Apa khabar semua. Kali ini saya nak kongsi 2 lagu yang saya pasti semua orang pun sudah tahu. 2 lagu yang sangat hits sekarang ni selain mempunyai cerita disebaliknya. Anang dengan SeparuhJiwaku pergi dan Kris Dayanti dengan Aku Wanita Biasa sangat menyentuh hati siapa-siapa yang mendengarnya. Kontrovesi perpisahan dorang ni memang tersebar banyak di laman web dan media-media lain. Ada yang menyelebahi Anang dan tak kurang juga yang berpihak kepada Kris Dayanti. Apa – apa pun saya sekadar meminati kedua-dua lagu ini sehingga telah menukar caller ringtone kepada lagu Anang. hehe…
Anang – Separuh Jiwaku Pergi
Kris Dayanti – Aku Wanita Biasa Anang – Separuh Jiwaku Pergi
Separuh Jiwaku Pergi Memang Indah Semua Tapi Berakhir Luka
Benar ku Mencintaimu Tapi Tak Begini Kau Khianati Hati Ini Kau Curangi Aku
Kau Bilang Tak Pernah Bahagia Selama Dengan Aku itu Ucap Bibirmu
Kau Dustakan Semua Yang Kita Bina Kau Hancurkan Semua
Kemunculan maskot Mei Mei, itulah yang menjadikan Suarasa kali ini sungguh meriah dan haru biru dibuatnya. Maskot Mei Mei yang pertama kali diturunkan ni nampaknya sudah dikenali oleh orang lain. Dari jauh lagi dah dengar orang jerit nama Mei Mei tapi bukan Mei Mei Norman Hakim. Nak dijadikan ceritanya pula, orang yang memakai Mei Mei ni agak nakal orangnya. Berlari ke sini, kacau orang tu, tinggalkan assistant maskot dan macam-macam lagi. Sampaikan kerenah dia ni dah diketahui oleh semua staff TV9. Kadang-kadangla tu sampai 2 orang assistant perlu untuk mengejar Mei Mei yang agak agresif ni. Apa – apa ianya sedikit sebanyak memang menghiburkan.
Maskot Mei Mei bersedia membuat penampilan
Upin, Mei Mei dan Ipin gabungan maskot di Suarasa Kedah
Upin & Ipin bersedia untuk lintas langsung
Staff TV9 dengan persiapan lintas langsungnya
Ramai sungguh pengunjung masa kemunculan maskot
Pengunjung adalah antara yang teramai
Dengan berbekalkan 3 set maskot ni iaitu Upin, Ipin, Mei Mei dan bersama 3 orang assistant (sorang setiap satu) serta sorang cameraman sekurang-kurangnya 7 orang yang terlibat bila membuat sesekali penampilan. Orang yang menyerbu ke arah maskot pula boleh tahan ramainya. Saya boleh labelkan antara yang crowd yang teramai disepanjang Suarasa ialah di Suarasa Kedah. Memang macam nilah setiap kali kami buat event di belah-belah utara. Tapi walaupun ramai, crowdnya masih terkawal. Selain membuat penampilan maskot di booth, sudah tentulah bawak jalan-jalan di sekitar tapak Suarasa. Sebenarnya ketika berjalan-jalan dengan maskot ni ialah moment yang paling seronok. Seronokpun kena jaga keselamatan maskot supaya takde orang pukul atau tarik. Selain tu kena juga guide orang maskot ni untuk mana. Yelah, orang kat dalam tu dah tak berapa nampakkan.
Meh jalan-jalan jap
Upin ni semayang kut
Bersama staff Celcom Berbaloi-baloi
Bergambar sebentar di booth Celcom
Wow, kat booth Celcom leh main PS3
Ye, maskot Mei Mei kali ni memang menarik perhatian ramai orang. Aksinya yang lincah membuatkan ramai bertanya kat saya “yang pakai dalam tu laki ke perempuan? ” Sebenarnya dalam sedar atau tidak, maskot Mei Mei termasuklah Upin & Ipin ni dah macam selebriti. Kalau bawak dorang ni ke mana-mana pasti mendapat layanan istimewa. Dan kalau berjalan bersama artis yang lain biasanya orang akan kejar maskot Upin & Ipin terlebih dulu. Pada belah malamnya pula, maskot-maskot ni dijemput naik ke pentas utama untuk membuat persembahan. Takdelah apa yang nak dipersembahkan sebenarnya, hanya mempersembahkan diri masing-masing sebelum selepas tu berlangsung tayangan filem Geng di skrin besar.
Mei Mei bersama adik kecil
Upin, Ipin dan Mei Mei ketika di pentas utama
Gelagat mereka di atas pentas pun menghiburkan orang ramai
Ok, cukuplah cerita pasal maskot ni. Kalau saya sibuk berperang bersama-sama team maskot yang lain, krew-krew sales yang lain pun tidak kurang sibuknya. Yelah, stock sebanyak 2 lori ni pertama kali di bawa ke Suarasa. Memang tak lengang tangan booth jualan sentiasa sibuk dengan kunjungan peminat setia Upin & Ipin. Biasanya crowd akan ramai selepas selesai sesebuah penampilan maskot. Semuanya bukan sahaja dijual dengan harga murah tapi semuanya memang sukar nak didapati di belah-belah utara ni. Yang paling penting sekali ialah semuanya ORIGINAL!. Mari kita lihat beberapa gambar orang kuat disebalik jualan-jualan di Suarasa Kedah ni.
Amin, Juan, Afiq dan Abg Sazali antara lelaki gagah yang melayan pengunjung di booth
Cima promote apa tu?
Selain sibuk dengan tugas masing-masing, sudah tentulah sibuk dengan bergambar. Sempat jugak curik gambar Syarifah Nur dan Khusna semasa dorang ni sibuk membeli/tengok je rantai tahi bintang yang tengah dijual di dalam booth rehat. Harganya boleh tahanla jugak, jadi saya tengok aje la apa yang dorang tengok tu. Selain tu, terserempak dengan Dafi yang akan membuat persembahan pada malamnya nanti. Ambik gambar sudah.
Syarifah Nur tengah nak beli tahi bintang apa ntah
Akhirnya selesai sudah Suarasa satu tahun ni. InsyaAllah akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan perancangan yang lebih teratur. So far, Suarasa di Kedah ni akan saya ingat sebagai Suarasa yang menurunkan team terbesar dan semuanya terbesarlah. Saya pun dah kurang join event sekarang ni. Mungkin selepas ni saya boleh kongsi mengenai projek terbaru iaitu Majalah Komik Upin & Ipin. Ha, tunggu!
p/s : dah biasa drive jauh-jauh kalau weekend duduk saja rasa sangap pulak.
Apa kabar semua? Nampaknya Suarasa Kedah yang dah lama berakhir ni baru je sempat saya tulis di blog ni. Suarasa di Kedah yang merupakan kemuncak dan Suarasa terakhir pada tahun ini menjadi destinasi krew Upin & Ipin kali ini. Bertempat di Alor Star perjalanan kali ini memakan lebih kurang 5-6 jam. Dengan berkonvoykan 2 kereta dan 2 buah lori, boleh dikatakan team kali ini merupakan team terbesar yang pernah diturunkan disesebuah Suarasa. Bila dah terlalu ramai orang macam ni, jadi masing-masing kenalah berhati-hati. Lebih-lebih lagi semasa memandu. Cakap pasal berhati-hati ni, boleh pula kami terserempak dengan sebuah kemalangan kecil semasa di dalam perjalanan. Sebuah kereta telah hilang kawalan dan termasuk ke dalam longkang. Tapi semuanya selamat. Selain tu, kami juga kerap berehat di tol ataupun R&R kerana menunggu lori yang jauh tertinggal di belakang. Apa-apa pun yang penting keselamatan harus diutamakan.
Hati-hati dengan speed limit
Kemalangan yang berlaku semasa perjalanan
Asal berehat je amik gambar
Suasana ketika berehat di tepi tol
Setelah penumpang kereta saya cukup 5 kali tidur 5 kali bangun akhirnya sampailah ke destinasi. Memanglah tersangat penat, lebih-lebih lagi kena menunggu lagi lori yang tertinggal di belakang. Kesempatan ini kami ambil untuk menikmat pemandangan sekali gus mengambil gambar untuk kenangan. Sekelip mata saja sudah boleh nampak bertapa luasnya sawah padi yang terbentang indah.
Antara yang sempat bergambar sementara menunggu lori
Perjalanan yang penat tu tadi disambung pula dengan objektif kedua iaitu kena setup barang di booth. Setup ni wajib supaya memudahkan kerja kami esok hari. Sekali lagi walaupun sepatutnya tidak perlu menunggu lori kerana jarak konvoy yang dekat tapi oleh kerana lori dibelakang sesat kami terpaksalah menunggu sekali lagi kali ini di booth pula. Taknak membuang masa kami masing-masing bermain dengan probs yang ada di set pondok-pondok. Bukan selalu pun buat macam ni. Biasanya budak-budak je yang boleh main-main macam ni. Akhirnya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, proses setup barang ni selesai lebih kurang pukul 10 malam. Masing-masing yang dah kelaparan tahap beruang tu berpakat untuk makan malam Nasi Kandar di kedai yang sangat terkenal di sini (dah lupa nama). Oleh kerana terlalu sibuk makan, jadi takdelah pulak gambar semasa makan.
Bergambar sekali sekala dengan signboard Pondok-pondok
Dah penat ke? Belum lagi la. Lepas je check in ke Hotel, kami seperti biasa mesti membuat penampilan istimewa untuk maskot. Kali ini kami membawa maskot extra dan terbaru iaitu Mei Mei. Selepas masing-masing mandi dan berehat, orang yang istimewa dan terpilih sahaja dipakaikan maskot. Walaupun jam dah menunjukkan pukul 12, semangat kami untuk membuat penampilan istimewa ini masih berkobar-kobar. Si pemakai maskot pula ialah orang yang biasanya tidak memakai maskot.
Yay, mari sergah orang hotel ni
Penampilan pertama Mei Mei
Upin keluar dari lif
Staff hotel ni pun peminat Upin & Ipin
Mei Mei dan Ipin menjaga kaunter hotel sekejap
Ipin, Mei Mei dan Upin bersedia untuk esok hari
Ha macam tulah ragam ketika maskot dimunculkan di ruang lobby hotel. Oleh kerana waktupun dah lewat jadi taklah ramai sangat yang ingin bergambar. Nantikan apa yang akan dilakukan oleh kami pada keesokkan hari di Suarasa Kedah nanti. Apa pendapat orang ramai mengenai maskot Mei Mei yang pertama kali diturunkan ni? Macam mana dengan sambutan Suarasa kali ni jiga dibandingkan dengan Suarasa yang lain? Ha semuanya selepas ini.
p/s : dalam banyak-banyak suarasa, suarasa ipohlah yang saya paling enjoy
Assalamualaikum, ini merupakan event selepas seminggu tamat hari raya walaupun namanya ialah Jamuan Rakyat Aidilfitri. Mungkin kerana perancangan yang telah dilakukan lebih awal jadi ianya diteruskan juga. Jamuan Rakyat yang dianjurkan oleh wakil rakyat daerah Lenggong, Perak YB Dato’ Shamsul Anuar ini merupakan jamuan khas untuk penduduk sekitar Lenggong dan kehadiran team Upin & Ipin sedikit sebanyak menyemarakkan lagi kemeriahan jamuan ini.
Banner Jamuan Rakyat
Maskot Upin & Ipin bersedia dipersembahkan
Upin & Ipin dikerumuni peminat
Jamuan Rakyat ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk setempat tapi juga dari kawasan yang jauh dan jumlah keseluruhan pengunjung pada jamuan tersebut dijangkakan sekitar 10 ribu orang. Begitu ramai dan meriah, setiap kali kemunculan maskot menjadikan luar legar berhadapan dengan dewan menjadi sesak dan sempit. Bantuan Anggota Rela mengiringi maskot sedikit sebanyak mengawal kesesakan yang berlaku. Separuh hari di sini dengan kemunculan maskot lebih 5 kali cukup memenatkan kerana cuaca pada hari tersebut agak panas terik. Namun melihatkan kepuasan dari pengunjung yang dapat bergambar bersama-sama dengan watak kegemaran semua penat lelahh seolah-olah terbayar.
Antara suasana sesak ketika kemunculan maskot
Bergambar bersama dengan AJK serta Anggota Rela
Bersama semua krew Upin & Ipin
Semua AJK dan krew yang terlibat dengan jamuan ini sangatlah memberi kerjasama diluar jangkaan teruma sekali anggota Rela yang rela menemani dan melayan kerenah kami. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Walaupun perjalanan ke Lenggong ini agak jauh, namun saya berasa keseluruhan event di Lenggong amat menarik dan berjaya. Sambutan tak putus-putus dari penduduk setempat menyebabkan produk Upin & Ipin habis lebih awal dari yang dijangkakan.
Adik ni la yang asyik minta barang free
p/s : macam tak cukupt masa nak update blog.. huhu
Okay, bersambung lagi dengan bahagian ke 2 dalam Cuti – cuti ke Cherating. Kali ni saya akan kongsi mengenai destinasi pertama yang sememangnya telah dirancang dari awal lagi. Kuala Gandah yang menempatkan sebilangan gajah dari pelbagai negara ini menjadi lokasi persinggahan semua krew Upin & Ipin. Kenapalah agaknya destinasi ini yang menjadi pilihan ye. Sebenarnya selain di sini terdapatnya faktor tarikan tersendiri, antara sebab lain ialah ingin merasai pengalaman memandikan gajah. Namun, oleh kerana beberapa masalah tak dapat la pulak nak mandikan gajah. Jadi masing-masing kenalah mandi sendiri di bilik hotel nanti.
Saf tak sabar nak mandikan gajah
Ah Wei gembira sampai
Walaupun tak dapat memandikan gajah, aktivit tersebut digantikan dengan menaiki gajah. Oleh kerana tiket untuk menaiki gajah adalah terhad, jadi tak semua berpeluang untuk menaiki gajah. Hanya orang-orang yang handsome saja dikatakan berpeluang berbuat demikian. Tempat aktiviti bersama gajah pula memerlukan kita berjalan kaki sedikit ke dalam. Berikut ialah antara gambar ketika melawat gajah-gajah di sini.
Masing-masing berpeluang menaiki gajah
Hasan bersedia menaiki gajah nanti
Papan tanda aktiviti bersama gajah
Berjalan ke dalam ruang aktiviti bersama gajah
Sebenarnya selain memandikan gajah, aktiviti utama di Kuala Gandah ni sudah tentulah melihat gajah dari dekat. Gajah yang didatangkan dari pelbagai negeri dan negara ni sememangnya sudah bersedia menyambut kedatangan kami. Bergambar sambil memberi makan tebu juga merupakan diantara aktiviti sambilan yang boleh dilakukan di sini. Seperti tidak pernah melihat gajah masing-masingpun mengerumuni gajah-gajah sambil memegang mana-mana bahagian gajah yang sempat.
Antara gajah yang bersedia diberi makanan
Pegang-pegang gajah
Atok bersama gajahIda Shaheera bersama Sarah
Yuki bersama gajah
Adam bersama gajah
Antara yang menarik perhatian saya ialah bila Aunty Fiza memberikan pendapat dia mengenai sebab mengapa sebenarnya kami di bawa ke sini. Ye lah, dalam banyak-banyak binatang kenapalah perlu melawat gajah? Jawapan yang diberikan ialah kerana kita perlu ataupun boleh mengkaji sifat-sifat gajah itu sendiri dalam setiap kerja yang kita amalkan. Gajah biasanya akan bekerja di dalam kumpulan yang besar. Tak kira sebesar mana pula kumpulan tersebut, biasanya akan ada seekor ketua yang bertanggung jawab mengetuai kumpulan tersebut. Ketua amat penting di dalam sesebuah kumpulan bagi memastikan kejayaan atau kemusnahan kumpulan tersebut. Gajah juga sekiranya siapa tahu, di antara binatang yang tidak mudah lupa dengan apa yang pernah dilaluinya. Begitulah juga kita di dalam kerja masing-masing tidaklah melupakan asal usul kita bila dah berjaya pada satu hari nanti. Begitulah lebih kurang sifat-sifat gajah yang sepatutnya kita sebagai manusia ambil dan kaji.
Ketika aktiviti menaiki gajah
Juan, Ash dan Faren pun menaiki gajah
Fazidah, Salina dan Aien pun naik juga
Antara krew yang bergambar
Baru selesai update tak sampai sehari untuk cuti-cuti ke Cherating ni. Masih banyak lagi yang nak dikongsi. InsyaAllah bahagian ke 3 akan menyusul nanti. Kepada siapa-siapa pembaca blog ni yang ada pengalaman ke Kuala Gandah juga boleh la berkongsi dengan saya nanti.
Oklah kita bersambung dengan bahagian ke-2 untuk topik Majlis Aidilfitri Upin & Ipin. Kali ni ianya lebih kepada nak berkongsi mengenai baju raya yang dipakai oleh mostly staff LCP. dan tetamu yang hadir. Konsep yang dicadangkan adalah glamor raya. Glamor atau tidak? Mari kita lihat.
Bersama Kak Ros
Bersama Upin & Ipin
Kak Ros ataupun Ida Shaheera ni seingat saya dia jarang mengenakan baju kurung selain baju kebaya putihnya. Kali ni Kak Ros berbaju kebaya dengan batik merah ni yang terus membuka mata ramai orang. Lebih-lebih lagi Kak Ros ini ditugaskan sebagai pengacara pada hari tersebut, jadi baju merahnya ini memang menyerlahkan lagi gaya penampilannya. Kak Ros yang kecik saja orangnya ni secara keseluruhannya nampak comel dan dengan stail baju kebayanya itu. Fathiah pula, walaupun mengenakan baju kurung ringkas berwarna ungu, namun ramai yang tidak tahu bahawa baju raya Fathiah ni biasanya sedondon dengan seisi keluarga.nya Ini termasuklah dari adik, ayah, mak sehinggalah kepada atok dan neneknya. Yang lebih membuatkan saya kagum, tahun ini mereka ada lebih kurang 5 pasang baju raya dan semuanya adalah sedondon.
Bersama Opah
Shima bersama Iman
Bersama Ain (Adik di 9)
Opah pula mengenakan baju kurung bewarna hitam. Walaupun nampak ringkas, tapi saya pasti harga baju tu bukanlah murah. Mungkin, Opah memilih warna hitam kerana tidak mahu terlalu menonjol dikhalayak ramai. Iman, peminat kecil yang pasti akan muncul di mana-mana event Upin & Ipin pula memakai baju melayu teluk belanja bewarna biru laut. Iman yang kuat berlari ke sana ke mari akhirnya terpaksa bersalin kepada pakaian yang lebih ringkas diakhir majlis. Kesian Iman . Adik Ain dari Adik di 9 pula, tampil dengan kebaya ala-ala orang dewasa. Mungkin dengan penampilannya yang sebegini menampakkannya lebih matang. Apa-apa pun baju Ain memang cantik la.
Peminat kecil yang comel
Bersama Wana (My Star LG)
Kalau keluarga Fathiah biasanya sedondon, keluarga Awish juga tidak mahu mengalah. Juga berkonsepkan warna ungu, satu keluarga sepakat memakai pakaian yang sama. Comel, berbaju melayu dengan kopiah kecil, Awish lincah berjalan ke sana ke sini. Masih berkonsepkan warna ungu, Wana pemenang My Star LG yang juga turut hadir mengenakan baju kurung moden yang nampak anggun. Tak nak komen banyak, memang dia nampak outstanding pada hari tu. (Abaikan Adam di belakang tu). Manakala Yuki pula merupakan salah seorang staff chinese yang berani memakai baju kebaya. Rasanya dia baru beli ni, sebab tak pernah nampak dia pakai baju ni sebelum ni. Apa-apa pun syabas la sebab Yuki berani tampil macam ni dan penampilan Yuki sebegini memang sesuai dengan imej dia.
Bersama Yuki aka Mei Mei
Bersama Upin & Ipin
Akhir sekali sudah tentulah yang paling glamor Upin & Ipin sendiri. Pertama kali muncul dalam baju raya macam ni nampak lain sedikit tetapi pada masa yang sama nampak sedikit formal. Baju raya ni nampak sahaja ringkas tapi kos untuk sepasang baju ni boleh tahan juga. Harap-harap selepas ni Upin & Ipin boleh ada baju lain pula. Mungkin baju angkasa lepas? baju lanun? baju bola sepak? ataupun baju tidur? hehe. Kita tunggu aje la.
p/s: Ok ke komen2 baju orang ni? ke nak komen baju orang lain pulak?
Assalamualaikum, kalau orang lain buat open house sudah tentu Upin & Ipin sendiri tak nak melepaskan peluang nak buat jugak. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi semasa sejak proses persediaan awal lagi, namun keseluruhan Majlis Aidilfitri ni berjalan dengan lancar. Bukan mudah nak tetapkan tarikh yang sesuai kerana kesibukkan kerja dan jadual staff yang ketat. Saya yang bersedia seawal 8 pagi di tempat letak kereta mula risau dengan awan mendung yang perlahan-lahan menutup sinaran matahari yang baru mula ingin menerangi kawasan khemah yang separuh siap.
Antara penyambut tetamu pada hari tersebut
Shahmi bersama Juan
Awan mendung akhirnya menurunkan muatannya sekitar pukul 9pagi dan menyebabkan persiapan tergendala seketika. Berkat kesabaran wargakerja LCP, hujanpun semakin reda sekitar pukul 10pagi dan bermulalah kerja-kerja pengurusan majlis. Rata-rata tetamu yang datang dengan meriahnya mengenakan pakaian raya yang sudah tentunya ceria dan menawan. Walaupun majlis bermula agak lewat dari jadual, namun rata-rata tetamu berpuas hati dengan persembahan yang telah disediakan. Gandingan hos yang pertama kali diketemukan, nampak sedondon memilih pakaian merah sebagai penyeri majlis. Afiq dan Kak Ros bukan sahaja mengendalikan keseluruhan majlis namun sempat juga bergurau senda dengan tetamu sambil berborak santai. Selain itu, penampilan pelakon suara seperti Fizi, Ehsan serta Upin & Ipin sememangnya antara aktiviti pembuka acara yang dinanti. Antara permainan yang sempat diselitkan ialah “makan batang buruk tanpa menggunakan tangan”. Bagaikan sukaneka, kebanyakkan tetamu bersorak semasa pertandingan dilangsungkan.
Fathiah, Shahmi bersama Afiq antara hos utama
Suasana ketika aktiviti diadakan
Permainan mendapat perhatian adik-adik
Unik makan batang buruk tanpa menggunakan tangan
Menu makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga merupakan antara yang istimewa. Selain hidangan utama hari raya seperti ketupat dan rendang, roti jala serta cucur istimewa lawang menjadi pembuka selera. Tetamu selain dikumpulkan dari kelab peminat , tetamu juga kebanyakkannya datang dari rakan media. Media seperti TV9, Utusan, Metro dan lain-lain selain dapat bersama-sama bergembira dapatlah juga mencari isi untuk penulisan terkini.
Lemang antara hidangan utama
Faiz sedang berborak dengan Opah
Team berbaju merah… Go Red!
Abang cameraman begitu komited dengan kerjanya
Kevin dan Yuki, bagai limau mandarin dibelah dua
Izdiany dan Kila dari design team berseri berbaju raya
Seperti biasa penampilan maskot menjadi acara klimaks di mana-mana event. Maskot Upin & Ipin yang pertama kali dipersembahkan dengan baju raya masing-masing ni bagaikan pengantin yang diserbu orang ramai. Baru sahaja menjejakkan kaki dan tak sempat lagi melangkah ramai adik-adik yang sudah mula menerjah maskot kembar ini. Ada juga yang keliru antara Upin & Ipin kerana jambul Upin sudah pula tertutup dengan songkok. Upin dapat dikenal pasti dengan warna baju kegemarannya iaitu kuning dan manakala Ipin disebaliknya. Mungkin ramai yang tidak tahu di mana, maskot Upin & Ipin yang berbaju melayu ini lebih sukar dipakai kerana peralatan seperti songkok yang berat serta baju melayunya yang sangat tebal. Tapi bak orang tua-tua selalu berkata, “biarkan panas, asalkan bergaya”.
Nell sedang membantu Upin
Atok bergambar bersama Upin & Ipin
Faiz dan Zaid
Majlis yang tamat sekitar pukul 2 t/hari ini secara keseluruhannya berjaya membuat peminat Upin & Ipin terhibur. Walaupun begitu, sudah pasti masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kelab peminat Upin & Ipin yang hadir walaupun berlaku kelewatan sedikit dalam permulaan majlis. InsyaAllah di masa akan datang kita akan memperbanyakkan lagi aktiviti bersama kelab peminat Upin & Ipin.
Shima dan Nurul
Fazidah dan Nell
Semua staff LCP yang telah bekerja keras untuk majlis aidilfitri ini
Terima kasih juga kepada semua staff LCP kerana telah turun untuk memberi sokongan terhadap majlis ini. Selepas ini saya akan sambung bahagian ke 2 topik ini tetapi akan lebih memfokus kepada isu lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri~
Saya sangat suka bertandang ke Pesta Konvo, bukannya apa cuma setiap kali nampak pelajar berjubah konvo teringat masa belajar dulu. Memang seronok masa zaman belajar dan tak perlu fikir pasal masalah kerja ataupun duit. hehe… Pesta Konvo UTeM ni pula antara Konvo yang sememangnya saya nantikan. Antara sebab utamanya ialah lebih kurang 5-6 staff LCP sendiri merupakan graduan UTeM dan akan berkonvo masa tu. Jadi, selain berevent di situ idea asalnya dapatlah tengok mereka ni berkonvo. Namun oleh kerana hari event kami dan konvo mereka ni berbeza, jadi hajat tercapai.
Maskot Upin & Ipin di banner besar Pesta Konvo
Kakak polis pun nak bergambar dengan Upin & Ipin
Walaupun Pesta Konvo ini tidaklah sebesar konvo UTM yang saya pernah pergi dulu, tetapi sebagai permulaan ianya boleh dikatakan berjaya. Lebih-lebih lagi lokasi konvo UTeM ni merupakan kawasan baru dan ini merupakan batch pertama yang berkonvo di sini. AJK Pesta Konvo UTeM yang membantu kami iaitu Taufiq, dengan tabahnya melayan kami sejak dari malam sebelum mulanya konvo lagi. Sememangnya ketabahan saudara Taufiq ni terserlah dengan kerenah kami yang ingin menukar-nukar masa penampilan maskot.
Adik-adik tadika yang gembira berjumpa maskot
Bergambar dengan Upin & Ipin
Walaupun, perjalanan Pesta Konvo sedikit diganggu dengan sedikit hujan namun semuanya berjaya diubah dari idea asal mengikut kesesuaian. Penampilan maskot muncul di dalam tapak Pesta Konvo buat beberapa kali dan kemunculannya disambut dengan riang termasuklah dari AJK Pesta Konvo sendiri. Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disamping tampil di dalam sesi kuiz yang berjaya mengumpulkan ramai peminat walaupun di dalam hujan renyai-renyai.
Terima kasih daun keladi kepada semua AJK Pesta Konvo UTeM yang kebanyakkannya saya rasa pertama kali menguruskan event sebegini. Jangan takut dan segan kerana ianya barulah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar. Terima kasih kepada Taufiq dan Topo kerana membantu kami semasa di sana. InsyaAllah jumpa lagi nanti.
p/s : teringat pernah berkenalan dengan seorang AJK Pesta Konvo di UTM dulu dan sekarang dia dah jadi rakan sekerja. Menarik bukan~
Alhamdullillah, walaupun seperti begitu lama tak update blog ni dah nampak sarang labah2 sikit ni, namun hari ni sempatlah jugak saya meluangkan sedikit masa. Boleh dikatakan open house pertama yang pergi tahun ni oleh kerana raya tahun ni tak sempat nak berjalan ke mana sangat. Open house di rumah Atok Ranggi aka Tn Hj Burhanuddin ni menjadi pembuka segala open house yang lain saya sertai. Dilangsungkan pada hari berkerja, kunjungan semua staff LCP ke rumah besar ni dimulakan seawal 5 petang.
Antara jejaka kacak LCP
Akob dengan pilihan hatinya
Antara 2
Gadis Melayu termasuk gadis-gadis lain di LCP
Menu makanan yang pasti sedap ni merupakan contact catering lama yang sememangnya telah diperakui kesedapannya. Menu utama seperti kambing panggang ni, membuatkan masing-masing tak senang duduk. Oleh kerana pada bahagian petang merupakan segmen khusus untuk staff LCP saja jadi sesi makan pun begitu santai dan tidak perlu berebut. Jadi sambil makan, sambil bergambar. Masing-masing yang turut hadir dengan baju raya masing-masing sedikit sebanyak menambah mood hari raya. Bayangkan kebanyakkan staff LCP ni sanggup membawa baju raya masing-masing dan bertukar semata-mata untuk ke open house rumah atok ni.
Ketika sesi makan
Yuki dengan pose “cute”nya
Faizu dan Haris beradu kekuatan
Saya dan Salina baju macam sama Ek!
Bersama Kak Ijan pula
Awei bersama makanannya
Oklah, saya simpan post yang lain untuk post Majlis Aidilfitri yang telah dilangsungkan sempena Kelab Upin & Ipin. Tapi apa-apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Atok dan Opah kerana telah mengadakan rumah terbuka sebegini. Pertama kali diadakan di rumah baru ni, sememangnya memberi suasana yang best dan santai. Kalau tahun-tahun lepas Atok hanya buka khemah di depan rumah iaitu di kaki jalan rumah Atok, tapi kali ni khemah tu sendiri di dalam halaman rumah Atok. InsyaAllah rezeki Atok akan bertambah lagi. Saya pun akan buat macam tu satu masa nanti bila dah ada halaman yang luas sikit.
Ha, sehari sebelum masing-masing bercuti sempatlah juga bergambar bersama maskot Upin & Ipin dengan baju melayu mereka yang baru. Akhirnya tahun ni dapatlah jugak Upin & Ipin beraya dengan baju baru. Walaupun tidak merancang sesi bergambar bersama-sama di hadapan studio Les’ Copaque namun suasananya tetap ceria. Sesi bergambar yang mengambil masa lebih kurang 30 minit ini tidak kurang juga mengundang pengunjung dari luar yang secara kebetulan lalu di situ untuk turut bergambar.
Jalan-jalan depan office pun kena serbu
Memandangkan sesi bergambar ini berlaku pada hari Jumaat jadi memang sesuai sangatlah kebanyakkan staff LCP pada masa tersebut telah merancang untuk berbaju melayu dan baju kurung. Dapat tak bezakan mana satu Upin dan mana satu Ipin? Ipin mestilah yang berbaju biru manakala Upin yang lebih comel pula berbaju kuning. Kalau tak percaya nanti kita buka songkok dia.
Upin dan Ipin bersedia untuk bergambar
Ni gelpren Upin & Ipin rupanya
Ni pula antara anak-anak dara Les’ Copaque
Oleh kerana ini merupakan kali pertama Upin & Ipin berbaju melayu jadi kebanyakkan staff memang tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai aksi dan camera angle. Tak kurang juga yang ingin mencuba sendiri songkok Upin & Ipin yang bersaiz 3XXL tu. Aksi masing-masing yang bagaikan kanak-kanak 10 tahun ini hanya dapat disaksikan di dalam sesi ini sahaja. Kesian maskot kat dalam tu, tentu penat maklum la masa ni masih dalam bulan puasa. Namun oleh kerana inginkan masing-masing bergembira saya pasti orang di dalam maskot tersebut mampu bertahan lama.
Upin bersama staff LCP
Hasan dan Adam mencuba songkok Upin & Ipin
Bergambarlah lagi
Melawan perut siapa lagi buncit
Tak kurang juga beberapa pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Yelah, bukan senang nak berjumpa dengan maskot ni. Memang langkah kanan betul bila kebanyakkan pengunjung yang sebenarnya nak ke World Of Geng terserempak dengan maskot Upin & Ipin. Apa lagi peluang datang hanya sekali.
Pengunjung sanggup memberhentikan kereta untuk bersalam
Wow, lompat sudah.
Semua staff LCP bergambar di hadapan studio
Malang kepada staff LCP yang sudahpun balik ke kampung halaman pada masa ni. Melihat gambar-gambar ni di blog dan facebook pasti menambahkan lagi kekecewaan mereka. Tapi takpe, sebab InsyaAllah nanti kita akan anjurkan Rumah Terbuka Upin & Ipin. Bila tu? Tunggu la ye…