Oh tidak! Saya bukanlah ulat buku yang rajin membeli buku di pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa KL ini. Tapi saya ingin mencuba kerana lagi banyak kita baca lagi banyak kita reti nak menulis. Selain ingin menaikkan nafsu membaca, saya juga sudah tentunya datang bersama maskot kembar untuk memeriahkan lagi pesta buku yang sudah sedia meriahnya dengan longgokkan buku-buku pelbagai cerita ini.
Penampilan Upin & Ipin hanyalah di Dewan Tun Razak 2 iaitu dewan diseberang sungai kerana kuatir keadaan tidak terkawal sekiranya ditampilkan di dewan utama. Tanpa maskotpun keadaan sudah tidak terkawal apakan lagi sekiranya ditambah pula maskot yang besar ini. Penampilan maskot ini juga turut disokong dengan krew TV9 yang kebetulan sedang membuat liputan untuk program CHOPP!. Jadi bertambahlah lagi orang berkerumun nak melihat apa yang berlaku.
Bersama adik yang comel lagi
Saya sendiri sebenarnya adalah membeli sedikit buku dan ketika blog ini ditulis saya masih cuba untuk menghabiskan membaca. Erm, bilalah nak habis (kalau semuanya bergambarkan boleh cepat habis). Diakhir event ni tersempaklah pula dengan adik yang comel ni. Namanya Sarah. Sungguh comel dengan berbaju mickey mouse dia tu. Selain tu, secara overallnya saya sendiri rasa event ini sungguh berjaya dan membuka peluang untuk memasarkan lagi barangan Upin & Ipin yang berbentuk buku seperti Majalah Komik Upin & Ipin. Adios!
1,561 total views, 1 views today
Advertisements







