya untuk ambil gambar dia
Selamat Tahun Baru Cina!!!
Tapi yang seronoknya juga, tahun ni CNY cuti agak panjang. Sudah semestinya masing-masing dah ada plan nak balik ke kampung halaman. Tapi yang tade tu pulak, pun seronok jugak kerana akan ke Penang untuk wedding salah seorang staff LCP yang akan menamatkan zaman bujang lapoknya iaitu Jam.
p/s : pandang merah banyak sangat sakit mata jugak ea
Yeah, kali ni cerita pasal kucing ke 3 yang saya bela di rumah. Kucing ni actually bukanlah totally persian.. dia ni mix persian. Saya tak bela kucing ni dari kecik tapi saya beli semasa umur dia 2 bulan. Saya pun taktau kenapa saya beli kucing ni, mungkin sebab nak ada baka kucing persian lepas2 ni, so saya cuba aje la. Lagipun dia comel sangat neh. Ohya, namanya Ryoka. Nama macam orang Jepunkan. Actually Ryoka ni kucing jantan dan pada masa yang sama adik beradik dia iaitu kucing betina dibeli oleh kawan saya. Jadi kitaorang nak kasik nama yang sama ala-ala kembar gitu… jadi berilah nama Ryoka (kucing saya) dan Ryoko (kucing dia).
Ryoka lagi
Ryoka ni sangatlah penakut dan awal2 tu susah jugak nak biasanya diri kat rumah. Tambahan pula dah ada 2 ekor kucing kat rumah tu, jadi tambahlah lagi takut dia tu. Tapi lama2 tu nampak macam dah ok dan by now dorang semua dah berkawan. Takde gaduh2. Ryoka ni nampak comel dan berbulu lebat. Tapi perangai2 yang biasa sebagai kucing persian tu standard la masih ada. Mungkin saya tak bela dia dari kecik, jadi dia kurang penyayang skit bila dicompare dengan Simba dan Kimba.
Ryoka main-main
Ryoka dah biasa dengan environment
Ryoko suka dibelai
Tapi yang bagus pasal Ryoka ni dia suka dibelai. Kalau belai2 dia tu, mula nak nak berguling2 dia dibuatnya. Masa mula2 dia start untuk aktif tu, pelik juga dia suka lari ke sana ke sini sampai kadang-kadang terlanggar kerusi dan dinding. Ermm… .tak tau la kenapa. Tapi sekrang bila semuanya dah jadi member, memang legalah rasanya. Suka betul dorang main2 sama dorang. Tu la, rasanya better bela kucing 2-3 ekor dari bela seekor je. Atleast kucing tu ada lah juga member.
p/s : lepas2 ni saya akan ambil lagi gambar kucing2 ni in action…
Alhamdullilah, saya ni sebenarnya dah lama tak turun event dan berjalan jauh. Jadi satu hari ni saya ditugaskan untuk bersama-sama team yang lain untuk ke USIM pula ataupun nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia. Takde lah jauh sangat, pejam celik pejam celik drive tengok-tengok dah sampai dah. Berdekatkan dengan area Nilai, event kali ni lebih tertumpu pasal pameran IPTA untuk pelajar-pelajar yang dilangsungkan di dalam Stadium. Tapi team saya pula, ditugaskan di luar Stadium di mana seolah-olah macam tapak event sampingan untuk event utama tu tadi. Pahamkan?
Shima, Saya dan Nurul selepas baru saja sampai di kawasan tapak
Aktiviti rutin biasa kami lakukan seperti penampilan maskot dan kuiz. Kali ni Shima pula yang sangat excited untuk menjadi emcee kuiz. Saya biarkan saja sambil saya pula menjadi cameraman sambilan dan merakamkan semua aksi semasa event ni berlangsung. Walaupun cuaca di sini amat panas, tetapi bila timing Upin & Ipin sahaja boleh tahan ramai yang sudah menanti. Tak kurang juga yang berlari dan berebut ketika sesi soal jawab Upin & Ipin diadakan. Pandai ye Kak Shima menarik perhatian kanak-kanak. Selain tu juga, aktiviti bergambar menggunakan polaroid pun menjadi aktiviti yang turut mendapatkan perhatian hangat.
Suasana ketika aktiviti soal jawab bersama maskot Upin & Ipin
Lari jangan tak lari…
Ye, inilah dia abang polaroid kita panggil
Disekitar event ni, pihak penganjur juga mengadakan macam2 aktiviti seperti permainan yang dipanggil Bestari kalau tak salah saya. Dia berkonsepkan monopoly tapi lebih fokus kepada perniagaan. Ramai jugak lah yang join games ni walaupun saya tak faham macam mana main dia. Booth Upin & Ipin juga turut dibuka khas untuk peminat kat sini. Sekarang ni sebenarnya dah banyak produk-produk baru yang sesuai dengan adik-adik yang bersekolah. Kalau saya sekolah lagi, sure saya beli.
Suasana ketika permainan Bestari
Booth jualanpun ada
Abang polaroid bersama hasil polaroidnya
Semua AJK yang telah berusaha keras
Walaupun event ni selesai lebih kurang pukul 5 macam tu, tapi kami semua ni masih belum selesai lagi. Dah target dah nak beli makanan apa. Yang menjadi pujaan hati saya ialah ayam percik kat sini. Memang sedap betul. Saya beli banyak kali dah. Selain tu, kat sini ada juga jual benda2 macam pakaian, cenderamata dan macam-macam lagi. Tapi saya masih berkenan dengan ayam perciknya saja.
Jalan-jalan cari makan
Wah, sedapnya. Tengok gambar ni pun saya masih dapat ingat lagi rasanya
Makan kat tepi jalan pun jadilah
p/s : Lama dah tak pegi jauh-jauh macam Penang ke, Terengganu ke… rindu nak makan sata… uhuhuk
1 DSLR Camera, 3 orang, lokasi Putraya. Event yang tak dirancang ni bermula semasa balik dari Alamanda selepas selesai event mengenai pelancaran kiosk Upin & Ipin di situ. Tak pernah bergambar di Putrajaya menggunakan DSLR jadi ini sememangnya waktu yang amat sesuai. Jam pun menunjukkan hampir pukul 7pm dan matahari pun sememangnya sedang mula hampir terbenam. Dengan bermodalkan cahaya yang baik, set yang cantik semuanya memang melengkapkan sesi photoshoot di Putrajaya ni.
Macam iklan kereta
Masjid Putrajaya diterangi cahaya dari matahari terbenam
Bergambar di jambatan Putrajaya
Masih banyak lagi gambar-gambar semasa sesi ni yang saya dah uploadpun kat facebook saya. Kalau nak tengok gambar lain-lain silalah klik di link bawah ni.
Theme cloth datang lagi. Sebenarnya tiap-tiap minggu ada je theme cloth neh. Baju macam-macam kaler dan corak. Cuma saya je yang dah lama tak join. Pejam celik rupanya dah sampai turn warna hijau balik. Jadi buat kali kedua kami memakai baju hijau bersama-sama sempena menyokong selamatkan bumi dan kekalkan bumi dengan pokok hijau. hehe… Semangat betul!
Ikmal konon-konon baju hijau le tuh
Ida, Yuki, Fila dan Aien dah tak sabar nak bergambar
Kura-kura ni pun nak ambik gambar, kata Aien
Oho, saya pun sempat berbaju hijau walaupun bukan feveret kaler sangat
Walaupun tak ramai sangat yang berjaya dikumpulkan, tapi jadilah untuk menerapkan semangat kehijauan di dalam office. Ada juga orang yang tak berapa hijau turut menyibuk untuk join team hijau ni. Takpelah, kasi peluang sekali sekala. Minggu depan baju kaler apa pulak ek. Kita tunggu je la.
Bersama dengan semua orang hijau dan tak berapa hijau
Sambungan Bahagian ke 2 Jalan² di Taiping ni sebenarnya lebih kepada memfokus kepada aktiviti jalan-jalan di Zoo Taiping. Lepas je selesai dari kenduri kawin tu, fikir punya fikir apa salahnya jumpa member-member lama di Zoo Taiping ni. Zoo yang saya pernah pergi pun hanyalah Zoo Negara dan Zoo Melaka. Kat sini kami hanya mengambil masa yang singat untuk ronda-ronda. Sambil naik kereta api yang disediakan tu, kurang 1 jam dah selesai tawaf 1 Zoo ni.
Salam 1 Malaysia!. Wah, mengambil masa lebih kurang seminggu satu team rendering berkerja keras bukan untuk menyiapkan render tapi menyiapkan team introduction di blog utama Les’ Copaque. Bukan apa, selain orang boleh tahu siapa yang bekerja dibelakang tabir Upin & Ipin, sekali sekala muka masuk blog utama apa salahnya kan? Promote la sket. Dalam tempoh seminggu tu pelbagai langkah-langkah termasuklah dari sebesar-besarnya hinggalah sekecik-keciknya dilakukan. Idea, ambil gambar, edit gambar, tulis blog… macam-macamlah dilakukan bersama. Kalau nak tau lebih detail gi jela baca blog LCP tuh.
All team members
Karikatur bersama Upin & Ipin (click to enlarge)
Yang menariknya, ialah gambar design ala-ala karikatur neh. Kami semua seolah-olah didesign sedang menyiapkan salah satu scene di dalam siri Upin & Ipin. Kalau nak ikutkan di dalam dunia sebenarnya kerja rendering team ni memanglah macam ni. Makeup artis, lightingman, cameraman, propsman dan segala-gala jenis man lah. Tapi semua tu kita hasilkan di dalam komputer. Menarikkan?
Mami mana pulak ni? Ha ni la che nak habaq mai. Ni bukan Mami Jarum ataupun Mami Monster. Ni Mami atau Mak kepada Fimi yang berlakun dalam Hikayat Putera Syazlan tu. Kebetulan masa ni sedang berlangsung Suarasa Kedah. Mami yang sememangnya anak jati Kedah ni terus menginvite kami-kami ni untuk makan malam ala-ala open house di rumahnya di Langgar. Orang kata makan jangan ditolak. Walaupun penat sikit malam tu sebab baru selesai Suarasa hari pertama, tapi kami gagahkan juga untuk mengisi perut di rumah Mami ni.
Juan amik sikit je
Sedap ni Sup Utara Special
Walaupun team Suarasa kami ni ramai, tapi yang datang hanyalah 3 orang. Begitu kami menunjukkan semangat dan memberi sokongan terhadap rumah terbuka Mami ni. Menu makanannya pula antaranya ialah Sup Utara, Nasi Lemak dan beberapa lagi yang lain-lain. Selain Mami, saya juga berkesempatan berjumpa dengan kakak Mami yang juga pernah berjumpa sebelum ini semasa trip ke Lumut dulu. Kakak Mami yang saya dah lupa namanya ni amat meminati Upin & Ipin. Jadi borak-boraklah kejap sementara mengisi perut.
Terima kasih kepada Mami dan juga Syafiq yang menjemput kami dan memberi guide jalan sampai ke rumah Mami ni. Syafiq yang juga anak kepada kakak Mami ni juga ada menulis mengenai kunjungan kami ke sini.
Salam semua, sambungan dari shopping2 di Little India dan akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Mengalahkan pengantin, masing-masingpun sebenarnya bersiap seawal pukul 3 petang especially yang pompuannya walaupun wedding berlangsung pada waktu malam. Wedding yang diadakan di Kampung Pengantin, Setapak ni sememangnya saya tahu sangat kawasannya. Maklumlah dudukpun di area situ juga. Wedding yang berkonsepkan bollywood ni amat terasa sebaik saja menjejakkan kaki di perkarangan dewan makan. Bukan sahaja persiapannya yang sungguh indah namun lagu bollywood yang sering diputarkan juga menaikkan mood bollywood.
Pelamin anganku musnah, eh ni bukan pelamin pengantin
Suasana ketika jamuan makan
Sebelum bercerita mengenai pakaian yang kitaorang beli, mari kita lihat pakaian pengantin yang begitu cantik. Mau berapa la harganya ni. Lupa pula nak cerita wedding ni ialah diantara Usamah Zaid dan Azi. Zaid ni merangkap animation director di LCP dan Azi pula bekerja di syarikat periklanan swasta. Dulu Azi pernah bekerja di LCP di dalam department script dalam tempoh sebulan rasanya. Masatu la orang kata bibit-bibit cinta berputik. Ok, cuba tengok gambar pengantin kat bawah ni. Kan macam pinang dibelah sepuluh tu. Sama cantik sama kacak.
Selepas melihat pasangan pengantin ni apa kata kita lihat pasangan yang lain pula. Buat masa sekarang ni mesti dah perasankan pakaian saya. Baju Khurta ni bukan sahaja pertama kali saya pakai dan pertama kali beli. Tapi pertama kali juga pakai baju bewarna pink. Tekad dan tidak ambil peduli apa orang kata saya pun pakailah time tu. Outputnya, memberansangkan. Kurang sikit je dari pengantin… hehe. Semua staff wanita pun nak bergambar dengan saya. Ha tengok, sorang-sorang tu nak bergambar.
Bersama Fazidah
Bersama Nadirah
Bersama Aien
Bersama semua, tak larat nak post satu2 gambar
Semua staff LCP yang memeriahkan majlis malam tu
Keseluruhannya memang happening sungguh majlis wedding ni. Tak kurang juga yang dah terfikir nak kahwin lepas ni. Yang masih single pula tak kurang ingin mencari. Walau apa-apa pun diharapkan Zaid dan Azi akan berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya. InsyaAllah
Alhamdullilah, selepas beberapa minggu balik dari company trip di Cherating bulan lepas masing-masing tiba-tiba macam semangat nak menari poco-poco. Pertama kali aktiviti menari poco-poco di Cherating terus dibawa-bawa sampai ke office. Dengan hasil undian berdasarkan respon orang ramao akhirnya kelas tarian ni dilakukan setiap minggu selepas office hour. Mula-mula tu masing-masing malu-malu kambing, tapi selepas beberapa orang start dulu semangat menari tu pun datanglah.
Menari di lobi office pun jadilah
Aien sebenarnya tengah malu ni
Sebenarnya poco-poco ni bukan saja di LCP telah menjadi ikutan, tapi dah lama dah sebenarnya di company lain lebih2 lagi badan kerajaan. Selain bersenam, poco-poco ni sangat menghiburkan. Stepnya bukan saja senang nak dihafal tapi boleh mengeluarkan peluh. Semasa saya menulis blog ni boleh dikata dah masuk bulan ke dua akitiviti menari ni dilakukan. Sekarang ni dah macam-macam jenis tarian yang kami explore. Saya pun bukanlah terer sangat, sekadar mengikut aje.
Nari sudah
Nell pun join ok
Cikgu Nurul ni, macam-macam tarian di reti buat
Macam-macam aksi pun ada
Kalau sempat dalam post selepas ini saya akan revealkan wajah cikgu besarnya pula. Tak sempat nak ambil untuk post ini. InsyaAllah kelas ni akan diteruskan dengan bantuan tenaga pengajar dari luar pula lepas ni. Hehe, mungkinlah.