Okay, bersambung lagi dengan bahagian ke 2 dalam Cuti – cuti ke Cherating. Kali ni saya akan kongsi mengenai destinasi pertama yang sememangnya telah dirancang dari awal lagi. Kuala Gandah yang menempatkan sebilangan gajah dari pelbagai negara ini menjadi lokasi persinggahan semua krew Upin & Ipin. Kenapalah agaknya destinasi ini yang menjadi pilihan ye. Sebenarnya selain di sini terdapatnya faktor tarikan tersendiri, antara sebab lain ialah ingin merasai pengalaman memandikan gajah. Namun, oleh kerana beberapa masalah tak dapat la pulak nak mandikan gajah. Jadi masing-masing kenalah mandi sendiri di bilik hotel nanti.

Walaupun tak dapat memandikan gajah, aktivit tersebut digantikan dengan menaiki gajah. Oleh kerana tiket untuk menaiki gajah adalah terhad, jadi tak semua berpeluang untuk menaiki gajah. Hanya orang-orang yang handsome saja dikatakan berpeluang berbuat demikian. Tempat aktiviti bersama gajah pula memerlukan kita berjalan kaki sedikit ke dalam. Berikut ialah antara gambar ketika melawat gajah-gajah di sini.
Hasan bersedia menaiki gajah nanti

Sebenarnya selain memandikan gajah, aktiviti utama di Kuala Gandah ni sudah tentulah melihat gajah dari dekat. Gajah yang didatangkan dari pelbagai negeri dan negara ni sememangnya sudah bersedia menyambut kedatangan kami. Bergambar sambil memberi makan tebu juga merupakan diantara aktiviti sambilan yang boleh dilakukan di sini. Seperti tidak pernah melihat gajah masing-masingpun mengerumuni gajah-gajah sambil memegang mana-mana bahagian gajah yang sempat.

Antara yang menarik perhatian saya ialah bila Aunty Fiza memberikan pendapat dia mengenai sebab mengapa sebenarnya kami di bawa ke sini. Ye lah, dalam banyak-banyak binatang kenapalah perlu melawat gajah? Jawapan yang diberikan ialah kerana kita perlu ataupun boleh mengkaji sifat-sifat gajah itu sendiri dalam setiap kerja yang kita amalkan. Gajah biasanya akan bekerja di dalam kumpulan yang besar. Tak kira sebesar mana pula kumpulan tersebut, biasanya akan ada seekor ketua yang bertanggung jawab mengetuai kumpulan tersebut. Ketua amat penting di dalam sesebuah kumpulan bagi memastikan kejayaan atau kemusnahan kumpulan tersebut. Gajah juga sekiranya siapa tahu, di antara binatang yang tidak mudah lupa dengan apa yang pernah dilaluinya. Begitulah juga kita di dalam kerja masing-masing tidaklah melupakan asal usul kita bila dah berjaya pada satu hari nanti. Begitulah lebih kurang sifat-sifat gajah yang sepatutnya kita sebagai manusia ambil dan kaji.
Baru selesai update tak sampai sehari untuk cuti-cuti ke Cherating ni. Masih banyak lagi yang nak dikongsi. InsyaAllah bahagian ke 3 akan menyusul nanti. Kepada siapa-siapa pembaca blog ni yang ada pengalaman ke Kuala Gandah juga boleh la berkongsi dengan saya nanti.
1,501 total views, 1 views today
Advertisements