Siapa yang tak suka makan ayam goreng KFC? Nak Original ataupun Spicy?
Tapi tahukah anda, Restoran KFC pertama di Malaysia sebenarnya telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973. Manakala KFC di Jalan Larut, George Town, Pulau Pinang pula telah dibuka pada tahun 1987 dan merupakan salah satu KFC paling unik di dunia. Ini adalah kerana cawangan restoran KFC ini dibina di bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British yang masih cantik dan dipelihara.
Sekali pandang macam tak perasan ini adalah restoran KFC, tapi bila dah tahu pasti terasa nak masuk ke dalam dan nak tengok sendiri keunikan bangunan ini.
Bangunan peninggalan kolonel British ini masih cantik lagi dan tak sangka boleh dijadikan KFC. Rekaan luar bangunan ini masih mengekalkan rekaan lama tetapi pada sesetengah bahagiannya ditambah dengan lampu LED dan sebagainya. Pada ruang dalamnya pula, gabungan moden dan klasik diketengahkan. Walaupun masih nampak klasik, tetapi beberapa ciri moden ditambah bagi menimbulkan mood berada di dalam KFC.
Memang tidak dinafikan ini merupakan diantara KFC yang terkenal di Pulau Pinang. Beroperasi setiap hari sepanjang 24 jam, KFC ini memang dijadikan tempat persinggahan apabila dah bosan dengan nasi kandar ataupun pasembur. Lokasinya pula berada betul-betul di tengah-tengah bandar George Town dan berhadapan dengan Hotel Royal Penang.

KFC Tertua di Pulau Pinang
KFC Jalan Larut ini juga menyediakan perkhidmatan majlis harijadi sama seperti KFC yang lain. Di kawasan luarnya pula terdapat kawasan permainan bagi kanak-kanak.
Ini adalah alamat KFC Jalan Larut
52 Jalan Larut,
10050 George Town,
Pulau Pinang
10,012 total views, 1 views today
ohh..
ini rupanya kfc yang paling tua kat penang rupanya. baru la tahu.
ohcikgu recently posted…Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
Baru tahu. Suka dengan senibina kolonial British dijadikan restoran.
akubiomed recently posted…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
Rasanya pihak pengurusan KFC pun patut ambil inisiatif untuk popular cawangan yang pertama bagi setiap negeri kan….
Hazman Fadzil recently posted…Restoran Crispy Crust jadi tempat makan menarik di Bandar Sunway
Teruja pula nak terjah bila ke penang next time 🙂
akak vitamin recently posted…Anemia Ketika Hamil – Nasib Kakak Garang, kalau tak…
Wajib terjah kalau ke penang next time…
Noriza Rahman recently posted…Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik