Alhamdullilah, akhirnya sambutan hari kemerdekaan ni diadakan lebih awal kerana ingin mengelakkan bertembung dengan bulan puasa. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2 ni walaupun dianjurkan kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan caranya tersendiri. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini sememangnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi di mana pada awal pagi lagi sudah mula memeriahkan sambutan ini. Saya dan team Upin & Ipin yang juga yang terasa berada di kawasan rumah sendiri dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh AJK acara ini.
Acara biasa seperti jualan dan penampilan maskot dijalankan dengan kadar ringkas dan mudah memandangkan pengunjung hanya datang dari penduduk kawasan sekitar. Walaupun tidak begitu sibuk namun semangat patriotik sedikit sebanyak berjaya dikembangkan semula dalam hati setiap event’s team member pada hari tersebut. Jalur gemilang yang diedarkan secara percuma sememangnya mewarnai acara pada hari tersebut.
Acara kemuncak iaitu perasmian Jalur Gemilang gergasi sememangnya dinantikan oleh penduduk di sini. Walaupun berada di kawasan yang kecil, tetapi dengan persediaan sambutan sebegini sememangnya sangat membanggakan. Rasanya kali terakhir saya melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan ialah pada sekolah menengah dulu. Jalur Gemilang gergasi tersebut dibiarkan berkibar di kawasan perumahan ini yang begitu cantik dan bersih. Pasti penduduk di sini sangat bangga dengan apa yang mereka sudah usahakan.
Selain kisah mengenai kibaran Jalur Gemilang, kami juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang merupakan sebahagian dari aktiviti yang diadakan. Walaupun agak banyak nombor-nombor cabutan bertuah yang kami pegang, namun mungkin tuah tidak menyebelahi kami dan akhirnya terpaksa balik dengan tangan kosong. Sebelum balik, sempat juga bergambar bersama Jalur Gemilang dengan bangganya. Walaupun secara keseluruhan acara ini tidaklah sesibuk Suarasa, namun keseronokan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan di sini telah membakar semula semangat patriotik masing-masing. Sekurang-kurangnya kami dapat merasakan bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan dan bertapa pentingnya sambutan sebegini diadakan.
Walaupun hanya separuh hari di sini, namun selebihnya kami penuhi dengan aktiviti bebas lain di Alamanda. Aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama-sama ini memandangkan kebiasaannya sibuk sememangnya menarik untuk dikongsi. Selepas ini saya akan bercerita mengenai aktiviti ini pula. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.
1,440 total views, 1 views today
Advertisements
maaflah. tak dapat join. saya sibuk di KL. merdeka!!
la mmg la, sbb tak ajak pun. hehe. yela.. org sibuk memang begitu…
“shima yang tidak bertuah”..semua pon xde tuah hari tu