Seminggu selepas jayanya open house untuk Fanclub Upin Ipin di opis Les’ Copaque, minggu selepas tu pula open house Les’ Copaque pula diadakan. Kali ni tetamu nya pula ialah ahli keluarga Les Copaque sendiri dan semua pihak2 yang pernah membantu Les Copaque.

Pada hari tu semua team Les Copaque selain melayan tetamu semuanya jugalah yang menjadi ajk majlis tersebut. Adalah yang kena buat air, angkat kerusi dan macam2 lagi.

Sebahagian team Les Copaque bergambar sebelum ramai tetamu datang. Kebanyakan tetamu datang pun time2 lunch hour. Ye lah nama pun Open House mestilah datang time makan~

Tapi sebelum orang lain datang, balik kami yang makan dulu. Makanan hari sedap betul. Dah la ada makanan special, kambing golek. huhuh~

Ha, ni antara tetamu istimewa dari MIMOS. Kira macam wakil dari MIMOS la ni… sebab dia sorang je yang datang. Walaupun meluangkan masa yang singkat aje pada haritu, tapi saya memang amat berterima kasih pada wakil MIMOS ni iaitu En Sidek.

Saje2 abis kan masa, bergambar dengan Yuki. Baju dia baru beli kat Jusco.

Ha, ni dengan Ed pulak. Bukan apa.. cuma baju kitaorang dah 2 minggu sama kaler.

Ye, ni pulak ayah saya masa baru sampai kat carpark. Ye, memang berbeza tang rambut.

Ni mak saya yang bergambar bersama Fathiah pada hari tu. Mak saya yang baju hitam tu ye… yang baru putih tu kawan dia.


Apa Ayman nak lagi ni? Nak teh tarik satu? Sori lah Geng Corner hari ni tak buat teh tarik la…

Itu saja lah secara kasarnya acara pada haritu. Walaupun penat namun terasa berbaloi bila tengok ramai orang yang berpuas hati pada hari tu.

 877 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.