Salam Jumaat. Terima kasih kepada pembaca setia blog saya yang hari-hari klik refresh untuk lihat kalau ada updates terkini. Hari ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa berada di Jakarta pada beberapa minggu yang lepas. Tujuan saya ke Jakarta kali ini adalah untuk menguruskan Asyiela Putri iaitu pelakon suara Upin & Ipin untuk salah satu program talkshow di sana. Program talkshow ini adalah bertajuk “Hitam Putih” yang disiarkan di Trans 7 dan merupakan salah satu program talkshow yang sangat terkenal. Walaupun animasi Upin & Ipin disiarkan di MNC TV tapi ianya tidak menghalang stesen TV lain untuk menjemput suara di sebalik Upin & Ipin sebagai tetamu istimewa mereka.

jakarta01

Suasana di dalam Garuda

jakarta02

Makanan di dalam flight

Setelah beberapa minggu berbincang dengan pihak produksi Trans TV, akhirnya saya pun terbang ke Jakarta dengan menaiki penerbangan Garuda. Walaupun sudah beberapa kali saya ke Jakarta, tetapi inilah pertama kali saya menaiki penerbangan Garuda. Pendapat peribadi saya, perkhidmatan Garuda agak baik dan memuaskan. Saya boleh dikatakan terus menyukai Garuda dan insyaAllah kalau saya akan ke Jakarta lagi saya akan memilih Garuda. Tempoh penerbangan ke Jakarta dari KLIA adalah lebih kurang 2 jam. Oleh kerana perbezaan masa di Jakarta adalah lewat 1 jam, jadi bila sampai je di Jakarta terasa seolah-olah baru 1 jam je masa berlalu. Seperti biasa, Jakarta terkenal dengan macetnya. Kalau bukan macet bukanlah Jakarta.

jakarta20

Macet

jakarta05

Suasana di kaki lima Jakarta

jakarta06

Pelajar di Jakarta

jakarta07

Suasana macet ditambah pula ada polisi

Saya dibawa ke hotel untuk check in dan berehat. Hari tersebut tiada lagi kerja yang harus dibuat kerana siaran program “Hitam Putih” hanya akan bersiaran langsung pada keesokkan harinya. Saya mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan di sekitar Jakarta dan melawat beberapa shopping mall terkenal di sini. Selain itu, saya juga sempat menjamu selera di Restoran Sederhana yang saya telah kongsikan di post yang berbeza.

Advertisements
jakarta08

Anak-anak bersama kambing

jakarta03

Suasana di Jakarta

jakarta21

Makan tengahari di Restoran Sederhana

 Pada keesokan harinya, barulah saya dibawa ke studio “Hitam Putih” yang terletak hanya 10 minit dari hotel. Studio ini terletak di kawasan yang tersembunyi dan berhampiran dengan kawasan-kawasan kampung. Mula-mula saya terkejut sebab studionya tidaklah seperti yang saya bayangkan kerana ianya terlalu kecik untuk siaran langsung. Bila difikirkan semula, memanglah studio yang memerlukan penglibatan penonton berkeadaan begini. Studio NTV7 di Glenmarie juga terletak di kawasan-kawasan kilang yang tiada orang.

Siaran langsung program ini bermula pada jam 7pm (8pm waktu Malaysia) dan boleh dikirakan primetime bagi Jakarta. Hos utama “Hitam Putih” adalah Mas Deddy yang saya dimaklumkan dulu adalah seorang ahli silap mata. Mungkin populariti Mas Deddy sekiranya di Malaysia adalah seperti AC Mizal kerana pada masa yang sama saya tengok Mas Deddy juga ada mengacarakan beberapa program lain. Orangnya agak serius ketika dibelakang pentas dan terus in character apabila di hadapan kamera. Di Indonesia, program berbentuk talkshow sangat popular sehingga terlalu banyak program seperti ini tak kira waktu. Kebanyakkan program mereka pula sekurang-kurangnya berdurasi 1 jam.

jakarta04

Asyiela Putri ketika rakaman video untuk promosi di Twitter

jakarta09

Suasana tempat menunggu

jakarta10

Bergambar bersama jurumekap dan tetamu lain

jakarta11

Ketika siaran langsung “Hitam Putih”

jakarta23

Asyiela Putri bersama Nycta Gina

Program siaran langsung ini dimaklumkan menerima rating yang tinggi dan ditonton oleh ramai orang. Mungkin kerana peminat di Indonesia memang menantikan untuk melihat pelakon suara Upin & Ipin. Walaupun ada perbezaan dari segi bahasa, tetapi program ini berjaya dibawa dengan baik. Selain Mas Deddy, Nycta Gina ataupun Miss Dong Dong juga adalah salah seorang pengacara untuk program “Hitam Putih”. Pertama kali saya berjumpa dengan Gina saya rasa sedikit pelik kerana suaranya yang sangat kecil seperti kartun. Lama-kelamaan saya rasa itu memang suara originalnya dan yang membuatkan dia berbeza dari pengacara yang lain.

Pada keesokkan harinya, saya dibawa melawat ke pejabat Trans TV yang terletak di Jakarta Selatan. Trans TV adalah anak syarikat di bawah TRANSMEDIA bersama dengan Trans 7 dan Detikcom. Oleh sebab itu, bangunan pejabat mereka sangat besar dan mempunyai beberapa blok bangunan berasingan. Semasa kehadiran saya di pejabat mereka, saya dapati suasana di ruang legar pejabat mereka sangat sibuk dengan krew keluar masuk untuk pengurusan program masing-masing. Tidak kurang juga kelibat beberapa artis Indonesia seperti Julia Perez yang kelihatan sedang ditemuramah di lobby pejabat mereka.

jakarta19

Kereta Trans TV

jakarta13

Pejabat Trans TV

jakarta15

jakarta18 Trans Studio Store

jakarta16

Diantara merchandise

jakarta17

Bersama dengan wakil dari Trans 7

Di dalam pejabat Trans TV juga terdapat beberapa kedai merchandise yang menjual barangan Trans Studio. Bagi sesiapa yang belum tahu, Trans TV juga mempunyai indoor theme park mereka tersendiri yang terletak di Bandung yang diberi nama Trans Studio. Walaupun saya tak pernah ke Trans Studio, tapi dapatlah juga saya mencuci mata sikit-sikit dengan merchandise yang ada di sini.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Trans 7 yang telah menjemput saya dan Asyiela Putri ke sini. Mohon maaf dan terima kasih kerana sanggup layan kerenah saya ketika berada di sana. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.

Tonton video penuh Hitam Putih episod Upin & Ipin

p/s : Teringin pulak pergi Bandung

 8,857 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.