Kampung Cina ataupun Chinatown di Kuala Terengganu ni sangat terkenal kerana ianya bukan sahaja terletak ditengah-tengah Kuala Terengganu, namun ianya juga berhampiran dengan lokasi-lokasi utama lain seperti Pasar Payang. Sewaktu saya ke K.Terengganu beberapa bulan lepas, saya sempat berjalan-jalan di sekitar Kampung Cina yang dimaklumkan telah di renovate dan nampak lebih cantik dari sebelum ini. Kampung Cina ini pada hari-hari biasa akan menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai makanan, kedai kopi, cenderamata dan kedai-kedai lain. Pada waktu malam pula, akan diadakan seperti “Uptown” yang menjual pelbagai cenderamata unik serta makanan.
Yang menariknya di Kampung Cina ini setiap lorong kecilnya dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan unik. Walaupun ruang pada lorong ini tidaklah terlalu luas, namun ianya sudah cukup cantik dengan hiasan pelbagai tema dan konsep. Sebagai contonnya, Lorong Penyu ini menggunakan konsep Penyu disepanjang lorong. Selain gambar-gambar dan patung batu penyu, lorong ini juga menyediakan info-info menarik berkaitan dengan penyu. Pada lorong-lorong lain pula, terdapat konsep yang lain seperti lorong payung, pondok, kunci, lukisan mural dan macam-macam lagi. Setiap lorong tu mempunyai identitinya tersendiri dan takkan puas berada sekejap saja disetiap lorong.
Selain lorong Penyu, lorong lain yang mendapat perhatian orang ramai adalah lorong di mana terdapat rumah berwarna-warni. Lorong ini begitu unik kerana menggunakan kebanyakkannya dari bahan terpakai dan terbuang. Pada ruang masuk lorong ini terdapat dekorasi kasut-kasut lama yang digantung pada dinding. Walaupun nampak simple, tetapi ianya sungguh cantik. Pada penghujung lorong ini pula terdapat sebahagian dari rumah papan yang diwarnakan secara warna warni. Cantik sangat.
Oleh kerana setiap lorong ini sungguh cantik, tak hairanlah ramai juga yang membuat photoshoot pengantin baru di sini. Saya secara tak sengaja berjumpa dengan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan sedang mengadakan sesi photoshoot. Jadi saya pun menegur mereka untuk mengambil gambar untuk blog saya. Terima kasih kepada pasangan ini kerana sudi menjadi model saya.
Kampung Cina ini sememangnya destinasi yang menarik untuk dikunjungi sekiranya berada di K.Terengganu. Pelbagai acara turut dianjurkan di sini seperti sambutan Tahun Baru Cina, kereta berhias dan macam-macam lagi mengikut musim-musim tertentu.
8,772 total views, 1 views today
blog ini sungguh menarik untuk dikongsi bersama rakan/pengguna yang lain.