Selama ni saya tak sangka ubi kentang merupakan salah satu makanan sihat dan sesuai untuk diet. Entah kenapa selama ni dalam pemikiran saya ubi kentang adalah makanan yang mengemukkan dan tak sihat. Kita selalu terbayangkan kentang goreng segera yang sedap di makan tetapi tidak sihat. Baru-baru ni saya didedahkan tentang kebaikkan ubi kentang dari Amerika Syarikat USA yang diyakini berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga. Satu sesi bersama fitness blogger dan media telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby iaitu POWER UP WITH POTATOES.
Saya bersama beberapa orang rakan fitness blogger dan influencer yang lain disambut oleh jurulatih sukan dan kecergasan terkenal iaitu Noel Chelliah dan Kimbely Yap dari DailyMuscle Light House. Kimbely sendiri merupakan pemenang pingat emas triatlon dan bersetuju tentang khasiat ubi kentang di dalam diet dan kecergasan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok apakah yang mereka ingin kongsikan berkaitan tentang khasiat ubi kentang.
POWER UP WITH US POTATOES USA
Secara asasnya Potatoes USA sendiri mempunyai khasiat lebih banyak dari makanan harian lain yang kita sangka lebih baik. Ianya mengandungi lebih banyak potassium dari pisang dan Potatoes USA mengandungi 0% fat. Ini bermakna ubi kentang sendiri tidak menggemukkan kerana tidak mempunyai kandungan lemak. Walau bagaimanapun, sebiji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 100 kalori dan 26g karbohidrat. Namun begitu badan kita masih perlukan karbohidrat dan ubi kentang menjadi sumber yang terbaik kerana ianya tanpa lemak, tinggi dengan serat, membantu fungsi otot, kardiovaskular dan disamping khasiat yang lain.
Pengetahuan tentang jumlah kalori di dalam sebiji ubi kentang perlu bagi membolehkan merancang jumlah pengambilan harian kalori. Jadi janganlah makan sampai 6-7 biji pula. Tinggi dengan serat bermaksud ubi kentang membolehkan kita kenyang lebih lama dijika dibandingkan dengan pengambilan makanan rendah serat.
Potatoes USA sendiri adalah berkualiti dan segar walaupun ianya diimport dari Amerika Syarikat. Kesegaran ubi kentang ini juga dijamin pada ubi kentang versi segera yang tersedia untuk dimasak kerana mereka menggunakabn ubi kentang sebenar. Berbeza dengan ubi kentang segera yang lain, ianya sudah dicampur bahan lain agar mempunyai rasa lebih sedap dan tahan lama.
Terdapat 4 jenis ubi kentang Potatoes USA iaitu Russet, Purple, Yukon dan Round Red. Kesemua jenis ubi kentang ini boleh didapatkan dengan mudah di pasaraya-pasaraya di sekitar lembah klang.
Ubi kentang adalah sejenis sayuran yang mengagumkan. Tak sangka dari makanan jenis sayuran seperti ubi kentang macam ni terdapat pelbagai kebaikkan. Jadi kalau banyak sangat kebaikkan ubi kentang, kenapa selama ni saya rasa ianya tidak sihat? Jawapannya adalah pada penyediaan ubi kentang tu sendiri. Kita dah terbiasa dengan resepi menggoreng ubi kentang di dalam minyak masak yang banyak sehingga garing. Ubi kentang yang panas-panas tu kemudiannya dicicah pula dengan sos cili. Fuh, sedap tu memang sedap… tapi ini lah yang tak sihatnya.
Pada hari tersebut, Chef Naem pengacara Dapur Panas TV3 menunjukkan 3 resepi sihat penyediaan Potatoes USA yang boleh dicuba di rumah. Chef banyak menggunakan bahan-bahan semula jadi dan memasak menggunakan air fryer. Kebanyakkannya juga Chef menggunakan olive oil atas tujuan melembabkan ubi kentang dan memudahkan adunan. Jom kita tengok Chef masak apa tu…
SEDAPnya Chef masak!
Diakhir sesi POWER UP WITH US POTATOES USA ni tiba-tiba ada surprise untuk semua blogger. Kami semua kena melakukan sedikit fitness activity bersama-sama di dalam kumpulan. Bersesuaian dengan konsep Potatoes Power Up the Fit & Athletic, ubi kentang yang dimasak tadi akan menjadi salah satu menu recovery selepas workout nanti.
Aktiviti dipecahkan kepada 3 kumpulan dan masing-masing kena melakukan aktiviti workout secara bergilir-gilir. Walaupun ianya hanyalah aktiviti santai saja, tapi ianya memang betul-betul menyeronokkan.
Terima kasih kepada POTATOES USA kerana menjemput saya di dalam sesi POWER UP WITH US POTATOES USA ini yang sungguh bermanfaat. Lepas ni saya akan gunakan lebih banyak ubi kentang di dalam resepi diet saya
12,900 total views, 2 views today
kentang memang favorite saya..buat ler masak apa pun..mmg tak tolak esp bila buat grill..mmg terbaik
Potatoes is one of my favorite. And is our weeekly routine to buy some for home
banyak khasiat potato ni. patut la mat saleh selalu amalkan terutama kalau yg tengah diet tu/ lagipun banyak masakan kita boleh buat berasaskan potato
nikkhazami recently posted…9 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Tommy Thomas
yes I agredd kentang memang banyak khasiat, now i just goreng konteng goreng dan wedges, anak anak i memang layan makan ni, i pun suka , kentang ni macam macam boleh buat dari sup, kari kurma, mashed potato fuh memang multipurpose !
ubi kentang ni yummy dan banyak khasiat… yang paling penting, memang sedap di makan tak kira macam mana masak…
Wah… Menarik! Jarang dengar produk yang khusus didedikasikan untuk ubi kentang, apalagi yang menekankan aspek kesihatan secara optimum macam Potatoes USA ni. Boleh cuba juga ni nanti!
highly recommend sbb khai sndiri peminat kentang. dulu penah cuba produk ni sangat berkualiti tahan lama dan segar
Banyak jenis kentang ni ye?. Ada purple, kemerahan dan lain2. Resipi yang disediakan pun nampak menyelerakan sungguh. Lepas tu ada pulak aktiviti bersenam. Menarik ni. Kentang ni pun mengandungi serat yang bagus untuk sistem penghadaman.
Ubi kentang memang kbasiat dan kebaikkannya. Saya memang suka makan ubi kentang. Makan kentang saja tak makan nasi pun dah kenyang
Mimi recently posted…KEKAL DILINDUNGI KETIKA BERKONGSI KEMERIAHAN HARI RAYA
Ubi kentang memang kbasiat dan kebaikkannya. Saya memang suka makan ubi kentang. Makan kentang saja tak makan nasi pun dah kenyang
Banyak rupanya khasiat kentang..SA kena masak dan banyak gunakan kentang la lepas ni..selalunya x berapa suka kentang tapi bila baca entry ni terus rasa nak masak kentang..macam- macam masakan boleh dimasak dengan menambahkan kentang kan
Suria Amanda recently posted…Siapa Tarik Kaki SA?
sebenarnya kan nk tau sgt apa beza kentang biasa wane kuning dgn kentang purple ea? huhu… dia ada khasiat lain2 ke atau sama.. teringin nk merasa ubi kentang purple.. tp byk info kata ubi kentang ni sihat sebenarnya. ssuai la dgn pgram ni sbb ada fitness skli..
Patut lah Zarin makin kurus jelous kita hehehe makan kentang USA ni kita pun pernah cuba dan memang kita juga suka rasa sedap dan sesuai untuk diet…
Sis suka jugak makan kentang ni, tapi tu lah..tak pernah pulak nak pilih kentang apa..janji depan mata ada kentang sis beli je..hehehe.
Us purple blue tu tak pernah pulak sis rasa..cam menarik je nak cuba, nanti kalau jumpa nak beli lah
okay, baru tahu pasal kebaikan ubi kentang nie. selama hari nie tahu makan je. hahaha
I eat a lot of potatoes but never really scrutinised its health benefits. Now I know, after reading your article! And I am going to eat more from now on! Luckily there are so many varieties and preparation methods.
Emily recently posted…Cash to be Won @ Kong Heng Square Artisan Market 4th Anniversary Celebration
ciktom pernah diet mkn ubi keledek purple tu mmg mudah knyg..
bestnya dpt joinnn event mcm ni..byk blh dpt ilmu diet yg betul..wah menu diet nmpk sedap dan menyihatkan sgt!
cik tom recently posted…7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom
One of my favorite potatoes. I love to see their campaign and they really provide a lot of interesting activities. We need more of this event too…
[…] yang ingin mengetahui lebih lanju tentang Potatoes USA boleh baca artikel pengenalan […]