Category - Uncategorized

Berbuka di 4 Happy Seasons

Kuih raya dah semakin berkurangan, budget angpau yang dah semakin susut dan dah semakin terlupa tarikh dan hari merupakan tanda-tanda iaitu sudah puas beraya. Walaupun sekarang ni dah masuk raya ke 3 tapi saya masih hutang beberapa post mengenai bulan puasa yang lepas. Saya selesaikan dulu post mengenai beberapa majlis berbuka puasa lagi dan selepas itu barulah kita masuk mengenai post Raya. 4 Happy Seasons destinasi berbuka kali ini yang terletak di kawasan Wangsa Maju merupakan jembutan oleh wakil Karangkraf untuk membawa Upin & Ipin berbuka puasa bersama-sama disamping meraikan anak-anak yatim.

Suasana berbuka puasa

Majlis ni juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang artis iaitu Farawahida, Amir (Ukays) dan Haziq (Syurga Cinta). Yang menariknya ialah si Haziq yang masih berumur 9 tahun ni sangat petah bercakap dan penat nak layan. Dia ni juga yang sangat agresif dan tak segan dengan siapa-siapapun bercerita mengenai sambungan filem Syurga Cinta yang akan ditayangkan nanti. Saya yang terpaksa melayan dia terfikir sekejap; ” Nasib baik Teah tak macam ni. Kalau tak lagi letih “. Tapi Haziq ni memang memang peminat Upin & Ipin. Mananya tidak, sewaktu pengacara menjemput mana-nama kanak-kanak untuk menanyakan soalan kepada Upin & Ipin, dialah dulu yang berlari dari jauh sambil menjerit sekuat hati.

Farawahida antara artis jemputan
Layan je la Haziq berborak

Ambik gambar sudah

4 Happy Seasons ni sebenarnya merupakan restoran baru yang berkonsepkan 4 season. Tempat makanannya yang cantik dan dihias dengan begitu menarik sekali boleh dijadikan sebagai salah satu faktor menarik di sini. Owner restoran ni selain ingin meraikan anak-anak yatim, beliau juga berhasrat untuk mempromosikan restoran ini yang mengamalkan jenis makanan untuk pelbagai kaum. Hmm, lepas2 raya ni boleh la singgah-singgah lagi. Harap-harap boleh dapat diskaun.

Adik kepada Haziq yang comel

Nurul yang geram dengan adik perempuan ni
menawarkan aiskrim sebagai habuan

Upin & Ipin bergambar bersama – sama

Haziq bersama Upin & Ipin.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan sebenarnya agak ringkas tapi sudah cukup untuk memudahkan media yang datang pada malam tersebut. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh ambik idea dan konsep untuk menganjurkan sebarang majlis makan-makan di Geng’s Corner selepas ini nanti.

 1,083 total views

Berbuka di Geng’s Corner bersama Upin & Ipin

Nampaknya saya berhasrat nak selesaikan semua entry mengenai berbuka puasa sebelum habis bulan puasa iaitu esok. Ok, kali ni berbuka puasa di Geng’s Corner anjuran bersama Les’ Copaque merupakan salah satu acara yang telah dirancang untuk menghargai peminat Upin & Ipin selain mempromosikan DVD Geng : Pengembaraan Bermula yang baru sahaja mula dijual dipasaran.

Suasana diluar Geng’s Corner sebelum berbuka puasa

Saya emcee sementara bersama Afiq

Sebenarnya ni merupakan kali pertama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk peminat Upin & Ipin di Geng’s Corner. Maklumlah, waktu berbuka puasa yang singat agak sukar untuk anjurkan pelbagai aktiviti. . Penjualan DVD Geng diadakan dengan harga promosi yang sangat murah. Selain dari itu disediakan juga ruangan untuk tayangan Upin & Ipin serta GENG yang diadakan mengikut slot masa tertentu.

Salina, Faiz dan Shiela bersedia menjual DVD

Antara peminat kecil yang menonton tayangan Upin & Ipin

Antara staff yang bersiap sedia sebelum acara
dan majlis berbuka bermula

Selepas waktu berbuka pula sempat juga menampilkan pelakon suara Kak Ros serta Upin & Ipin pada malam tersebut. Rata-rata pengunjung yang sememangnya warga Shah Alam ini sedikit sebanyak dapat juga beramah mesra dengan pelakon-pelakon suara yang ada. Aktiviti ringkas seperti kuiz dan games diadakan untuk memeriahkan lagi acara. Saya begitu terkejut dengan respon pengunjung pada malam tersebut yang agak sedikit hyper tapi sporting.

Ida Shaheera dan Fathiah

Peminat yang menyaksikan persembahan

Ketika aktiviti jualan DVD rancak diadakan

Antara peminat yang bergambar dengan maskot Upin & Ipin

Semua staff Geng’s Corner bergambar bersama Upin & Ipin

InsyaAllah selepas ini akan dianjurkan pula Majlis Hari Raya Upin & Ipin. Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan mohon maaf di atas kekurangan dan kesilapan. Terima kasih juga kepada semua staff LCP yang bertungkus lumus sejak dari awal petang untuk memastikan perjalanan majlis in berjalan dengan lancar.

 1,794 total views

Berbuka bersama TM di Sheraton Imperial

Satu lagi jemputan berbuka yang sempat saya ikuti selain membawa maskot Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa. Kali ini anjuran TM Global, lokasi berbuka puasa ialah di tengah-tengah bandar KL iaitu di Hotel Sheraton Imperial. Terpaksa mengharungi kesesakkan lalu lintas dan memandangkan kami dari event yang berbeza di sebelah paginya. Masing-masing sudah terlalu penat bercampur gembira dari event sebelum ini mengambil peluang kesesakkan lalu lintas ni untuk berehat sekejap. Selain dari team maskot Upin & Ipin, kali ini juga kami ditemani oleh Fathiah serta mamanya yang juga amat teruja selepas selesai dari event pagi tadi.

Nak amik jalan mana ni


Fathiah yang terlalu penat sampai tertido

Tapi tiba-tiba terjaga bila sesi bergambar di dalam kereta

Kebiasaanya kemunculan maskot Upin & Ipin akan dilangsungkan pada sebelum waktu berbuka dan selepas solat maghrib. Pada majlis ini, kanak-kanak dari beberapa rumah anak yatim menjadi jemputan utama untuk memeriahkan malam tersebut. Masing-masing yang pertama kali berjumpa dengan idola mereka ini kebanyakkan terdiam dan hanya tersenyum bersalaman dengan maskot Upin & Ipin. Kemunculan Adik Nurfathiah juga membuatkan mereka teruja setelah mendengar suara comel Upin & Ipin keluar dari mulut Fathiah.

Upin & Ipin ketika di pentas

Fathiah ketika ditemubual

Suasana ketika jamuan berbuka

Kanak – kanak dari rumah anak yatim
bergambar bersama-sama Upin & Ipin


Diberikan cenderamata

Selain dari kemunculan Upin & Ipin, majlis ni juga dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Adibah Nor dan AC Mizal. Saya pertama kali berjumpa dengan Adibah Nor terasa senang dengan sikapnya yang begitu merendah diri. Sempat juga dia mengusik penonton di pentas memberitahu bahawa dialah “Penyanyi Terbesar Di Malaysia”. Begitu juga dengan AC Mizal yang menari bersama maskot Upin & Ipin di atas pentas yang berjaya membuat kebanyakkan penonton terhibur.

Adibah Nor ketika menyanyi lagu Raya di pentas

AC Mizal begitu pandai menarik bersama Upin & Ipin


Aizura, wakil TM


Zarin dan Afiq, bersedia mengeluarkan maskot

Bergambar bersama AC Mizal, Sempoi

Bersama 1 team yang menjayakan program ni.
Dari kiri Awal, Zarin, Farish, Fathiah, Afiq dan Kak Lin

Secara keseluruhannya saya sangat berterima kasih kepada TM Global kerana menjemput Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Bukan sahaja kerana makanannya yang sedap, tapi sekali sekala dapat berjumpa dengan kanak-kanak khususnya kanak-kanak dari rumah anak yatim sebegini membuatkan kita sedar dan sentiasa bersyukur. Alhamudullilah~

 1,608 total views

Keberkatan Suarasa Klang

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Suarasa dianjurkan pada bulan Ramadhan. Bersesuaian dengan bulan yang mulia ini, Suarasa diadakan di dalam konsep yang sedikit berbeza. Ianya bukan sahaja diadakan diperkarangan masjid namun aktivitinya juga diterhadkan dan bersesuaian dengan tema bulan Ramadhan. Tapak Suarasa di dalam masjid ini walaupun tidaklah berapa besar, namun sudah cukup untuk melengkapkan program Suarasa kali ini. Bermula sekitar pukul 2 tengahari dan berakhir sekitar 3 pagi, Suarasa kali ini memang lain dari yang lain.

Masjid di Klang menjadi lokasi Suarasa kali ini

Aktiviti rutin kami sudah semestinya penampilan istimewa Upin & Ipin. Penampilan maskot yang dihadkan kepada beberapa minit sahaja kadang kala menjadi tumpuan orang ramai dan seolah-olah tidak mencukupi. Oleh kerana kawasan tapak yang tidaklah begitu luas, sempat juga saya membawa maskot ronda-ronda kawasan tapak untuk beberapa kali. Mungkin di dalam suasana berpuasa, jadi kebanyakkan peminat yang ingin bergambar adalah di dalam keadaaan terkawal dan teratur.

Upin & Ipin bergambar di backdrop besar Suarasa

Maskot diserbu orang ramai

Ronda-ronda dengan Ipin

Upin & Ipin mengacau dodol

Peminat Upin & Ipin yang terkejut dengan kemunculan maskot

Selain dari itu, beberapa personaliti TV9 juga turun padang untuk memeriahkan Suarasa kali ini. Di antaranya ialah Ustaz Zamri yang sangat terkenal dengan rancangannya iaitu “Ustaz Zamri Bercerita”. Ustaz yang kebiasaanya bercerita di studio, kali ini membuat kelainan dengan bercerita secara live kepada kanak-kanak di sini. Selain itu, booth TV9 juga diceriakan dengan adik Fimi yang sudah biasa mengendalikan booth Adik di 9. Pada kali ni, kami terpaksa berkongsi satu booth bersama TV9. Oleh sebab itu, kali ini kami agak kekurangan ruang namun kebaikkannya ialah kami agak dekat dengan kesemua personaliti serta aktiviti yang diadakan di booth TV9.

Ustaz Zamri Bercerita

Adik Fimi

Booth di TV9 tidak lengang kerana diceriakan oleh peserta Gadis Melayu musim ke 2. Kesemua peserta GM2 ini turun dan mempromosi diri masing-masing di dalam segmen suai kenal bersama peminat. Oleh kerana aktiviti suai kenal ni begitu dekat dengan booth jualan kami, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mereka dari jarak dekat. Rata-rata yang datang bertudung itu, selain memperkenalkan diri mereka juga turut mengadakan kuiz ringkas untuk pengunjung. Apa-apa pun goodlucklah kepada mereka semua ni dan kita tunggu sahajalah keputusan pemenangnya dihujung rancangan nanti.

Gadis Melayu musim 2 ketika aktiviti suai kenal

Salah seorang peserta sedang memperkenalkan diri

Antara peserta Gadis Melayu musim ke 2

Selain dari itu, sempat juga saya berjumpa dengan Gadis Melayu musim 1 yang semakin sibuk dan terkenal dengan rancangan memasak “Resepi Istana” disepanjang bulan puasa. Khusna kali ini tidak berpakaian TV9 nampak lain dan bersahaja mengendalikan beberapa booth di Suarasa untuk segmen lintas langsung. Mungkin rezeki beliau semakin bertambah semenjak dua menjak ni. Tidak ketinggalan Syarifah Nur yang semenjak dua menjak ni sering kelihatan makan di Geng’s Corner.

Khusna dan Syarifah Nur bergambar bersama peminat

Nurul, Shima, Syarifah Nur, Zarin dan Juan serba serbi pink

Nampaknya walaupun Suarasa kali ni nampak lebih ringkas dan mudah, namun ianya sememangnya menduga tahap ketahanan berpuasa. Melakukan aktiviti di panas terik amat berbeza seperti berpuasa pada hari lain di office. Sekurang-kurangnya cara ini lebih baik dari tiada langsung cabaran semasa berpuasa. InsyaAllah selepas ini ialah Suarasa di Shah Alam pula. Mengikut perancangan, kemungkinan besar kami tidak akan menyertai Suarasa kali ini kerana bertembung dengan aktiviti syarikat. Tapi, sama-samalah doa supaya boleh berlaku keajaiban.

p/s : pertama kali berbaju pink Upin & Ipin. Ingat pompuan je ke boleh baju pink

 1,398 total views

Rakaman Ketupat Rendang Kopi O Aidilfitri

Alhamdullilah akhirnya semasa saya menulis post ini Ramadhan sudahpun hampir melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menyambut Aidilfitiri. Mengikut perancangan, kemungkinan besar saya akan beraya di Batu Pahat selama 2 hari dan kemudiannya beraya di rumah sedara – mara sekitar Melaka dan Seremban. Tapi, apa-apapun kali ni saya nak berkongsi mengenai rakaman program raya yang telah berlangsung sebelum masuk bulan puasa lagi sebenarnya.

Lokasi rakaman ialah D’ Haslam

Rakaman Ketupat Rendang Kopi O yang merupakan edisi raya bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O ni telahpun menjalani rakamannya di rumah D’ Haslam yang terletak di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Rancangan ni dijadualkan akan ke udara pada hari raya ke 3 nanti di TV9. Saya bersama team Upin & Ipin sedikit sebanyak turut gembira dan teruja kerana dapat berkongsi pengalaman baru di sepanjang rakaman raya ni. Dikendalikan sepenuhnya oleh personaliti TV9 seperti Syarifah Nur, Farrah Adeeba, Azian, Aziz Desa dan beberapa orang lagi program ini turut diceriakan oleh kunjungan anak-anak yatim.

Bergambar di lokasi rakaman

Shima, Faris dan Zarin bergambar sementara
menunggu giliran rakaman


Bergambar sekejap

Selain itu, beberapa orang artis juga turut memeriahkan rakaman tersebut termasuklah Farah (AF). Farah yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin ni sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk berebut bergambar bersama-sama Upin & Ipin. Farah yang sangat berbeza dari yang biasa kita lihat di kaca TV iaitu dalam erti kata lebih kecik dan comel ni turut mendendangkan beberapa buah lagu raya semasa program ni.
Farah cuba berinteraksi bersama Ipin

Farah ketika mendendangkan lagu raya

Farah bergambar bersama Upin & Ipin selepas selesai rakaman

Rakaman juga melibatkan penglibatan anak-anak yatim dan juga dilakukan dibeberapa set yang berbeza. Saya diberitahu rumah D’ Haslam ni kerap kali digunakan sebagai lokasi pengambaraan drama ataupun rencana. Lokasinya yang cantik dan mengekalkan ciri-ciri rumah tradisional tetapi dimodenkan sedikit ini sememanya mempunyai permandangan yang amat cantik dan menarik.

Ketika rakaman bersama anak-anak yatim

Persiapan sebelum rakaman

Ipin hampir ingin terjun ke dalam kolam

Bergambar dengan adik Fimi

InsyaAllah jangan lupa menyaksikan rancangan ini di TV9 pada raya ke 3 nanti. Sebelum itu, jangan keliru dengan pakaian baju melayu saya kerana saya tidak akan keluar TV pun untuk rancangan ni. Sekadar ingin memeriahkan rakaman pada hari tersebut.

 1,285 total views

Malam Bersama Upin & Ipin

Pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan 12 September 09, Les Copaque Production dengan kerjasama Geng’s Corner akan menganjurkan “Malam Bersama Upin & Ipin”. Malam yang bertujuan untuk menyemarakkan tayangan Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di TV9 disepanjang bulan Ramadhan ini juga memberi peluang kepada semua peminat untuk berjumpa dengan pelakon suara utama Upin & Ipin iaitu adik Nurfathiah dan Ida Shaheera (Kak R0s). Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuklah tayangan eksklusif episod Upin & Ipin serta filem Geng. DVD filem Geng : Pengembaraan Bermula yang telah mula dijual dipasaran juga boleh didapati pada malam tersebut dengan harga promosi.

Malam Bersama Upin & Ipin ini terbuka kepada semua peminat namun tempat untuk berbuka adalah terhad. Sila membuat tempahan untuk berbuka secara terus kepada En. Zahir (012 – 240 8015). Kepada yang tidak berkesempatan untuk berbuka bersama-sama, anda masih boleh memeriahkan malam ini dengan menghadiri aktiviti selepas waktu berbuka. Sila rujuk jadual aturcara. Terima kasih dan jumpa anda semua Sabtu ini. Salam Ramadhan.

 1,644 total views

Bersama K9 di Mydin Klang

Event kali ni sebenarnya hanyalah event mini yang saya sertai bersama-sama team event dari K9 (Kawan 9). Berkonsepkan ala-ala Viva Zoomer untuk Hot.FM dan Krew Era Avanza untuk Era.fm sesi bersama K9 ni hanya mengambil masa sekitar 1 jam. Bertempat di Mydin Klang, sememangnya lokasi kali ini tak berapa jauh dari office di Shah Alam. Yang menariknya event ni dilangsungkan semasa bulan puasa. Seperti yang diduga, kami akan mengalami masalah tempat pertukaran baju maskot. Ramai orang yang menganggap maskot boleh ditukar di bilik kecik ataupun toilet. Oleh kerana kesuntukan masa dan ketiadaan pilihan lain, nampaknya maskot Upin & Ipin kali ini terpaksa bertukar di dalam bilik persalinan pakaian yang terletak di dalam kawasan jualan pakai di dalam Mydin sendiri.

Juan dan Zarin bersiap sedia membawa keluar maskot

Bertukar maskot di dalam bilik persalinan yang sempit

Bayangkan kita sendiri nak berjalan di dalam Mydinpun agak sempit dan susah, inikan pula maskot Upin & Ipin yang besar. Tambahan pula bilik persalinan yang disediakan terletak di tingkat 3. Memang agak susah nak menempuh proses persalinan baju maskot yang rata-rata kakitangan Mydin ketika itu sudah mula dekat dengan dasar ingin tahu. Selepas itu, maskot terus ditampilkan di ruang legar berhadapan dengan Mydin Klang. Team K9 yang telah menanti terus menjalankan aktiviti suai kenal serta games dengan pengunjung di situ.

Asraf dari K9 mula memperkenalkan diri

Tiah juga turut hadir


Tiah, suara latar Upin & Ipin yang juga tinggal di Klang sempat memeriahkan aktiviti bersama K9 ini. Rata – rata pengunjung di sini agak baru dan pada awalnya tidak faham apa tujuan team K9 ini berada di sini. Pengunjung yang boleh dikatakan ramai ini masing-masing mula mengerumuni kawasan aktiviti yang tidaklah begitu luas ini. Mungkin buat seketika boleh dikatakan agak risau dengan keadaan sekeliling yang menampakkan kebanyakkan orang sudah mula berasak-asak untuk melihat dari jarak dekat. Purata pengunjung yang terdiri dari pekerja warga asing menambahkan lagi keraguan saya.

Risau orang mula berasak-asak

Upin bergambar dengan pengunjung

Cameraman TV9 merakamkan aksi akviti bersama K9

Alhamdullillah, tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Mengambil masa lebih kurang 1 jam, akhirnya kami terpaksa menamatkan acara dan penglibatan maskot yang sudah berdiri agak lama. Memikirkan pemakai maskot juga sebenarnya sedang berpuasa jadi penglibatan maskot hanyalah mana yang terdaya sahaya. Masalah menyalin maskot datang sekali lagi di mana tempat persalinan maskot tadi terletak terlalu jauh dan kurang strategik. Dengan persetujuan semua orang, kami menyalinkan maskot di tempat letak kereta yang pada masa itu tidak ada orang. Hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, masing-masing siap untuk pulang.

Bergambar di dalam Mydin

Siap untuk menyalin maskot

Bergambar bersama Tiah

Walaupun ringkas, namun event pertama pada bulan puasa ini amatlah seronok dan mencabar. Selepas ini, event yang berlangsung ialah Suarasa Klang yang juga diadakan pada bulan puasa. Nantikan selepas ini.

p/s : Blog ni dah mula ada logo.. hehe

 874 total views

Facebook Add-Ons

Kali ni saya nak berkongsi mengenai toolbar yang direka khas untuk pengguna Facebook. Dengan populariti Facebook sekarang ni tak heranlah banyak add-ons yang telah direka untuk memudahkan penggunaan facebook. Add-ons yang diterangkan ini hanya sesuai untuk browser jenis Firefox sahaja. Boost for Facebook dan Faceook Toolbar diantara 2 add-ons yang menarik perhatian saya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini.


2 add-ons Facebook untuk Firefox


Preview imej sebenar tanpa perlu klik pada imej

Fungsi utama Boost for Firefox ini ialah untuk menayangkan gambar di dalam album Facebook tanpa perlu membuka setiap imej dalam album foto. Hanya perlu meletakkan mouse pada imej dan add-ons ini akan menayangkan imej besar di sudut atas browser. Walaupun nampak remeh, tapi kadang kala agak berguna juga.

Facebook sidebar

Kelebihan Facebook Toolbar pula ialah sebagai short cut untuk beberapa fungsi utama di dalam Facebook. Sesuai dengan namanya, add-ons ini didatangkan dalam konsep toolbar di dalam browser. Fungsi tambahan Sidebar membolehkan kita melihat status rakan-rakan tanpa membukak facebook langsung. Ianya juga dikemas kini secara terus dan akan memberikan notification kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang perubahan.


Interface upload imej

Features terakhir ialah kegemaran saya. Kita boleh mengupload gambar dengan mudah sekiranya mengunakan toolbar yang disediakan. Dengan interface yang menarik, pengguna hanya perlu mengunakan konsep drag and drop untuk mengupload gambar. Fungsi Tagging juga disediakan di window ini dengan mudah.

 831 total views

MERDEKA!!! Sambutan di Presint 14 C2, Putrajaya

Alhamdullilah, akhirnya sambutan hari kemerdekaan ni diadakan lebih awal kerana ingin mengelakkan bertembung dengan bulan puasa. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2 ni walaupun dianjurkan kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan caranya tersendiri. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini sememangnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi di mana pada awal pagi lagi sudah mula memeriahkan sambutan ini. Saya dan team Upin & Ipin yang juga yang terasa berada di kawasan rumah sendiri dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh AJK acara ini.

Upin & Ipin bergambar dibanner acara

Zarin dan Juan yang sempat bergambar

Nurul, Amin dan Shima yang tidak
melepaskan peluang bergambar bersama2

Seorang peminat kecil yang comel

Acara biasa seperti jualan dan penampilan maskot dijalankan dengan kadar ringkas dan mudah memandangkan pengunjung hanya datang dari penduduk kawasan sekitar. Walaupun tidak begitu sibuk namun semangat patriotik sedikit sebanyak berjaya dikembangkan semula dalam hati setiap event’s team member pada hari tersebut. Jalur gemilang yang diedarkan secara percuma sememangnya mewarnai acara pada hari tersebut.

Juan bersama camera Sony Alpha melengkapkan acara

Upin & Ipin bersama anggota Rela

Acara kemuncak iaitu perasmian Jalur Gemilang gergasi sememangnya dinantikan oleh penduduk di sini. Walaupun berada di kawasan yang kecil, tetapi dengan persediaan sambutan sebegini sememangnya sangat membanggakan. Rasanya kali terakhir saya melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan ialah pada sekolah menengah dulu. Jalur Gemilang gergasi tersebut dibiarkan berkibar di kawasan perumahan ini yang begitu cantik dan bersih. Pasti penduduk di sini sangat bangga dengan apa yang mereka sudah usahakan.

Aksi seorang peminat kecil Upin & Ipin

Ketika acara perasmian Jalur Gemilang gergasi

Upin & Ipin beramah mesra bersama penduduk sekitar

Selain kisah mengenai kibaran Jalur Gemilang, kami juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang merupakan sebahagian dari aktiviti yang diadakan. Walaupun agak banyak nombor-nombor cabutan bertuah yang kami pegang, namun mungkin tuah tidak menyebelahi kami dan akhirnya terpaksa balik dengan tangan kosong. Sebelum balik, sempat juga bergambar bersama Jalur Gemilang dengan bangganya. Walaupun secara keseluruhan acara ini tidaklah sesibuk Suarasa, namun keseronokan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan di sini telah membakar semula semangat patriotik masing-masing. Sekurang-kurangnya kami dapat merasakan bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan dan bertapa pentingnya sambutan sebegini diadakan.
Shima yang tidak bertuah
Juan bangga bersama Jalur Gemilang

Saya juga bergambar bersama Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang diletakkan dikereta AJK

Walaupun hanya separuh hari di sini, namun selebihnya kami penuhi dengan aktiviti bebas lain di Alamanda. Aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama-sama ini memandangkan kebiasaannya sibuk sememangnya menarik untuk dikongsi. Selepas ini saya akan bercerita mengenai aktiviti ini pula. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

 1,440 total views

Bersama OKU untuk Jom Buka TV9

Program Jom Buka TV9 ni sebenarnya telahpun dilakukan shootingnya sebelum bulan puasa lagi. Bertempat di Petaling Jaya, rumah orang kurang upaya ini menjadi destinasi untuk program Jom Buka kali ini. Jom Buka yang disiarkan di TV9 pada pukul 7ptg (kalau tak salah) ini dihoskan oleh Farrah Adeeba dan merupakan program terbaru TV9 untuk Ramadhan kali ini.

Ketika persediaan awal

Farrah Adeeba bersama Upin & Ipin

Kebanyakkan pelajar di sini aktif dan ceria

Berkonsepkan program amal, separuh hari di sini secara tak langsung mengubah persepsi saya terhadap golongan OKU. Bayangkan, kebanyakkan dari mereka ni begitu excited semata-mata dapat memeluk Upin & Ipin. Tidak tahu dari mana, tapi sememangnya watak Upin & Ipin dikenali mereka. Sesetengah dari mereka sudahpun lanjut usia dan sudah berada di sini agak lama. Mampu membuatkan sesetengah orang sebak bila mengenangkan nasib mereka dan kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

Farrah ketika mengadakan aktiviti bersama pelajar

Farrah berinteraksi dengan salah seorang pelajar

Farrah Adeeba juga pandai melayan pelajar-pelajar ini dengan gurau senda dan soalan-soalan yang membuatkan mereka bersemangat untuk menjawab. Disebalik keceriaan pelajar-pelajar ni, berapa soalan juga kadang kala membuat beberapa pelajar ini berlinangan air mata. Bayangkan, tiada keluarga atau penjaga yang melawat mereka ini untuk jangka masa yang agak lama. Farrah Adeeba dengan spontan kadang – kala pandai memujuk pelajar-pelajar ini dengan meminta mereka menyanyikan lagu raya. Farrah yang mengemari program amal sebegini dilihat amat sesuai mengacarakan program Jom Buka.

Diakhir sesi suaikenal dan ramah mesra sampailah sesi berbuka puasa bersama-sama. Walaupun sebenarnya ketika itu masih belum masuk bulan puasa namun semata-mata untuk sesi rakaman, masing-masing turut makan seolah-olah berbuka.

Berjalan ke tempat makan

Ketika persiapan berbuka

Bergambar di luar kelas

Selepas ini saya akan kongsi pula rakaman untuk program Raya TV9. Salah satu sesi rakaman yang amat menarik dan unik. Sementara itu, Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini.~


 882 total views