Wow, tiba-tiba rasa sangat berminat dan amat teruja dengan camera DSLR model baru keluar PENTAX. Ha? PENTAX tu apa? Mungkin yang biasa dengar nama-nama seperti Canon dan Nikon dipasaran. Tapi saya pula berkenan dengan sesuatu yang agak berbeza sikit. Pentax kalau di Malaysia ni memanglah agak sudah nak dijumpai kerana kurangnya permintaan berbeza dengan di negara US mahupun Jepun. Lebih – lebih lagi Pentax mengeluarkan model baru Pentax K-X sekali gus menjadi DSLR pertama yang menggunakan konsep berwarna-warni seperti gambar di bawah. Cantik kan?

Pentax K-X (Gambar hasil Google)
Saya yang juga sudah lama berhasrat nak membeli DSLR sudah jatuh cinta dengan K-X ni walaupun untuk sekian lama saya memakai wallpaper Nikon D90 di desktop komputer saya dengan harapan saya dapat memilikinya satu hari nanti. Saya pun berjanji dengan rakan baru Pentax saya untuk bersama-sama mencari Pentax yang telah membuat saya tak boleh tidur malam neh.

Saya memulakan percarian di area Dataran Sunway, sebuah kedai camera DSLR Pentax. DSC World nama kedainya kalau tak salah. Tapi memang malang, kerana kedai tu rupanya tutup hari minggu. Jadi dengan nekadnya saya bersama rakan Pentax saya menukar arah ke area KL iaitu di Times Square. Campur dengan traffic jam dan takde parking akhirnya sampailah jugak di Times Square sekitar pukul 5 lebih. Jumpalah sebuah kedai DSLR namun harga yang ditawarkan pada mulanya agak mahal dan saya masih ingin melihat pilihan ditempat lain.

Mencari di Times Square


Waktu petang dan traffic jem


Suasana di Times Square yang meriah
dengan sambutan CNY

Jadi, saya pun ke Sungai Wang dan seterusnya ke Plaza Low Yat. Dipendekkan cerita memang tiada langsung ataupun kurang kedai yang menjual camera Pentax. Reasonnya kerana tiada permintaan. Tapi takpelah, kerana saya memang bernekad nak beli juga Pentax K-X neh. Jadi selepas lebih 1 jam saya berlegar-legar mencari camera akhirnya saya ke Times Square balik untuk mendapatkan camera yang mula-mula memang saya dah jumpa.


Semasa di Plaza Low Yat. Masih tiada camera Pentax


Sedeynya tiada juga di sini

Ok, di sini saya jumpa K-X bewarna putih. Saya memang memasang niat nak beli yang bewarna putih ni jugak sebenarnya. Untuk pengetahuan pembaca blog ni, walaupun banyak warna yang ditunjukkan seperti gambar di atas sekali namun kat Malaysia hanya ada 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, merah dan navy blue. Kalaulah ada warna oren, sure saya dah pilih warna oren. Tapi warna putih pun smart jugak. Saya tak kisah dan tak takut kotor. Kenalah jaga.

Yay, inilah dia camera DLSR Pentax K-X White
Pentax K-X White di dalam cermin kaca

Pentax K-X White

Kasik gua talok ini plastic dulu wor

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Kelebihan Pentax K-X ni apa? Hanya sebab ada warna saje kah saya beli? Jawapannya tidak. Saya dah buat pembandingan dan research terlebih dahulu dan di atas banyak sebab barulah saya memilih camera ni. Sebab- sebab dan review terperinci mengenai camera ni akan saya tulis selepas ni sekiranya saya ada masa. Tapi sebelum tu, saya tinggalkan gambar Pentax K-S Limited Edition yang bewarna-warni ni.

Pentax K-X Limited Edition

p/s : siapa rakan-rakan camera yang tau di mana boleh dapatkan beg camera yang cantik?

 2,769 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.